Thursday, August 18, 2011

Melaka bandar bersejarah

Salam ramadhan ............

Jangan marah ye tetiba Melaka bandar bersejarah keluar kat sini, habis tu dah teringat buah melaka mestilah melaka jadi mangsa.Setelah penat menguli dan membako semalam, tetiba je tekak ni teringin makan buah melaka. Semenjak milo tepek buah melaka kat blog dia hari tu , aku dah mengidam.





Apa-apa hal rembat dulu daun pandan kat depan rumah bawah pokok mangga, nak kisar keluarkan jus. Daun pandan tu saje je aku tanam kat bawah pokok mangga supaya pembiakannya dapat dikawal dari berleluasa hingga menghadkan penglihatan aku nak nengok pencuri buah mangga. Tak delah saje je aku gurau ,  rimbun sangat takut binatang lain plak yang keluar. Cian daun kunyit ni, sekarang dah cam hidup segan mati tak mahu. Tak pelah nanti aku adjust bagi dia sihat.




Jus pandan ni tuk  buat dua round buah melaka

Jus pandan dari perahan daun pandan, mesti korang bengangkan , aleh mesti dalam hati korang berkata-kata " ingat orang tak tahu ke , takkan jus daun mangga kot" jangan cam tu ye, dosa. keh keh



gula melaka penting kasi buah melaka wangi harum semerbak. Abaikan gula melaka yang dah kopak , itu balance buat ikan percik hari tu.Kelapa parut yang putih je , kukus dulu sekejap, kalau malas nak keluar pengukus wat style aku kukus dalam rice cooker masa masak nasi tengah keep warm .



Tepung pulut campur sikit garam campur jus pandan, gaul sebati. step seterus mesti korang tahukan, tak payahlah nak taip lagi.



Dah masak gaul ngan kelapa parut yang dah digaul sedikit garam.

Cari dalam esbok jumpa kepala ikan merah ntah bila bulan hasil pancingan suami ngan ayam sikit, pikir punya pikir tak tahu nak masak apa , last last buat tomyam kepala ikan + ayam, boleh gitu.



Tomyam kepala ikan merah + ngan ayam . Resepi langgan secara percuma kat sini, bezanya yang ni simple je tak de sayur atau nenas ye. kalau tak pun dial 0000 6565 tunggu sampai operator  bercakap.



Masakan tambahan sambal telur ngan kentang resepi cilok kat sini ye..Biasalah bila dalam esbok tak de benda nak masak cam nilah rupanya.



Firdaus tetiba tak minat plak nak tomyam tu, dia tibai asam tumis ikan kembung semalam. Dia kata sedap esok masak lagi, tapi aku masak tomyam plak. Asam tumis punya cerita esoklah ye.



Okey sampai sini je, hari ni tak boleh malas-malas dah lah masuk opis dekat nak 9.40 pagi sebab kereta hkl buat hal.Nanti hujung tahun bonus kena potong plak, sapa susah aku dan familyku.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina