Saturday, August 13, 2011

Suatu petang sebelum berbuka puasa

Salam Ramadhan......................


Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang. Bila nak update tadi, cam segan nak masuk blog sendiri. Otak ni cam kosong tak tahu nak taip apa. Semalam bukak lappy , bukak blog, baca blog kawan-kawan lepas tu tutup lappy balik, tak update cite baru pun..Korang ada buat perangai cam tu tak? Adakala datang perasaan sampai ke tahap malas nak berblog sebab ada komitmen lain yang lebih penting.

Apakan daya minat mengatasi segala-galanya,boring 2 atau 3 jam ,paling lama sehari, kemudian berblog balik. Kalau tak berblog terasa cam makan nasi tanpa lauk, hidup rasa ada yang kurang sana sini. Dalam bulan puasa ni aku terasa sangat yang berblog ni buang masa. Mana tidaknya time bulan puasa nilah macam -macam keja nak buat, rasa terkejar-kejar plak .

Bila buka blog sendiri tengok gambar anak-anak rasa terubat gak hati yang boring nak berblog. Blog ni boleh gak bukak bila tetiba hati tergerak nak baca kisah lama kita,sama macam diary yang mencatat peristiwa yang berlaku dalam kehidupan kita.


Hari ni aku rakam lagi satu memory indah bersama anak-anak di suatu petang sebelum berbuka puasa tahun 2011, tetiba hati berbunga -bunga bila cakap pasal anak. Korang kat luar sana beritahu aku ibu mana yang tak sayangkan anak? Walau jahat sekalimanapun anak tu , tak de orang yang dapat mengurangkan walau seinci kasih sayang ibu pada anak.

Masa anak aku kecik hingga menginjak dewasa , dorang tak pernah tunjuk yang dorang ingat atau terima kasih atas pergorbanan aku membesarkan dorang. Satu hari bila Yuyi sembang ngan aku kisah kawan dia yang bergaji besar tapi masih merungut tak cukup duit tuk sara dua anak dia, yuyi bagi nasihat "Dulu gaji mak aku kecik, tapi mampu bagi aku ngan adik-adik senang, aku tak pernah rasa susah, mak sanggup hidup susah nak senangkan kita orang." Aku mencelah cite dia "ko ingat tak dulu setiap kali raya mak tak pernah beli baju rayakan, mak mesti beli tuk ko ngan adik-adik dulu." Yuyi angguk. Selama ni aku dah salah anggap pada anak-anak, sebenarnya dorang ingat, cuma dorang tak cakap je.

Sebagai ibu aku simple je,anak-anak ingat setiap inci pengorbanan aku membesarkan dorang pun dah cukup, kalau dorang rasa ada rezeki lebih nak bagi tu aku ambik, kalau rasa tak cukup tak bagi pun tak pe. Bagi aku kalau dorang dah ada kehidupan sempurna cukup makan pakai, , keluarga bahagia dan tak lalai tanggungjawab pada Allah SWT , semua tu boleh buat aku pejam mata ngan senang hati.

Selepas ni layan gambar anak-anak aku yang sakan menyediakan je, bukan masak ye, juadah berbuka puasa di suatu petang......

Lauk pauknya tiga jenis je, tapi penyediaan mengalahkan nak buat kenduri kendara, biasalah tu bab propa-propa ni bagi kat dorang.


Anak lelaki tengah potong sayur kailan sambil di perhatikan sikecik Firdaus.


Abaikan rumah yang tungang langgang. Yuyi sempat lagi memberikan pose menarik sambil mengunting cili kering. boleh gitu?


Waktu berbuka.


Senyuman manis menawan


Tak senonoh betul gambar kailan goreng ikan masin yang yuyi ambik ni.



Ni lagi satu gambar comot selar goreng sambal


Cukup sampai disini saje ye. Kata boring brblog , bila dah update tak ingat dunia, meraban-raban cite lain plak.................kalau itu yang ada dalam hati korang, aku minta maaf.kah kah kah




Hidup rasa lebih bermakna bila berada bersama keluarga tersayang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina