Thursday, September 15, 2011

kecik-kecik tak nak mamposss.

Salam lebaran..................

Rata-rata umat Islam masih meraikan bulan syawal dengan mengadakan  rumah terbuka atau menghadiri rumah terbuka . Dalam pada kita menikmati makanan yang melimpah ruah jangan sampai ada pembaziran. Rezeki kurnian allah SWT bukan milik kita seorang , lebih berkat kalau dapat dikongsi bersama dengan yang memerlukan cam cik ina. acah je tu .

Kenapalah otak aku ni suka nak terpesong , tadi cadangnya nak cite pasal cicak, sekarang meraban-raban plak pasal open house . Okey fokus fokus, balik kepangkal jalan.




Maaflah gambar anak cicak  tak berapa nak  clear, ini pun dah berapa kali terpaksa masuk bawah meja. cilakak punya cicak tak habis -habis menyusahkan orang, kecik-kecik tak nak mamposss.

Cicak merupakan sejenis repitilia , berdarah sejuk dan bertelur.Reptilia ini mampu memanjat dinding yang tegak dan licin seperti cermin. Kajian yang dilakukan oleh pakar sains mendapati bahawa telapak kaki cicak mempunyai rerambut halus yang mewujudkan daya lekatan pada tahap nano.


Aku memang trauma cam nak menjerit melompat-lompat cam orang gila  kalau nampak cicak kat dalam  cawan berisi air atau sinki. Mahu dekat nak 15 minit aku cari jalan nak keluarkan dia .Serius  geli  sangat nengok kaler badan dia yang berurat darah. Taip cicak je bulu roma dah meremang apatah lagi nampak depan mata.

Dari dolu-dolu lagi , aku dah bagi amanat pada anak-anak ngan suami kalau nak guna pinggan mangkuk, cawan, periuk belanga, kuali silalah bilas ngan air dulu  sebab cicak suka jilat menjilat ni.Canggihkan cam nak turunkan amanat harta pusaka plak.

Aku  tak suka  dorang dedahkan cawan minuman tanpa pantauan AJK keselamatan. ceh ceh wah AJK konon. Cicak ni memang suka sangat nak  buat terjunan dalam cawan ada air , tahu je nanti masa  nak minum terjulur je kepala dia.

Peringatan buat korang gak bilas dulu  pekakas dapur atau pinggan mangkuk sebelum guna ye, manalah tahu ada yang hinggap dan jilat sebelum tu. Lagi satu jangan suka biarkan makanan terdedah tanpa pantauan . Lalat pun satu biadap cam cicak, suka nak meninggalkan telur kat atas makanan terdedah. Nasiblah sapa yang termakan telur tu kena cirit birit. Masa nilah  aku nak tanya cicak "can you eat lalat?, abaikan BI  aku yang tunggang langgang.


Sekian, aku sudahi dengan serangkap pantun

Pisang emas dibawak belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh di bayar
Hutang budi dibawa mati

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa


Nota mulut tak de insuran : Awak kata sekut awak sedap,awak kata lagi pandai bako , janganlah kalau orang tak jemput nak merajuk, bila dijemput plak banyak cikadak katanya tak mabeles. Manusia cam ni forever tak pandai nak bersyukur ; cubit peha kiri peha kanan terasa jua.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina