Thursday, November 17, 2011

cerita lepaskan tekanan

Salam hari khamis............


Pagi tadi aku terbangun awal lebih kurang pukul 4.30. Buat keja apa patut, lepas tu duk depan lappy, saja baca- baca blog orang. Aku ni kalau baca blog teliti skit, sebab tu aku tak berapa suka baca kat tempat keja, banyak gangguan, tak boleh nak fokus.

Aku baca blog izan, dah lama gak dia tak update semenjak suami dia balik , dia cite pasal penginapan dia kat KL. Cam biasalah lepas baca blog aku suka baca komen orang , satu persatu aku baca. Semua komen cam best, cuma ada satu komen cam aku nak reply komen orang tu, bukan tuan blog yang meroyan aku yg meroyan bila baca komen budak pompuan tak cukup umur tu "tak minat duk kondo". Kalau ko tak minat duk kondo pegilah tulis dalam blog ko. hissss geramnya

Kes pengomen tak cukup umur tu, aku pernah kena. Setiap kali kat blog aku tepek goreng tempe ngan ikan bilis pedas, setiap kali tu gak dia komen tak makan tempe.Aku pedulik apa ko tak makan tempe.Ada aku kesah .Kalau ko nak bagi tau orang ko tak makan tempe , pegilah tulis kat blog ko.kah kah kah.Ini blog aku aku nak buh 20 kali goreng tempe , aku punya suka, sebab apa yang aku masak ikut selera tekak suami ngan anak-anak aku bukan selera orang lain. Ini bukan website rancangan masakan berbayar, yang pembacanya kena bayar nak dapatkan resepi.kah kah kah kah

Manusia tu sendiri yang suka nak bagi orang berbulu kat dia.Contoh cam pengasuh anak aku, dia buat kenduri kesyukuran sebab pulih dari penyakit.(penyakit apa kurang pasti) masa menjemput dia kata kenduri arwah mak . Mana satu betul, aku pun kurang pasti. Last last jalan nak bagi puas hati, aku tak pegi. Buat drama queen plak, dia ngadu  banyak kali  call aku ,  nak jemput kenduri, tapi aku tak angkat hp.Pasal tu panjang lebar plak kalau explain, pendekkan cite, memang ko ada mental problem.kah kah kah

Masuk ni bukan sekali dia buat cite putau alam. Aku pun tak tahu apa motip dia ,  setiap kali jumpa aku,  suka wat cite putau alam. Aku ni dah lah pantang skit ngan spesis cakap putau alam ni. Terus terang, aku ni kalau dah baik ngan orang, aku buat cam family sendiri, tak suka berkira sangat, apa-apa pun,  aku lebih kurang halal. Kalau bagi makanan tuk anak, aku saja lebihkan sebab kat situ bukan anak aku sorang je. Bab bagi budak -budak makan, aku tak bangsat sangat , nak bagi anak aku makan, lepas tu bagi budak lain tengok sampai meleleh air liur. Tak jadi papa kedananya , kalau bagi budak lain sekali merasa makanan anak kita.

Aku ngan jiran pengasuh tu tak berapa cakap sangat, kalau jumpa senyum je sebab spesis aku ni, kalau tak berkenan ngan perangai seseorang aku kurang bercakap.Kalau pengasuh aku tu nak baik ngan jiran dia tu, apa aku pedulik. Sukati dialah .Nak baik sangat sampai masuk dalam kain pun aku tak kisah.

Apa yang buat aku bengang , pengasuh aku ni suka sangat  buat drama queen, satu hari tu dia jual bantal , rega murah, mana dia dapat aku kurang pasti,dia siap pesan ngan aku jangan cakap ngan jiran dia , sebab bantal tu dia tak tunjuk ngan jiran tu, konon-kononnya dia jual ngan aku je.Punyalah bodoh manusiakan.kah kah kah aku hurmmm kan je, lepas tu aku cau gi beli nasi lemak, time balik beli nasi lemak, aku nampak kat hujung sana dia tengah jual bantal tadi kat jiran tu.

Aku tak delah marah, tapi apa kejadahnya , nak cakap putau alam. Hal cam tu bukan sekali berlaku, dah banyak kali, sampaikan anak dia pun cakap mak dia suka wat drama queen.Seriuslah aku fed up ngan manusia manusia cam tu. Dulu aku pernah berjiran ngan pelacur, perangai ngan mulut dia pun tak haram jadah cam tu. Aku ni layan semua manusia sama, tak kira dia siapa, bukan aku yang tentukan dosa pahala , semua keja Allah SWT.

Kejadian pagi tadi lagi buat aku fed up. Malas aku nak cite, kalau cite pun buat hati panas je. Mungkin pengasuh aku tu rasa  , kalau dia baik ngan jiran tu, dia ingat aku tak nak hantar anak aku lagi ke? tolonglah cuba jangan sempit-sempitkan fikiran tu.


The moral of the story, luas-luaskan fikiran kita, bukak-bukak mata kita, tak delah nanti bila berjalan masuk longkang atau langar lecak. Langar lecak atau masuk longkang, kalau sekali tu adatlah, kalau 10 kali cam mana. Kalau dah kerap buat drama queen , orang pun meluat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina