Friday, October 21, 2011

Celcom broadband & postpaid,

Salam hari Jumaat, penghulu segala hari...................

Celcom 21/10/2011

Harap maaf celcom sedang menaik taraf perkhidmatannya , segala gangguan amat dikesali.Kalau dah celcom tak boleh berfungsi, makanya mood nak update ngan tepek gambar pudar. Saja nak kecoh, aku adalah pelanggan tegar celcom dari beberapa tahun dulu, satu family aku memang guna celcom postpaid. Sila ambik perhatian ye celcom, bagilah apa yang patut kat family kita orang.kah kah kah.Tahunya bagi iklan kat hp je.

Pada aku celcom memang terbaeklah buat masa ni, kalau suami aku kat tengah laut masih boleh call. Kenapa aku guna postpaid ? sebabnya aku tak pandai nak bajet kalau guna prepaid, pakai hentam je guna. Kebetulan dulu masa suami keja kat laut, dia guna dua no celcom postpaid.Dia tengok aku asyik top up je, tu yang dia suruh pakai no dia yang satu lagi.

Pandai plak aku berjimat bila dah guna postpaid. Aku ngan suami satu account, kira dua nombor, 4 nombor belakang yang sama. Sekarang ni bil hp kita orang baru RM120 sebulan, paling tinggi pun RM200. Kalau RM200 tu akulah yang pakai segala macam tok nenek aku call. Biasalah aku ni bukan kaki sms, sapa miss call pun aku call. Kalau sms pun tak leh lama-lama, cepat fed up.

Aku suka wat kecoh kalau bil banyak, last -last bila check aku yang guna banyak,ala cian suami aku guna RM20, dah kena hentam. Pengunaan aku banyak dari suami sebab aku banyak hantar gambar ke email ,sebab nak update blog , masa tu belum ada lappy. Sekarang dah ada lappy senang sikit main transfer je.


Oleh kerana aku tak tepek resepi hari ni, jangan plak korang tak masak. Harus ada yang suami ngan anak kebuluran .kui kui kui. Cakap pasal resepi teringat pasal kawan aku sorang ni.Hari tu dia tanya resepi cheese tart, aku suruh dia ambik kat blog aku. Selang beberapa minggu dia tanya aku resepi chese tart lagi , aku tanya dia "ehh bukan hari tu dah ambik", dia cakap "tak jadi, biskut tak ranggup". "saya makan cheese tart akak cam ranggup". Aku cakap "sama je". Aku pun printkan dia resepi yang sama. Esoknya "kak , jadilah kali ni saya buat, hari tu saya tak baca sampai habis, salah resepi". Aku memandang ngan penuh sinis , sambil hurmmmmmmmmmmm hurmmmmmm.


The moral of the story kalau nak baca Al-Quran biar sampai tamat dan buat kajian sekali.Kat Negara kita ni banyak yang menghukum tapi tak banyak yang suka buat kajian.

apa kejadahnya aku ni gara-gara deman selsema , otak dah tak betul , tadi cite pasal hp , ke resepi cheese tart ke hukum menghukum plak.

Antara prepaid ngan postpaid yang mana satu pilihan anda, sekiranya jawapan anda memuaskan , gi beli sendiri kad top up kat kedai runcit yang berhampiran.kah kah kah

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina