Saturday, August 6, 2011

memek muka

alam Ramadhan................


Petang semalam ronda pasar ramadhan ngan anak, saja nak cari kuih ngan lauk. Aku singgah beli lauk ngan cucur udang gerai kat kak limah, dia jual murah sikit dari gerai yang lain.

Kebetulan masa lalu kat situ yuyi nampak gerai jual tepung pelita , dia teringin nak makan tepung pelita@ kuih limas, dia tanya samada tepung pelita tu sedap ke tak sedap depan akak yang jual tu .

Mulanya aku diam je sambil sengih pandang akak tu sebab masa yuyi tanya akak tu tengah pandang aku. Yuyi ni tak reti bahasa, dia tanya lagi soalan yang sama.

Tak kan aku nak cakap tak sedap kat depan akak tu, harus kena jeling nanti. Nak cakap pusing lain plak aku tak de idea. Aku buatlah memek muka luar biasa sambil "kalau nak cuba apa salah", hurmmmm hurmmm ngan intonasi suara paling rendah.Tak paham lagi yuyi ni, dia beli gak beli tepung pelita tu . Dalam kereta dia punya suka dapat tepung pelita tu tak dapat aku nak nak gambarkan sini. Dalam hati aku "nasib ko lah labu".



Tepung pelita yang yuyi beli.

Masa berbuka lepas tepung pelita tu dah masuk mulut, dia cebik muka, "mak kenapa tak cakap kuih ni tak sedap?. Aku pun basuh dia cukup-cukup, "habis tu dah berapa kali mak sengetkan muka , ko buat bodoh je."

Kalau beli tepung pelita , aku suka perhatikan kelongsong dia, kalau dah warna kelongsong dibuat dari daun pisang tu hijau lagi, dah garenti peniaga tak kukus, main tuang bancuhan yang dah masak kat dalam kelongsong . Lapisan pemanis yang bawah dalam tepung pelita kalau tak guna air daun pandan dah sah tak sedap.

Sesiapa yang nak mencuba buat tepung pelita kat rumah boleh selak entry lama, aku pernah tunjukkan cara buatnya kat sini.


Yeah yeah dapat envelop ni baru boleh tunjuk memek muka gembira...................


Dapat envelop dari adik Izan petang semalam. Panjang umur envelop ni, baru je dia sms tak berapa saat tanya pasal envelop, kawan satu opis bagi kat aku. Gara -gara kerap mengomen kat blog dia, ada cenderahati disediakan. Bukan pasal cenderahati , aku kerap ke blog dia , yang pasti aku suka baca rentetan hidup isteri yang berdikari bila suami keja berjauhan cam dia. kagum.


Biasalah model seumur hidup selain dari Firdaus.


Model ni yang dapat tahu beg tu 2 in 1, senanglah nak kemana-mana ngan beg ni. Jangan pura -pura bawak beg ni isi bekas nasi dalam bulan puasa plak, kalau orang perempuan tak pelah. ye tak kak limah.



Selamat berhujung minggu , terima kasih izan sekali lagi bagi cenderhati tu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina