Wednesday, September 28, 2011

Diary isteri-isteri contoh 2011, kak ros kena ambik tahu

Salam hari rabu.......................


Kak ros sila ambik tahu kat sini ada isteri contoh, tahun depan kena pastikan cik ina dapat pingat. Takkan bagi kat tuk rahim je. penat tau cik ina masak lengu lengas tiap-tiap hari . Baca dek kak ros mahu dibalingnya muka aku ngan kasut tumit tinggi 5 inci dia(tengah duk membayangkan kak ros ngan kasut tumit tinggi 5 inci).mesti anggun .


Kata diary kenalah ada turutankan...................


Balik dari opis , singgah gi kedai kat kawasan rumah beli barang dapur ngan barang basah,almaklum dari balik raya hari tu belum sempat membeli belah. Biasalah ahli politik kalau tak sibuk bukannya nama ahli politik.kah kah kah


Petang semalam tekak ni teringin cam nak melayan sambal sotong.keadahnya kalau dah menjelajah blog orang ada plak yang tepek masak-masak, mulalah hati ni tak tentu arah. Dalam otak ni mulalah balik rumah nanti masak itulah nak masak inilah. Kalau balik rumah ikut betul apa yang dirancang tu tak pelah, ada masa ye ye o je lebih balik terus makan kat kedai. cam ni pun bolehkan.

Petang semalam memang semangat aku kuat habis nak masak, korang bayangkanlah masa motor tengah merempit kat lebuhraya(biasalah suamiku kan mat rempit yg belum insaf), ku peluk erat pinggangnya sebab takut terpelanting sambil membisikkan ke telinga dia yang aku nak gi kedai beli barang balik nak masak. (romantiskan) .Nampak disitu betapa kuatnya semangat nak memasak.


barang yang wajib tayang ngan beli..............


Aku pastikan beli bawang merah kecik kalau nak buat sambal atau kuah asam tumis. Banyak orang yang cakap sama je rasanya bawang besar atau bawang merah kecik , tapi pada aku tetap lain , bila makan sambal orang lain aku kenal rasa sambal yang cilinya dikisar ngan bawang besar atau bawang merah kecik. terrorkan lidah aku ni. kah kah . bawang merah kecik pun ada banyak jenis, ada tu kulit cam tak berapa merah , tak berapa manis kalau nak dibandingkan yang cam kat atas walapun susah sikit nak kupas kulit.

Sayur cam biasalah wajib ada kalau time rajin. Aku goreng kacang panjang ngan bawang putih. Time goreng sayur aku kurang buh aksesori kereta ni, pada aku kita nak makan sayur dan nikmati sayur, tak perlulah ada perhiasan dunia tu.kah kah kah. membazir. Orang lain punya cara aku tak nak ambik port , aku selesa ngan cara aku, anak ngan suami okey je.


kacang panjang lebih kurang 2 ikat potong ikut korang suka basuh dan tuskan, 7 ulas bawang putih dihiris.


Pastikan time menumis jangan buh minyak segelen. Bukannya aku nak jaga badan tak nak makan minyak banyak, cuma aku tak berapa bekenan ngan masakan yang nampak minyak berkodi-kodi. Kalau aku dah buh terlebih minyak pun bila dah masak aku ceduk buangkan minyak tu. kembang tekak.

Pastikan menumis ngan api kecik, tumis bawang tadi sampai layu, naik bau dan kaler bertukar keperang-perangan.



Masukkan kacang panjang tadi masa ni api kena kecikkan lagi. Kacau hingga kacang panjang betul -betul empuk.Last sekali buh sikit garam sebagai penambah rasa. Masa nak angkat buh air sesudu supaya kacang panjang tak berapa nampak kering.


Jeng jeng kacang panjang goreng ngan bawang putih.

melayan masakan idamanku sambal sotong.


Sapa yang ada anak tak suka makan pedas tu janganlah buh cili kering banyak sangat.Aku blend 10 tangkai cili kering ngan 4 ulas bawang merah.


Sedikit belimbing masak balance hari tu sebagai penganti air asam jawa ngan hirisan sebijik bawang besar.


Adalah dapat dalam 8 ekor sotong hasil candatan kat kedai semalam.Buang kulit , basuh , hiris dan tuskan air.


Pastikan tumisan cili tu betul-betul mengikut speksifikasi pecah minyak, pecah minyak, pecah minyak jangan sampai hangit plak, cer sederhanakan api masa menumis tu. Cili dah pecah minyak masukkan belimbing buluh , penyek penyekkan, buh air sikit sebab tak moh sambal terlampu kering. last sekali buh sotong, hirisan bawang besar diikuti sikit garam , gula ngan pak aji naik kereta (sikitttt je).jangan masak sotong terlampau lama nanti liat cam tayar kereta plak masa makan.


Sambal sotongku yang menawan kalbu. jangan marah..............


Ingatkan nak goreng ikan kembung, malas plak tukar goreng telur dadar ngan bawang cincang.


biasalah model busyuk masam aku sorang ni. geram tau time nak ambik gambar kena ikut mood dia, kalau mood baik merasalah tengok senyuman lebau dia sampai ke pangkal telinga kalau tak cam nilah rupanya, nampak jari gebus je.





Sehingga berjumpa dilain rancangan jangan lupa hantarkan sms saya suka rancangan masakan bersama cik ina do do cheng di nombor 3221452.Terima kasih pada sapa yang mengundi. Kalau menang aku layak ke pulau Honalulu bulan depan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina