Sunday, September 25, 2011

Microbiologist? Chemist?


Salam lebaran..................

Pejam celik pejam celik kita dah semakin menghampiri hujung bulan syawal. Sekejap je rasa masa berlalu sekarang ni. Terasa cam terlebih rajin plak sampai hari minggu pun aku nak update cerita. Itulah korang tak tahu , rajin aku tu bersebab. Nak tahu tak sebab apa? cer teka cer teka kenapa?

Tak payah tekalah, aku beritahu cepat sikitkan, pasal Nuffnang sebab dorang tu baik hati suka nak kaya kan aku cepat. Jadi sebagai membalas budi dorang, aku kenalah buat keja mengupdate cerita kat sini tak kira pagi petang siang malam. Pagi petang siang malam tu bidaahlah sangatkan sehari 2 cerita tu masuklah akal. Dari dulu dan selama-lamanya kat blog ni paling rajin aku update pun satu hari 2 cerita. Cukuplah bagi pihak Nuffnang puas hati tapi yang paling penting sekali hati aku yang puas.kah kah kah

Berbalik pada agenda asal , Dulu selalulah dengar orang dolu-dolu cakap masa pregnant kalau kita suka sesuatu nanti bayi dalam perut tu pun suka yang sama. Kebetulan plak masa pregnantkan Firdaus dulu aku suka duk lepak micro lab ngan Feed lab kak limah . Keja dalam lab memang  peberet aku , sebelum keja kat  tempat sekarang ni,  aku keja kat Lab Felda buat SMR cert  dekat nak 4 tahun gak .Apa nak buat  mintak keja lab kat sini, tak de kosong,  yang  kosong  cuma   sapu sampah ngan buang sawang je. Dah tak de keja, terpaksalah terima.

Berbalik pada cerita pregnant tadi, aku susah nak percaya ngan benda-benda cam tu, tapi bila terjumpa barang ujikaji Firdaus semalam macam percaya plak. Banyak sangat tengok kartun pun  satu hal kot, otak pun dah kartun. Kalau bercita -cita nak jadi cam Norh tak pe gak. Cian Norh dia plak masuk dalam ini gambar.


Jom layan ujikaji Firdaus yang paling tak boleh blah ........................

Korang ingat tak pasal belimbing buluh yang aku masak sardin hari tu? tak ingat tak pelah. Belimbing buluh tu ada balance lagi, aku simpan dalam esbok.


Petang semalam balik dari makan KFC , suami bukak esbok, dia nampak ada sebijik belimbing buluh kat atas air batu. Dia tanya aku , tapi aku tak perasan dia cakap pasal apa. Dia pun diam .

Bila aku nak ambik air batu nak buat nescafe ais , aku plak terkejut nampak benda yang sama. Cit aku dah boleh agak keja sapa sebab hari tu dia dah kena tangkap gak sebab keraskan kacang kuda.Dalam minggu ni je dah dua ujikaji dijalankan oleh Firdaus. Kalau tak dapat jadi mocrobiologist atau chemist tak pek den nak nolongnya. kah kah kah


Murid-murid nampak tak sebijik belimbing buluh atas air batu tu. Kalau nampak , murid-murid memang cerdek.


Nampak tak tangan prof mat sentul tengah meramas bahan ujikaji.kah kah





Hati puas ujikaji berjaya membuktikan belimbing buluh pun boleh keras bila letak dalam tempat air batu.


Pening kepala dibuatnya, lepas ni tak tahulah apalagi ujikaji yang dia nak buat. Malam -malam bukan nak tidur, pukul 3 -4 pagi baru nak tidur . Semalam aku belikan dia susu tepung , malam sebelum tidur nak bancuh tuk dia bagi senang tidur. Pasal minum susu nak bagi senang tidur ni pun atas cadangan bos kat tempat keja bila aku ngadu ngan dia firdaus suka tidur lambat. Dia kata kurang kalsium boleh jadi  salah satu sebab susahkan tidur. Aku ikut je mana yang terbaek tuk Firdaus.


Dahlah kalau bebel sampai esok pun tak boleh habis. Aku nak sambung tidur balik.Sehingga berjumpa dilain episod ye.





Status blog : Tekak tuan blog macam geli-geli nak makan lamb shank kat David Brown's restaurant kat penang . Kalau korang suka perkara yang sama boleh layari kat sini.(habis tu kata status kenalah kasi gempak-gempak sikitkan)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina