Tuesday, October 11, 2011

Masak-masak, cerita anak-anak, semua adalah.

Salam hari selasa.......


Hai apa khabar semua?. Angkat tangan sapa yang dah rindu ngan blog cik ina? ha ha ha bajet femeskan. Sorrylah bizi cikit dua tiga hari ni.

Sebelum pot pet pot pet panjang lebar lagi , aku nak minta maaf pada Rai sebab guna salah email hantar butir peribadi .Kesian dia duk nunggu.Pasal tak dapat hadiah aku tak kisah, paling aku takut kalau orang salah paham ingat aku tak sudi nak terima hadiah. Nasib baik aku terbaca entry dia semalam, kalau tidak sampai sekarang aku tak tahu apa cerita sebaliknya.Aku ni jaga sikit bab-bab ni, biarpun nampak perkara tu kecik, tapi aku tak nak orang ada tanggapan negative pada aku .

Sibuk dua tiga hari ni melayan keranah anak-anak. Biasalah anak besar aku balik, macam-macam ada. Email tak boleh bukak pun satu hal.Geram gak kalau dipikir pasal blogspot ni. kalau nak tukar dot com rasa tak sampai hati plak tinggalkan blogspot yang mesra pembaca ni. ahhh Pikir kemudianlah.

Biasalah kalau yuyi datang, Firdaus naik tocang. Aku nak marah dia pun tak dapat sebagai ganti terpaksa tumbuk-tumbuk dinding.kah kah kah. Kalau aku marah Firdaus , sekejap lagi kena tadah telinglah dengar syarahan yuyi, contohnya cam hari tu, aku marah Firdaus pasal apa, aku dah lupa plak.

Dia bukak cerita masa dia jaga satu taska kat Bukit kemuning, ada sorang budak lelaki umur tujuh tahun yang terlalu aktif kehulu ke hilir, panjat sana sini. Orang kat situ kata budak tu terlampau nakal. Bila yuyi dekat ngan budak tu cakap elok-elok, budak tu boleh faham dan dengar , dia boleh borak-borak ngan yuyi. Dia selalu ngadu ngan yuyi , yang mak bapak dia tak sayang dia, selalu marah-marah.

Satu hari yuyi saje jumpa mak bapak budak tu cakap perihal anak dia, mak budak tu pandai-pandai je cakap yang anak dia tu hyper aktif tanpa pengesahan doktor. Masa datang mak dia yang hantar, masa balik plak ayah dia ambik. Yuyi terkejut, cara ayah dia bercakap ngan anak dia yang berumur 7 tahun tu guna aku , engkau je.

Kalau cam tu perangai mak bapak dia , Yuyi tak heranlah kalau budak tu aktif semacam dan suka buat benda yang menarik perhatian orang. Rupanya dari cerita -cerita orang kat sana, mak bapak budak tu dalam proses perceraian. Mak budak tu plak tak nak jaga budak tu, dia nak serahkan budak tu pada ayah dia.

Banyak kes cam tu, mak bapak bercerai anak yang jadi mangsa. Budak kecik ni bukannya nakal, tapi di suka nak buat benda -benda yang menarik perhatian orang, lagi lah kalau budak yang kurang dapat kasih sayang mak bapak. The moral of the story masuklah ke dalam dunia anak-anak kita , barulah kita tahu apa kemahuan mereka.

Pesanan khidmat masyarakat yuyi-kah kah , aku dengar je.



Jom layan masak -masak bila anak datang...boleh?


Biasalah anak -anak aku ni tekak melayu, makan nasi ayam pun pakai tangan.kah kah. Habislah kalau yuyi baca . Melempeng aku pagi tu, cam dah bertahun tak buat lempeng, dah sah, nampak sangat aku dah lupa asal usul...kah kah kah


Tepung gandum + garam kemudian bancuh ngan air suam. Bancuhan tak terlalu pekat, tak terlalu cair, sederhana je. Cam biasalah ramai yang tahukan cam mana nak melempeng, kalau tak tahu kang , aku lempang.lemping lempang dekat nak samakan perkataan tu.


Cicah plak ngan sambal ikan bilis . Resepi kat sini .


Lempeng tepung.



Nampak tak cara-cara nak mendekor lempeng ngan sambal ikan bilis. mantopkann.hampehh kalau blog yang pandai mendekor nengok mesti ketawa terbahak-bahak.Ada aku kesahhhhh....eee kelakar tengok siazwan kat melodi hari tu , boleh plak part time dia gaduh tu , aku terrrrrtengok.


Kailan goreng ikan masin lagi, jangan marah resepi kat sini ye.


Cendawan shitake segar , lada benggala goreng ngan bawang putih/sos lada hitam. Abaikan Potongan sayur yang tak ikut badan.


Setahun 2 kali barulah firdaus merasa makan nasi ngan ikan masin. Sebenarnya dia suka sangat ngan ikan masin, oleh kerana ikan masin tu tak elok tuk kesihatan , aku goreng tuk dia setahun dua kali je .boleh?


Berasap!!!!! sos cili padi ni sedap, sesuailah ngan tekak yuyi yang gila makan pedas.


Ayam grill lagi, aku tak pedulik , yuyi suka ke tak, dia kena makan. Boleh plak dia tanya"mak asam tumis tak de ke? Nampak sos cili pedas, baru dia diam skit.


Muka happy dapat makan ikan masin.


Aku tepek gambar yuyi sebab pak sedara dia dah duk sibuk tanya .




Okey sampai sini je ye..........berjumpa lagi dilain rancangan..........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina