Tuesday, November 15, 2011

anoy, anoy, anoy dan nelson

Salam hari selasa.......



Beberapa hari lepas aku terbaca komen anoy kat entry yang ini , komen yang buat aku tak sedap hati atau ngan lebih tepat tak suka. Perasaan anoy tu aku tak nak ambik pedulik, aku ni lebih suka fikir perasaan sendiri. Kononnya pembaca  senyap baru blog aku, tetiba je tanya  anak perempuan aku yg lagi sorang.. His, his,his ,  aku nak bagi tau ke, dia belajar kat mana.Penting ke?Kalau nak ikutkan yuyi pun tak berapa suka aku kerap tepek muka dia kat blog ni.

Tak semestinya dalam blog  kena bagi tau semua hal peribadi, termasuk hal anak-anak ngan suami . Kalau orang lain  suka nak bagi tau , itu dorang punya pasal.. Kalau anoy tu betul-betul jujur nak tanya pasal anak aku, kenapa guna nama anoy, kenapa tak kenalkan diri sebenar. Dari situ aku dah nampak dia tak jujur, ada motip tertentu.








klik tuk melihat ngan jelas komen anoy tu


Tetiba je bagi tau dah terai resepi aku kononnya. Dalam blog, aku tak pernah lagi cite bab pekerjaan anak , nama sekolah, tempat tinggal, kisah anak no 2 , maksudnya aku tak nak berkongsi bab tu ngan orang luar , paham-paham sendirilah, kui kui.Tak payahlah lagi nak tanya.

Semalam aku mc, balik klinik aku gi jalan ngan anak-anak gi Giant P.Klang. Kalau ke sini tak sah kalau tak singgah Nelson.Jagung cawan ngan wafer Nelson sedap, first time aku  makan kat wisma PKNS Shah Alam, masa tu  muda belia lagi .kui kui kui

Sebelum gi nelson, aku teman yuyi beli barang . Habis beli barang terpaksa plak layan firdaus cari barang dia , konpius dia sebut lampu goyang, lampu goyang, aku naik pening, tak boleh nak imagine lampu goyang tu. Dia tak de lah nangis, tapi kita orang kena ikut dia kehulu kehilir mencari. Kalau ikutkan aku, memang tak kosa lagi nak cari, yuyi yg layan lebih -lebih. Last sekali, lampu goyang tak dapat, pedang goyang yang dapat. ambik koo.


Muka puas hati , dapat pedang bercahaya konon rega RM8.90, nasib baik murah, yg penting yuyi bayar.kui kui kui


Tak tahulah sampai bila pedang tu bertahan.....


Lepas pau yuyi pedang, dia pau plak sekerim.


Semakin putih plak anak aku ni, tetiba je puji anak sendiri.


Kami order ice blended honey dew, lebih tedap sebab buh bola kenyal.Maaf, bola kenyal tak tau nama.


Muka orang sakit, cian. Makan laksa tak habis, sebab kuah laksa ada masalah.kah kah . laksa bukan berkuah ikan berkuah ajinomoto.



Okey , jumpa lagi dilain rancangan, bizi skit hari ni, ada keja yang perlu dibereskan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina