Sunday, September 11, 2011

Janji tinggal janji

Salam lebaran dan hari minggu.............


Semoga bergembira ngan juadah biskut raya yang tinggal serdak ngan tetamu yang datang berkunjung ke rumah ye. Tetiba je mulut ni teringin nak makan kerepek. Tahun ni hari ini dalam sejarah, sebab terlupa nak beli kerepek.  Juadah peberet aku time raya tu . Biskut plak tengok biskut apa, kalau tart nenas ngan suji layan habis.

Kekadang otak  aku ni rasa cam tak betul pun ada,semalam  free , tak nak update plak, hari  ni ngan kain baju menimbun, sarapan tak buat lagi boleh plak subuh sapie, aku galak menukar template ngan update bloglist baru.


Bukti kain baju menimbun tak berlipat

Janji tinggal janji.  Konon balik penang nak lipat, tapi hampehh sampai la ni. Suami mampu tersenyum sinis. cilakak.Malam tadi  buat janji lagi, longgokkan kain baju  atas katil, ingat nak baca-baca majalah dulu sebelum lipat, hampehhh baca beberapa minit, terlelap. Firdaus nakal  kejutkan aku , suruh lipat, aku mamai boleh plak duduk sambil lipat  satu baju siap tanya dia"nak lipat yang mana satu, t-shirt ni ye"?  Keadaan  kembali normal, bila nampak dia gelak-gelak.Cam nak duku je. Lepas tu aku sambung tidur balik. Kawan-kawan doakan semangat lipat baju aku come back..

Fuhhhh ! lega bila dah tukar template, ngan bloglist baru. Aku buang blog yang dah lama tak update. Bila cakap pasal blog, aku hargai sangat blog yang  sudi nak  follow atau komen entry  kat blog ni. Kekadang malu gak yang follow tu  blog yang  followernya  beribu-riban. Follower aku 400 pun tak sampai. Status isteri yang bekerja cam aku ni  kurang masa nak buat BW, harap blog yang follow dan komen je, lepas aku buat kujungan balas. Mana taknya , sampai rumah pun dah dekat pukul 7 malam. Kalau ada masa pun tengah malam atau hujung minggu. Minta maaf banyak-bayak sekirannya lambat berkunjung ke blog korang ye.Jangan ingat aku sombong plak.

Aku tak amalkan adat follow menfollow.  Selalunya aku tinjau dulu  blog yang follow, kalau rasa blog  dia cam best nak baca, aku follow balik.Kriteria blog yang aku suka pegi dan follow lebih kepada blog yang bercerita hal family , isu semasa  dan politik.Blog yang  tak tepek gambar pun aku baca, janji cerita dia masuk akal dan bagi otak aku aktif  berfikir. Maaf, jangan ada blog yang terasa plak, kategori blog cari  income lebih, jual barang online, cari traffic SEO bagai  memang aku kureng  follow dan baca.

Tujuan utama aku berblog bukan nak cari duit, tapi lebih kepada nak  isi masa lapang ngan memenuhi nafsu serakah (minat)pada  bidang IT. Mengodek, repair, install komputer minat aku.  Duit nuffnang cam bonus . Berfacebook, berym, berchat  memang kureng, mungkin aku orang yang tak suka buang masa tanpa dapat hasil. Kalau berym  pun  benda-benda penting.

Bukannya tak nampak atau perasan , lagilah aku orang yang suka menkaji manusia, ada pengomen baru kat  sini , blog  nak  cari traffic je. Aku  senyum "baru-baru berblog , biasalah cam tu." Kenapa nak cepat femes? sedarlah merangkak-rangkak  naik tangga lebih baik dari naik lif. Fikir dan renung-renungkanlah . Bukan senang nak dapat pengunjung yang beribu riban dalam sekelip mata. Cuba ingat keindahan alam sekeliling , kebahagian keluarga kita, saat -saat gembira ngan sedih kita,  rakan alam maya yang baik, luahkan dalam blog mesti korang akan rasa sesuatu. Berbloglah ngan jujur dan ikhlas, barulah dapat kenikmatan dan akhirnya barulah  membuahkan hasil   tanpa rasa tertekan , terdesak dan perkataan yang sewaktu dengannya.

Cukuplah setakat ni....takut simontel bangun ,sarapan tak buat lagi.  Ingat nak buat cucur bawang je, otak tengah pikir nak masak apa tengahari ni.

Jumpa lagi.........................
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina