Wednesday, August 3, 2011

Pasar Ramadhan

Salam Ramadhan .........

Pejam celik pejam celik dah 3 ramadhan, cepatkan masa berlalu. Dalam bulan puasa ni mood nak berblogging cam kureng je, sebab sibuk kot. Hujung minggu ni lagi sibuk , nak buat cookies raya tuk hantar kat tauke sasau pasar Ramadhan .

Suami tak berapa suka kalau aku nak penatkan badan nak buat semua tu. Dia tak suka kalau aku jual cookies ngan cheese tart semata -mata sebab duit . Aku tahu kebanyakkan orang berniaga sebab nak tambah pendapatan, aku plak sebab tak suka duk diam kat rumah. Walaupun siang aku sapu sampah kat opis, tapi bila balik rumah atau hujung minggu tangan kaki aku ni tak boleh duk diam.

Budak opis dah paham ngan pesyen bisness aku ni sebab dorang tahu adakala aku batal tempahan cheese tart semata-mata penat atau balik lambat sebab kesesakan lalu lintas. Nampak tak kat situ pesyen peniaga cheese tart yang kurang ajar. Nak buat cam mana darah bisness tak mengalir dalam tubuh badan aku ni.

Aku ni suka buat benda sesuka hati sendiri. Cam berkawan gak, bila-bila je aku boleh suka kawan atau tak kawan. Aku tengok spesis kawan gak , kalau rasa tak secocok ngan jiwa raga hye hye bye bye. Tak de lah sampai bermasam muka, tapi kurengkan bercakap je.

Satu benda yang pelik pasal aku ni, tengah nak update cerita masak, terus meraban-raban ke bab lain plak. Biasalah tu, bukan senang dapat lepak depan lappy ni kalau tak betul-betul ada free, dah ada kesempatan cam ni apalagi cerita nenek beranak, atuk kahwin lain semua keluar.
Spesis update tepek gambar menimbun-nimbun aku gak orangnya.

Biasalah gambar cheese tart bukti aku ada di tempat kejadian, boleh gitu..


Sibuk ngan bisness kecil-kecilan, alah alah nelayan persisiran pantai buat cheese tart, puasa puasa gak,rezeki jangan ditolak , tak gitu maknya.

Lepas ni plak aku nak cite pasal pasar ramadhan kat ngan rumah.



Semalam pegi pasar ramadhan sama anak-anak, saja nak gedik nengok mee sup. Nampak plak pakcik jual ayam percik ngan ayam goreng, apalagi terus menyinggah.Aku beli ayam percik, yuyi plak beli vontot. Masa tu aku tak tahu pun dia beli benda alah tu, sebab vontot tu duk tersorok kat hujung .

Masa yuyi bayar, pakcik tu tanya " beli apa lagi?. "tu yang kat hujung tu," sambil tunjuk bungkusan plastik merah. Aku cam geram je ngan pakcik tu sebab asyik duk tanya berkali-kali. Apalagi , aku pun "vontot , vontot ayam tu pakcik, sambil berlagu-lagu riang ria dihari raya.

Boleh plak dia sound yuyi, "beli vontot pun nak malu-malu." Dalam perjalanan balik yuyi cakap "sumpah, memang aku tak akan beli kat pakcik tu lagi." Gelak-galak aku, pasal vontot dia nak bad mood ngan pakcik tu. Tak de lah bad mood teruk sangat, cuma light light je.


Serius aku pun tak nak beli kat pakcik tu lagi sebab rega mahal sangat, vontot cam gambar kat atas tu RM2 per 10 ketul ,lagi 2 ketul dah masuk dalam perut yuyi.Ayam percik kecik RM3.50 per cocok.

Masakan lain


Kailan goreng belacan, pelik plak tetiba je ada hirisan cili merah basah kat situ.


Aku masak ikan kembung percik .Resepi kat sini ye.


Kalau nak sedap guna gula melaka.




Yes dah masak, alah-alah tak cukup garing, spesis nak cepat berbuka.




Time mood dia ngok ngek cam nilah rupanya.




Okeylah dah habis cite..........................cukup sampai disini saja, bersambung hari ni, dilain masa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina