Monday, August 8, 2011

Kuali

Salam Ramadhan

Segmen kedua selepas samperit Dahlia kak liza, cerita subuh tadi tetiba teringin nak makan cucur bawang ngan taugeh. Selalunya buh daun kucai , memandangkan tak de, apa yang ada jelah. Sebelum taugeh layu di persada esbok , baiklah jadi cucur, tak gitu.

Semenjak dua menjak ni aku asyik cite pasal makanan je, mahu ada yang terbako. Apa taknya bulan puasa , duk aku tepek gambar cam ni buat orang puasa meleleh je.

Jom layan lauk pauk ala kadar subuh tadi



kari ayam simple resepi sila langgan kat sini atau dial 1 300 200 500.



Goreng kacang buncis buh hati ngan pedal ayam. Sayang nak buang hati ngan pedal tu dapat masa beli ayam sekor. Kenapa plak aku nak explain ye, dah memang hati ngan mempedal ayam haruslah ayam yang punya. Kat rumah ni memang tak dapatlah nak masak hati atau pedal semata, memang tak de yang layan. Kalau dah duk dalam kacang buncis tu, nak tak nak dorang ambik gak.

Jom layan cucur bawang/taugeh



Kat dalam rumah ni, dorang tak berapa minat makan cucur cicah sos cili buatan Malaysia, dorang suka buatan cik ina.boleh gitu? resepi kat sini ye. Terpulang ye, kalau nak pekat kisar cili kering lebih sikit.



Cucur bawang/taugeh , resepi kat sini ye. Resepi lebih kurang sama, bezanya ni buh taugeh.

Kalau kita mengunakan tepung gandum sebagai asas membuat makanan, rehatkan doh & bancuhan tepung gandum lebih kurang 30 minit , supaya glutennya dapat serasi bersama serta bergaul mesra , selepas tu barulah dapat hasil yang cantik, cam pasangan suami isteri gak, sebelum kahwin bercinta/bertunang nak cari keserasian bersama. Ilmu tepung gandum ni haruslah aku paham sebab.....jeng jeng aku penyapu sampah dikilang tepung.



Harus goreng garing, sedap.




Abaikan cili tak tak larat nak kisar lumat tu.

Nak rasa lebih mantop, guntingkan cucur tu buh dalam pinggan, curah sos cili kemudian makan ketika panas. Aku makan ulang 2 kali, nasi ngan lauk tu akhirnya di abaikan. Simpan tuk buka nanti.


Cukup sampai di sini, tetiba je tekak teringat cucur pagi tadi.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina