Tuesday, October 4, 2011

kenangan datang dan pergi bersama hujan, kenangan stew ayam berkuah tomato , nasi butter


Salam hari selasa........


Sila abaikan tajuk-tajuk aku yang agak bangang kebelakangan ni, mungkin sebab terlebih ice.kah kah kah

Kat luar masih hujan, rasalah sejuk sikit. Kebelakangan ni cam kerap plak hujan. Alhamdulillah, hujan rahmat. Macam mana aku suka hujan macam tu gak aku suka masak. Pada aku hujan menenangkan, mendamaikan , kadang-kadang hujan gak buat hati aku jadi sayu mengenangkan sesuatu. Sesuatu yang dah tiada, tetiba kan jadi bangang nak ingat orang yang dah tak de. kenangan ko pegi jauh boleh tak? bagus, faham pun.

Tak tak dia tak pegi lagi masih tinggal sisa , tak pe kali ni kenangan yang indah kat sini, ia buatkan mood memasak berkobar-kobar. Ahhhh ahhhh jangan salah paham bukan nak masak lamb shank, nak masak stew ayam sebab lidah aku rasakan kuah lamb shank tu sebijon ngan stew ayam berkuah tomato. serius sedap , berkrim, aroma herbanya menusuk hidung dan tekak dan macam-macam lagilah tapi tak delah cam sesedap sedut ice ngan kak limah. jangan marah. gurau-gurau manje pagi hari.boleh.

Oleh kerana setiap kali aku sampai rumah, matahari dah agak-agak nak terbenam, bulan plak hampir nak memunculkan diri, maka tak delah masanya aku nak buat kuah stew tu mengunakan tomato asli. Lenkali ye murid-murid makcik tunjukkan cara nak buat stew tu guna tomato asli .




1)2 labu bawang kuning- hiris ikut suka
2)3 biji kentang -potong ikut suka, kalau potong kecik sikit senanglah empuknya


1)3 batang calery-kalau boleh hiris nipis
2)2 batang carrot-potong ikut suka.



sedikit oregano, basil, ngan serbuk black pepper, untuk kuah stew plak aku guna tomato hunts ngan 3 sudu besar  sos cili.


ni tomatonya.


Ayam separuh diperap selama 20 minit cukuplah tu, ngan 1/2 inci halia ngan 5 ulas bawang putih kisar kering.


Tumis hirisan bawang besar ngan dua atau 3 sudu butter(aku guna butter SCS) hingga layu dan naik bau. Jangan lupa kecikkan api masa menumis.


Masukkan ayam, biar kecut, selepas tu masukkan semua sayur dan kentang , tutupkan periuk, sederhanakan api, biar semua tu masak secara perlahan. Abaikan sudip tu sebab aku memang pencinta sudip dari senduk.

Jangan biarkan tanpa kasih sayang bila dah tutup periuk tu, sentiasalah kacau sikit. Lebih kurang 20 minit masukkan tomato , kacaukan bersama bahan lain. Kemudian bubuh air , jangan bubuh banyak sangat, nanti stew terlampau cair plak. Bila kuah dah mendidih buh serba sikit oregano, basil ngan black peper(sapa suka pedas boleh buh banyak sikit) , 3 sudu besar  sos cili, ngan sedikit garam sebagai penambah rasa.



Jeng jeng stew ayam sedikit berkrim-kesan dari guna butter scs


Nasi butter, tak payah susah-susah , nasi tengah panas tu buh 2 sudu butter scs, (nasi butterlah tu kan)



Firdaus punya.


Muka baru sihat.



Dua kali makan, stew ayam ni serasi ngan tekak dia



Berjumpa lagi dilain rancangan, majulah sukan tuk negara, pegi jahanam ngan siaran tv yang cerita pasal politik. muntah boboyyyyy.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina