Saturday, October 1, 2011

komen spam, edisi nak jimat dan tak nak membazir

Salam hari sabtu.............


Bertemu sekali lagi dalam rancangan masak memasak bersama cik ina do do cheng. ceh ceh wah berangan jadi chef plak. Aku suka bergurau, tapi  kadang -kadang jadi takut ngan gurauan sendiri, takut gurauan aku  disalah ertikan.Susahkan kalau nak bergurau ngan orang yang tak pandai bergurau, tapi masih suka nak baca blog ni. Kenapalah nak serabutkan fikiran sendiri, lepas tu nak memaki aku hingga sebut sebut laki aku keling. Apalah dosa laki aku plak dalam kehidupan dia. Aku pun malas nak cari masalah ngan orang, kalau dia rasa ngan menghina peribadi aku dia bahagia , teruskanlah. Aku tak de masalah pun , selagi aku bernyawa, aku percaya yang Allah SWT melihat setiap perbuatan kita.

Seingat aku selama berblog tak pernahlah rasanya, cerita kat sini menunjukkan kehidupan ku yang serba serbi kaya memang hakikat kat luar pun aku bukan golongan orang kaya-kaya pun. Biasalah lumrah kehidupan memang susah nak puaskan hati semua orang. Blog ni pun aku ujudkan tak lain dan tak bukan sekadar untuk tatapan hari tua, mana tahu aku dijemput Allah SWT cepat boleh gak anak -anak aku tatap sebagai pengubat rindu bila aku dah tak de.

Lagi satu niat aku ikhlas nak berkongsi setiap apa yang aku masak kat rumah , aku ni tak de lah mahir memasak pun, cuma bolehlah kalau nak masak tuk keluarga sendiri. Aku harap semua orang puas hati ngan penjelasan aku ni. Aku pinta pegilah ke blog lain sekiranya blog ni tak serasi ngan jiwa korang, aku jumpa banyak blog yang lebih menarik dari blog ni kat luar sana .

Bagi pembaca muda aku suka nak bagitahu tuan punya blog ni hanya seorang tua yang tak punya apa-apa, bukan apa , aku takut ada yang tertipu ngan gaya penulisan aku yang macam orang muda belia. Aku selesa menulis ngan gaya cam ni, sebab luaran aku pun cam ni, seorang perempuan berpewatakkan kasar tapi dalaman lembut. Aku minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki sekiranya ada cerita yang aku tulis kat sini ada menyinggung hati perasaan korang

Hampir terlupa plak aku nak bagitahu, kebelakangan ni aku rasa pelik bila ada beberapa komen dari blogger yang biasa mengomen di sini seperti kak chik, ibu muda, gerhana luka, mama syaza, gadis bunga, adarnazmie ngan Aizamia3 pergi ke kotak komen spam. Aku tak de lah kisah cuma pelik sebelum ni tak de pun cam tu. Jangan marah ye aku cuma nak inform je. Mana tahu ada benda yang boleh dorang betulkan.Aku nak crop komen tu pun tak larat terlampau banyak sangat.

Jom melayan mee segera goreng buh tempura nugget ayam balance semalam, sayang nak membazir.


Hiris nipis tempura nugget ayam.


telur dua biji, pecahkan dalam mangkuk, korang tahukan apa sebab kena pecahkan dulu dalam mangkuk.


4 biji bawang merah dihiris.


Mee segera ni jenama mamee slurp rempah kari berapi bukan khas tuk dibuat goreng pun, biasalah aku tibai je, janji kena ngan gayanya, pasti sedap.


1)celur mee segera dalam air mendidih hingga kembang, angkat, cucurkan bawah air paip, , tuskan, gaul sekata ngan perencah rempah kari berapi. Aku cadangkan untuk 3 bungkus mee segara gaulkan ngan sebungkus setengah perencah je. Terlebih perencah tak elok tuk kesihatan.

2)Panaskan dua sudu besar minyak, kemudian tumiskan hirisan bawang merah kecik hingga naik bau dan layu.

3)masukkan hirisan tempura nugget ayam tadi, kacau sekata ngan tumisan bawang.

4)Masukkan dua biji telur, biar masak sepenuhnya.

5)Akhir sekali masukkan mee segera, kacau hingga semuanya bergaul.



Jeng jeng mee segera goreng ngan tempura nugget ayam, edisi orang pemalas nak masak.



Sehingga bertemu lagi di lain hari dan waktu, Insyaallah kalau panjang umur. Kenapa tetiba cam skema je tulisan aku hari ni?.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina