Wednesday, November 9, 2011

cadangan masak daging korban lagi..............

Salam hari rabu................


Cadangan masak daging korban part 2 plak.Geram betul ngan internet tengahari tadi, tergendala rancangan nak update blog.Okey ye murid-murid , mata ni dah mula nak lelap, sebab terlampau kenyang. Kenapa ye?, kalau kenyang mesti ngantuk, kalau ngantuk mesti kenyang.

Malam tadi masak balance daging korban,masak simple je, nasi goreng cina.Lega daging korban dah habis. habis cite.kui kui kui

Jom masak nasi goreng cina anggaran 1/2 mangkuk nasi, tapi daging nalar..mewah




seketul daging, betul ke penjodoh bilangan tu?.konpius.



Daging tadi dihiris nipis, kemudian gaulkan ngan sedikit kicap cair.



dua biji telur



bawang besar ngan bawang putih dihiris.



kacang dipotong 1/2 cm.




Tumis bawang hiris hingga naik bau, kemudian masukkan daging , goreng  hingga sedikit empuk, masukkan 2 sudu besar sos tiram.kacau sekata bersama bahan -bahan lain.




Masukkan kacang panjang, biarkan hingga sedikit empuk. Kuak bahan tadi ketepi kuali, pecahkan dua biji telur di tengah kuali, biar telur masak sepnuhnya, sambil mengacau ngan sudip, Bila telur dah masak sepenuhnnya, masukkan nasi putih, kacau ,kaup balik supaya nasi ngan bahan lain  bergaul sekata.Guna kicap cair sebagai penganti garam, jgn lupa sebelum angkat buh lada sulah ngan beberapa titik minyak bijan.



Jeng jeng dapatlah banyak ni nasi goreng cina.......cukuplah tu kan.




jam angry bird, nasib baik tahan lama kat tangan dia, murah je RM10, aku rembat kat giant .Budak besar ni kena beli bwah RM10 je, kalau rosak tak delah glurrrpp telan air liur.kui kui kui






koleksi besi Firdaus , selain dari pinggan.kui kui kui, rembat sekali dua.




Jumpa lagi dilain rancangan.


Mulut manis di petang hari;

Bila nampak kekurangan orang , cepat-cepat lihat kekurangan diri sendiri, bila nampak kelebihan orang cepat cepat sedar kebesaran ilahi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina