Sunday, October 2, 2011

Ibu ratu hatiku, edisi makanan orang kurang sihat,

Salam hari Minggu.....................


Selamat berhujung minggu ngan keluarga tersayang. Dua hari ni aku sedikit keletihan, sebab suami ngan Firdaus kurang sihat. Baru je lepas masakkan nasi ngan sup ayam tuk dorang. Malam tadi pun aku kurang tidur, bukan sebab Firdaus meragam dia demam, sebab risau , biasalah tu kan ibu mana yang boleh melelapkan mata kalau anak sakit.

Jadi suami ngan anak bestkan , bila sakit selalu dapat layanan first class dari kita. Mintak je nak apa, ,kita penuhi. Sebagai isteri dan ibu kita rela berkorban apa je demi memastikan suami ngan anak kita yang sakit tu cepat sembuh. Ada ketikanya  kita sanggup  berdoa memohon pada Allah SWT agar sakit anak kita tu berpindah ke kita. Besarnya pengorbanan ibukan, kalau di fikirkan balik. Bila time kita sakit , kita pandai jaga diri sendiri , kita tak kisah , janji suami ngan anak kita sihat. Sucikan hati ibu. Mari kita berbangga ngan diri sendiri sebab jadi ibu yang baik pada anak ngan suami.

Bila cakap pasal ibu , tetiba teringat arwah mak, teringat masa aku demam , dia suka jaramkan kepala aku ngan air asam jawa,katanya nak sejukkan badan. Dia picitkan kepala aku , sambil lumurkan minyak kapak bila aku ngadu yang kepala aku berdenyut -denyut. Aku harap pada sesiapa yang masih mempunyai ibu tu jagalah mereka ngan baik, ambik berat tentang makan minum dan kesihatan mereka.

Kita tak akan dapat cari kasih sayang sebenar selain kasih sayang dari Allah SWT dan ibu, biarpun kita dah punya isteri, suami ngan anak. Itulah hakikat sebenar. Kadang-kadang kita lebih selesa meluahkan masalah kita pada ibu kita dari pasangan kita sendiri. Bila anak -anak kita dah berkahwin dan ada anak, baru mereka sedar cam mana besarnya pengorbanan dan kasih sayang kita (ibu) pada dorang. Bab ayah aku tak nak sentuh..no komen



Jom layan bubur nasi edisi orang kurang sihat.





Sesiapa yang nak cuba buat tempura nugget ayam, bolehlah ambik resepi kat sini. Cuma kali ni aku tambah sebatang carrot dipotong dadu ngan hirisan (abaikan hirisan aku yang cam banggang tu) setangkai daun bawang & saderi sebab tempura nugget ayam ni nanti aku nak hiris dan nak masukkan ke dalam bubur nasi katanya edisi makanan orang kurang sihat kenalah masak bubur nasi.kah kah kah



Ada pertukaran lagi, oleh kerana Firdaus ni suka yang berlemak sikit, kulit ayam yang ada kat isi tu aku tak buangkan. Tak pelah berlemak-lemak sikit, tu yang sodap tu.



Isi ayam yang dah siap dikisar , dicampur ngan carrot, daun bawang/saderi dan herba-herba yang lain. check resepi kat sini ye.


Proses sebelum disalut telur ngan tepung, bulatkan semua dulu, nanti senanglah nak disalut.


Suami kata tempura nugget ayam ni sedap lagi dari sebelumnya, mungkin sebab aku buh carrot ngan daun bawang/saderi kot. Dia suka cicah ngan sos cili Ayamas/Rasamas. Bila cakap pasal sos cili ayamas, teringat plak masa aku keja kat ayamas, aku buat sos cili ni . Setiap hari kena pandang berbasket -basket cili basah.


Yang bestnya kalau buat sendiri tempura nugget ayam ni, korang boleh sesuka hati nak bentukkan dia samada nak rupa singa laut, arnab, gajah, cam aku suka bentuk bulat lepas tu leperkan je. Korang rasa boleh ke buat bentuk singa laut? kah kah kah



Hirisan tempura nugget ayam, nak buhkan ke dalam bubur nasi. Aku suka buat bubur nasi guna beras wangi, sebab dah terbiasa kot masa Firdaus kecik pakai beras tu kalau buat bubur dia.



Pandangan dari dekat tempura nugget ayam yang ada carrot dan daun bawang/saderi.(ceh ceh wah, macam bagus-baguskan)


Firdaus kalau makan bubur nasi mesti ada ikan bilis goreng.


Aku masak nasi guna rice cooker, cangihkan nampak di situ kemalasan aku terserlah. Bila nasi dah nampak kembang, aku bubuhkan hirisan tempura nugget ayam tadi.Aku titiskan beberapa titik minyak bijan, ngan separuh kiub pati ayam knorr. Aku tak bubuh garam dalam bubur nasi, sebab suami dah biasa makan bubus nasi ngan kicap cair(penganti garam)



Tetiba je aku jadi pelik bila suami makan bubur nasi guna chopstick.Aku pun duk intai cara dia makan, sampai dia naik rimas, lagilah bila aku ambik gambar. Mengucap dalam hati, aku hampir terlupa yang dia kan cina mestilah dah biasa guna chopstick. Nasib baik aku tak tanya soalan bodoh kat dia.


Budak tak sihat, cian nampak sangat tak bermaya. Semoga anak ngan suami aku cepat sembuh. Sekarang mereka berdua sedang tidur, sebab malam tadi tak boleh tidur. Masa dorang tidurlah aku dapat berfoya-foya update blog.kah kah kah



SAPA CAYANG IBU, ANGKAT TANGAN.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina