Tuesday, September 20, 2011

0 boleh

Salam lebaran..................


Macam bagus je tajuk hari ni kan? . Kepala dah pusing nak pikir tajuk , aku buh  0 maksudnya nak cerita dalam esbok dah tak de stok makanan.

Petang minggu balik dari rumah yuyi, hajat hati nak masak , godek dalam esbok tak de stok, yang ada pun sebungkus mee suah ngan ikan bilis . Barang dapur tak beli lagi dari lepas cuti raya hari tu. Terlupa kot.

Jom layan mee suah............




Sepaket tak silap aku RM1.20 .



5 ulas bawang merah hiris, ikan bilis tinggal banyak tu je, saja layan letak 1/2 kiub ikan bilis .



Tumis ikan bilis ketepikan, kemudian tumis hirisan bawang merah sampai naik bau. Biasakan menumis guna api kecik atau sederhana .



Buh air , biar sup mendidih, bukakkan kepingan mee suah kemudian masukkan kedalam sup . Bubuh sedikit garam je sebab mee suah dah masin. Agak -agak sekali lagi mendidih terus angkat.



Sedap dimakan panas.

Nak resepi mee suah yang complete pegi sini ye.



Sehingga berjumpa lagi dilain hari dan waktu, macam bagus-baguskan ayat tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina