Tuesday, September 6, 2011

Cerita lepas balik bercuti-sambal kacang special

Salam Lebaran..............


Dah 8 syawal, sekejap je masa berlalu ,meninggalkan kitakan.Rasa baru je berjimba-jimba di tepi pantai dan hutan rimba.Seronok sesekali tak tengok muka ular senduk dan batang penyapu kat opis. Sampai rumah lebih kurang pukul 2 pagi hari sabtu, masing-masing letih, rumah cam tongkang pecah ngan kain baju tak berlipat sampai sekarang, tak tahu apa nak jadi ngan aku ni. pemalas yang amat.

Suami aku bising , bukan sebab rumah bersepah atau kain baju tak berlipat tapi sebab dia tak tahan dengar rungutan aku yang tak sanggup tengok rumah bersepah tapi tak nak berkemas pun.Bila part masak rajin sangat tak payah nak suruh, on je.Sampai cerita ni keluar , kain baju yang berlonggok tu pun tak bergerak. Paling tak menahan malam semalam, siap aku suruh Firdaus bukak vcd sebab nak layan sambil lipat kain baju. Hampeh last sekali vcd ngan kain baju tengok aku tidur.Firdaus layan vcd sorang-sorang.

Masak lagi nasi himpit sebab ada orang nak datang. Gigihlah aku masukkan beras yang dah cuci berseh dan tuskan ke dalam beg plastik tahan panas kemudian jahit bagi tak terbukak.Cucuk kan plastik nasi himpit tu.Kalau beli yang  dah siap kecik sangat, buat sendiri boleh ikut size sesuka hati. Biasalah orang tua cam aku ni dahlah tua miskin plak, kenalah buat sendiri semuanya .jimatkan. kah kah kah



Nasi himpit buatan sendiri, teringat plak masa dolu dolu buat nasi himpit siap kena hempap ngan batu giling, masuk dalam kain batik bagai. Sekarang ni senangkan buat dalam plastik je, tapi kena hati-hati ngan  pengunaan plastik tak bagus tuk  hidup jangka panjang. Tak pe lah tahun depan buat ketupat, biasalah tahun ni malas sebab nak berjalan sakan.



Beli lemang 2 batang kat sabak bernam masa perjalanan balik ke kelang. Sedap gak lemang ni.Nak beli lemang kena berhati-hati takut tertipu. Kena tengok penjual lemang dan area jual lemang. Area kena ala ala kampung ngan sipenjual pakai kopiah ngan anak lelaki tengah kipas api, sambil lap peluh, lemang betullah tu. kwang kwang kwang



Setiap kali raya rendang daging kambing tak ketinggalan, tahun ni buat sikit je 2 kilo sebab nak keluar makan angin.

Sebelum ni aku belum pernah tepek resepi sambal kacang dalam blog ni, hari ni aku tepek khas tuk pembaca blog ni. Resepi ni special tau sebab jeng jeng  air tangan aku .jangan marah.........

Resepi ni aku dapat masa bekerja di sebuah kilang makanan, masa tu keja sapu sampah gak. Sampai sekarang aku tetap guna resepi ni , forever kot .

Bahan penting tomato puri, tak kira apa brand janji halal dari jakim, aku guna kimball.





Udang kering tumbuk.



Cara-cara membuat sambal kacang.

1) bahan tumisan sama ngan bahan tumisan buat rendang (lengkuas, bawang putih, merah, halia , serai kisar)

2)Lebih kurang 15 tangkai cili kering kisar.

3)sekilo kacang tanah, sangrai atas api sederhana hingga ranggup dan naik bau, sejukkan buang kulit dan tampi.Kisar sederhana halus atau kalau terlebih rajin tumbuk ngan lesung batu.

Tumis bahan tumisan sampai naik bau, masukkan udang kering tumbuk bersama cili kisar.Tumis lagi sampai pecah minyak.Kemudian masukkan tomato puri dan air.Biar kuah mendidih, last sekali masukkan kacang . Bubuh gula ngan garam. Kuah kacang biar ada rasa sedikit manis.Sambal kacang tak payah letak perasa ajinomoto, sebab kacang dah memang sedia lemak, tambah perasa tu dah 2 kali lemak, rasa lain macam sikit.



Anak-anak ni kekadang  macam-macam perangai, Firdaus  dari kecik tak suka makan nasi himpit , ketupat ngan  masakan raya  cam rendang atau masak merah, kalau dia makan pun sebab aku yang paksa. Balik je aku gigih gak masak nasi , telur goreng masak kicap ngan kacang buncis goreng, dah tu je yang ada dalam esbok.

Aku penyekkan nasi himpit tu jadi cam nasi, dia tau gak tu bukan nasi.Spesis time raya nak cari nasi gak budak ni.



Khas tuk Firdaus telur goreng kicap.



Kacang buncis goreng.



Muka puas hati dapat makan nasi. Dia mesti nak nasi, lauk ngan sayur dah terbiasa kot.Time raya dia sorang je menu berlainan.



Dah habis dah, pegi buat keja ye, sapa yang bercuti tu syoklah. Cam mana ni kain baju tak lipat lagi,sapalah rajin lipat melipat ni ye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina