Wednesday, October 12, 2011

korang rasa boleh masuk blogger master chef tak? Chef Fir ada cam chef Riz

Salam hari rabu................


Hari ni aku pencen masak memasak , tempat aku digantikan oleh chef fir. Jeng jeng anda nak tahu sapa chef Fir...tunggu selepas iklan...... puitttttttttttttttt, bunyi mamak ludah sireh. korang makan sirih tak? aku suka sikit-sikit je . Sireh terbaik untuk kaum perempuan.Pegi check goggle. Aku tak muh bagitahu dalam blog ni, kang ada yang search terkena blog ni.


Jom layan chef Fir ngan muffin mangga berwalnut.



Bowl pertama


1) 230 grams tepung gandum
3 )230 grams brown sugar
4) 1 teaspoon baking powder
5) 1 teaspoon baking soda
6) 1/2 teaspoon salt
7) 1 cup(115 grams) roasted walnut dan cincang( sebarang kacang pun boleh-kena fikir logik gak )



Bowl kedua

1) 1/2 cup(113 grams) butter dicair dan disejukkan
2)2 biji telur size besar
3)(200 ml) fresh milk
4)1 teaspoon perisa mangga (aku menggong, tak de perisa mangga , aku bantai perisa lemon.boleh gitu?)
5)1 cup puri mangga(aku cilok mangga kat rumah yang dah lembik, kalau korang tak de mangga boleh gak tukar pada pisang atau buah-buah sewaktu dengannya.


campurkan butter cair ngan telur , pukul sederhana , kemudian masukkan item 3,4 dan 5.


lihatlah aksi -aksi chef fir yang busyuk masam tu






Curahkan adunan bowl kedua kedalam bowl pertama secara perlahan-lahan, sambil kaup balik guna sudip. Jangan terlebih kacau ye. BM aku ni kekadang lintang pukang skit.


Adunan yang tinggal sikit tu , saje aku buh 2 sudu yogurt, biasalah kalau tak de ujikaji cam tak beseri hidup ni. kah kah kah

Jangan lupa bakar muffin dalam suhu 180 celcius selama 25 minit.


Muffin mangga berwalnut-sesuka hati je aku buh nama.


Aku tolong deco-decokan, cam bangang.



Chef Fir dah penat , lap meja sambil merenung masa depan.





Apalagi bila dah sejuk ngap masuk mulut.



Jangan lupa kalau rajin cuba ye , kalau rasa tak nak cuba tapi berminat makan muffin, bersepah kat luar tu jual muffin, beli je. kah kah kah Selamat bertemu kembali di lain rancangan.Selepas ni Dora the explorer jangan lupa bagi anak-anak nengok. Dora suka tanya soalan pada kanak-kanak, kanak -kanak plak suka jawab soalan Dora.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina