Monday, October 24, 2011

tomato ceri dalam masakan, kucai , telur dadar, sardin goreng


Salam hari senin.................


Berjumpa lagi dalam kelas masak  paling comot alaf ni. Tak comot kata kau, hidang ngan periuk belanga atas meja, pinggan mangkuk tak sedondon, pinggan besi, cawan plastik,  juadah tanpa aksesori, dan macam -macam lagi yang comot. Ada aku kesah, comot, selekeh, sesuai ngan motto blog ni bukan blog serius. kui kui kui kui.



Pinggan kesayangan

Pinggan mangkuk kat umah aku ni  banyak  belas ikhsan dari  arwah mak. Ke mana perginya pinggan mangkuk mak kalau tak ke anak sendiri. Cayang sangat, pinggan cam tu mungkin  tak de lagi  sekarang ni. Kalau windu arwah mak , aku peluk cium  pinggan mangkuk tu.Percayalah tu.kah kah kah . Tak gamak aku nak buang pinggan mangkuk tu, masih tertera kat belakang pinggan  tulisan bercat biru huruf F pangkal nama arwah mak.  Dolu-dolu kalau jiran wat kenduri , dorang suka pinjam pinggan mangkuk arwah mak, nak elakkan tertukar , belakang pinggan mangkuk tu mak buh tanda, bahasa modennya watermark.kui kui kui.

Aku salute ngan arwah mak, dia jaga sangat bab keterampilan rumah ni, contoh,  sarung bantal ngan cadar sedondon sut, langsir   tingkap ngan pintu sedondon  waima bekas kuih raya pun sedondonlah. Aku ada?, tak de.  Hujung minggu , awal pagi lagi  dia dah bangun,  cuci apa patut, bawah katil semua disapu, sawang mawang(ada ke perkataan berganda cam tu?) dibuang, memang tak de lah anak-anak yang ikut cara dia. Kalau lah sekarang ni  dia masih hidup, nengok  langsir tingkap aku  kuning, langsir pintu cokelat ,   harus dia pengsan, belum masuk bab cadar aku pink, sarung bantal hijau,  biasalah aku kan caca merba. Aku ngaku, bak  jaga  keterampilan rumah ni, aku  memang fail.



Dari kelas masak comot ke pinggan mangkuk arwah mak , last sekali ke masakan gak.kui kui kui.



Kacau telur bersama kucai ngan sedikit kicap cair.Panaskan kuali atau non stick pan, buh sedikit minyak , curah telur yang dah dikacau tadi, tunggu sampai telur dadar nampak garing kemudian balikkan, biar garing kemudian angkat.


Sila percaya, telur dadar berkucai , sodap sangat.


yeah yeah yeah tomato ceri dah masak, boleh petik kat rumah google. kwang kwang kwang


Bila bahan tumisan dah naik bau, masukkan tomato ceri, lepas tu kan kan kan kan sila ambik resepi kat sini, kah kah kah.


Nasi goreng kampung bertomato ceri-namanya baru jap tadi reka.



Sardin goreng bertomato ceri-namanya baru jap tadi reka.kui kui kui

Nak resepi ambik kat sini, cuma gantikan belimbing buluh  pada tomato ceri.



Juadah di  atas fresh from farm, paling lama pun minggu lepas punya masakan. Boleh diampunkan. kui kui kui.


Aku akhiri cerita ni ngan 2 pantun 4 kerat ;

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi


Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan


Pantun ni je aku dapat bagi, dah ni je pantun yang aku tahu dan hafal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina