Tuesday, September 13, 2011

emosional betul

Salam lebaran..................

Pagi -pagi lagi kalau tak buat aku naik hangin tak boleh ke? Alkisah dalam perjalanan ke tempat keja ngan kak limah sambil mulut mengudap-gudap tempe/ikan bilis goreng cili, diringi lagu yang mendayu-dayu, aku hampir tercekik.

Kebetulan kak limah nak isi minyak kereta, apalagi tumpang sekaki turun cari air nak basahkan tekak. Selalunya ada je air aku bawak, tapi malang tak berbaukan ,ntah cam mana hari ni tak de plak. saja nak cari pasal.



Inilah tempe ngan ikan bilis goreng jadi kudapan tu(fresh from farm ) goreng malam tadi.



Kat Taman Burung KL lagi hampehhhhh, setin teh bunga ngan sebotol air mineral  kecik, sila kira jari kak limah kalau nak tahu rega.

Rega air tin bunga beli pagi tadi RM1.90 kat stesyen minyak *&^%$(bukan simbol makian ye), stesyen minyak lain  ada yang RM1.50 kat pasaraya kalau tak silap aku RM1.20 je.

Aku bagi RM5, cashier tu tanya duit pecah 50sen.

Aku jawab sambil  senyum  Datuk. M.Daud Kilau  menampakkan  gigi emas ,  "TAK DE."

Dalam hati "mamposssss ko, jual mahal ada hati nak minta 50sen". Pagi lagi dah bagi
orang naik anginn . Kalau stesyen minyak ko  kat tengah pulau , tengah hutan belantara atau puncak tinggi, masuk akal gak  kalau nak jual mahal.


Jumpa lagi ,,,,nak pegi layan emo jap, harap-harap janganlah suami kak limah telefon, itu lagi satu , kalau bertanya buat jam tu gak aku nak libas dia ngan belakang parang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina