Thursday, October 20, 2011

gomen dah kemajuan tu, hujan-hujan lapar, goreng keledek ngan masak kari kepala ikan.


Salam hari khamis...................

Semalam aku MC, gi klinik nak check apa yang patut, bawak Firdaus sekali kebetulan dia selsema ngan batuk.Semenjak Firdaus umur 5 tahun , kalau dia sakit aku dah jarang bawak dia gi klinik sebab dia boleh makan ubat herba cina rasa pahit yang ada kat rumah . Aku nengok pun tak sanggup. Semalam tu saja je bawak dia sekali.

Cadang aku nak keluar awal gi klinik tapi sakit plak masih kritikal, dah kurang skit sakit, dalam pukul 12.30 aku gerak, masa tu tengah gerimis, sampai klinik lebih kurang 1.30, tunggulah jap , klinik bukak kul 2.Sekarang tak perlu risau nok, klinik gomen dah improve, cepat dan tangkas, kaki tangan klinik ngan doktor sentiasa tersenyum riang ria di hari raya kalau nak banding ngan zaman dululah. Kalau cam ni, sapa yang sakit boleh terus baik.kah kah

opsss mulut aku ni kalau tak melaser tak sah , dengar dek pekerja gomen mampuss aku kena pijak. kah kah kah . Cakap pasal gomen, mulalah mulut aku ni jadi mak hayam, alkisahnya berkait ngan sehelai kertas merah (biasalah cukai tak berbayar) aku terima minggu lepas, hari senin tu aku call dorang sebab dorang ada letak no hp kat situ disertai ngan pesanan suruh call .

Diolog bukan siri bercakap ngan jin- Tamar Jalis

Aku : Assalamulaikum ni en.****.

En.****: Waalaikumsalam , kenapa ye.

Aku : Saya dapat surat , pasal cukai ***** Insyaallah , bulan 12 nanti saya bayar. Rasanya saya tak dapat bayar sekarang, sebab saya ada dua rumah lagi nak kena bayar, tak cukup duitlah. Rumah tu rumah arwah ayah saya. En  boleh tengok rekod lama, saya memang bayar dalam bulan 12.

En****: Apa alamat rumah lagi satu tu.

Aku : Blok bla bla bla bla bla (mana boleh tulis alamat sebenar kat sini)kah kah kah

En.**** : bayar sikit dulu boleh tak?

Aku(bengang) : Maaf ye, En. ingat  ni macam bayar ansuran tv ke (kah kah kang saja nak bagi aku melaser) Saya call ni pun dah kira okey, saya nak explain kat en, tak de pihak en  tertungu-tunggu. En faham tak maksud saya.

En.**** : Faham.

Aku : Assalamulaikum

En.**** : waalaikumsalam.

Aku  jenis yang tak suka cakap putar belit , kalau tak boleh bayar, aku cakap je tak boleh bayar, aku tak suka bagi alasan, Habis tu kalau aku dah berterus terang, orang masih tak paham, alamatnya mendapatlah.Ya Allah ya tuhanku ampunilah dosa-dosaku.

Jom layan lauk kari kepala ikan jenahak balance sebelah lagi. Ingat tak yang sebelah lagi , aku masak asam tumis.Bolehkan cerita pasal gomen tetiba melompat ke kari kepala ikan.kah kah kah



Suasana kat klinik petang semalam, masa ni aku ditempat pertama, haruslah aku dulu diberi rawatan. Budak debab ni sibuk call ayah dia, jumpa kat rumah tak puas kot.




Cara masak kari ikan , tak kiralah apa saja ikan.


Sedikit daun kari rempah campur ngan halba.

Pada pendapat aku yang bukanlah pakar sangat pasal kari ni, tapi ngan tunjuk ajar suami ngan FIL(India) tu bolelah aku buat satu rumusan sikit pasal kari ikan. Halba yang membezakan kari ikan ngan kari yang lain. Kari ikan yang sedap halbanya terasa, tapi terlebih halba sangat pun tak boleh, ditakuti kari akan rasa pahit.



Aku suka buh bendi, tapi terung je yang ada, layan jelah, buh buah tamoto ceri sikit.


halia 1/2 cm , 2 ulas bawang merah ngan 3 ulas bawang putih dihiris.



4 tbsp rempah kari ikan bancuh ngan air.-



Quantity rempah basah ngan kering bergantung pada quantity ikan.
.

Tumis rempah campur, daun kari dan halba hingga naik bau , diikuti ngan hirisan bawang merah, putih ngan halia tumis hingga layu. Seeloknya masa menumis kecikkan api. Bila semua bahan tumisan dah naik bau, masukkan rempah yang dah dibancuh ngan air. Tumis hingga pecah minyak kemudian masukkan perahan air asam jawa (terpulang sapa yang suka kari masam boleh lebihkan asam jawa) Bila kari dah mendidih, jangan lupa masukkan terung ngan tomato, dikuti ngan ikan.Sebelum angkat jangan lupa buh garam ngan sedikit perasa.


Apa jenis kari pun kalau nak sedap , makan keesokan harinya, lagi lama lagi sedap, kata suami aku.


Hp plastik dia tak tinggal. Firdaus ni kalau makan berlaukkan ikan kari, alamatnya adalah orang yang kena buang tulang tuk dia.



Kat tajuk dah sebut, harus kena tepek, keledek aku goreng petang semalam, dekat nak setahun gak , tak mengoreng keldek. suami aku suka goreng keledek yang nipis. Abaikan yang kehitaman tu ye.





Berjumpa lagi di lain rancangan, kurangkan kontroversi, banyakkan masak, majulah sukan untuk negara sambung sikit lagiiiiiii, tanpa campurtangan ahli politik kata kak chik, dipersetujui oleh cik ina. . kah kah kah kah




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina