Friday, November 11, 2011

cerita-cerita lucu sepanjang minggu

Salam hari Jumaat.................

CERITA PERTAMA

Sepanjang minggu ni ada cerita lucu bersama anak-anak aku nak kongsi kat sini. Sabtu lepas , lepas gi bagan lalang yuyi ajak nengok wayang cite Tower Heist.Last sekali aku masuk panggung tahun 2004, lamakan...Sabtu tu Firdaus kira first time.Yuyi ngan anak lelaki besar tu hampir setiap hujung minggu nengok wayang, marathon lagi.





Maaf gambar tak memuaskan, kui kui kui.Kat dalam panggung nak pecah perut aku ketawa, bukan sebab cite tu, tapi sebab firdaus. Oleh kerana first time masuk panggung , dia bercakap cam kat umah sendiri.Dia duk sebelah yuyi. Salah satu percakapan dia yang buat satu panggung gelak sekali .

Firdaus : akak ! boleh tukar chanel kartun tak?

Yuyi : Adik , Syyyyyyyyyyy cakap slow slow , nanti pukul 11.30, kita tengok cite kartun ye.

Firdaus : Mak ! yeah yeah akak janji nak tengok cite kartun lepas ni.

Aku & yuyi : syyyyyyyyyyyyyyyyyyyy cakap slow slow, nanti org dengar





CERITA KEDUA

Kalau balik kat umah arwah ayah, anak-anak aku ni mesti nak main tikam. Last main tikam bulan posa hari tu.

Aku tegur yuyi , "tak baik main tikam , dosa". "alah mak, kita bukan nak duit, saja nak ingat masa kecik, cam best je masa tu main tikam".statement tak boleh blah.

Harap maaf gambar kurang memuaskan sebab bateri low, bak kata anak lelaki aku, time yuyi  gambar gelap main tikam dosa , kah kah statement tak boleh .



Mulanya yang anak lelaki pegi dulu, bawak modal RM5/, aku ngan yg lain tunggu dalam kereta.



Lepas tu berdedai keluar. Bila orang kedai tu nampak aku ambik gambar, dia siap warning anak aku. Tak menahan aku nak gelak bila yuyi  cakap "mak ,  orang kedai tu takut,polis tangkap kalau jual tikam". "kenapa, mak ni cam polis ke?, kah kah kah



Bak kata anak lelaki, time dia gambar terang,  sebab tak dosa.kui kui kui.cian Firdaus  first time main tikam.



menang keropok ngan air kotak je.apasal plak kepala firdaus nampak separuh je........kui kui kui



excited tu......bersama hadiah........



ini pun hadiah gak.

Yuyi gelakkan aku sebab buat kuiz bangang

Aku : ko teka kenapa keropok ni panggil tam tam, kalau betul mak bagi RM5 (cam nak bodoh-bodohkan anak sendiri konon).

Anak lelaki : alah mak, senang tu, tam tam sebab keropok ketam, ada gambar ketam lagi.

Aku: kah kah , la ingatkan ko tak boleh tangkap.nah ambik RM5ni.

Anak lelaki : mak , lenkali jangan suka -suka buat kuiz, ni baru RM5, kalau RM50 cam mana, fis rembat je.kah kah kah



Sekianlah saja cerita-cerita lucu sepanjang minggu ni bersama anak-anak.Kalau dah lucu tak tahu nak gelak.Ketawalah sikit.kui kui kui.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina