Tuesday, November 22, 2011

Lain padang lain belalang , lain lubuk lain ikannya

Salam hari senin..............


Pernah dengar ke peribahasa lain padang lain belalang, lain lubuk lain ikan? aku tambah sikit lagi, lain orang lain citarasa. Setiap orang ada citarasa yang berbeza dalam memilih makanan. Pasal makan , aku tak memilih sangat, janji makanan tu halal , paling penting dimasak ngan sempurna.

Aku ni memelik sikit, aku kurang selera makan masakan sendiri , kalau masakan orang lain , terutama masakan kawan opis, berselera je. Makanan yg aku bawak kat opis , kebanyakannya kawan yang makan, aku plak makan dorang punya.Tukar suka sama suka .keh keh keh

Okeylah , mulanya tadi nak cerita hasil tangkapan suami dua hari lepas, dah menjajau ke tempat lain plak . Dua hari lepas dia bawak balik 4 ekor ikan sederhana besar, tapi cian, baju dia habis basah lencun kena hujan. Start hujan , dari tengah malam sabtu dia keluar sampailah hari minggu , hujan tak renti-renti, nasib baik tak lebat. Cuaca yang tak menentu sekarang ni, kalau suami gi mancing, InsyaAllah ada je hasil tapi aku yang kat rumah plak risau.

Sampai je suami kat depan rumah, aku gapai ikan dulu, sabau jelah bukan nak gapai suami dulu, kali ni, nasib baik dia baik hati siap siangkan ikan. Apa lagi, tanpa buang masa, aku garam kunyit ikan tu, buh sikit black pepper, panaskan minyak, terus goreng. Ikan baru katakan, goreng pun sodap.



maaf ye, nama ikan ni aku tau.



sebelum digoreng.



jeng jeng , tak boleh goreng ikan baru terlampau garing, nanti makan tak nikmat.

Hobi aku kumpul kepala ikan, nanti time aku masak kuah, aku buh kepala ikan tu. Kebanyakan orang suka makan ikan goreng, aku ni pelik skit suka makan ikan kuah. Suami aku tak de hal ikan goreng , ikan kuah, dua-dua dia tibai.



kepala ikan yang akan menjadi mangsa.kah kah kah

Malam tadi aku masak kepala ikan, dua keping isi ikan ngan ekor ikan masak kari. Suami dah pesan ikan yang dia dapat kali ni, sedap masak kari atau asam tumis. Dua hari lepas baru je masak asam tumis, kali ni masak kari lah plak.

Kari yang sedap bukan  bergantung 100%  pada rempah karinya. Semua rempah kari pada aku sama je. Menumis rempah kering ngan basah kena betul caranya , bahan tumisan pulak kena cukup ,  InsyaAllah sedaplah  kari tu. Aku suka masak kari style India tak bubuh santan.

Bahan-bahan untuk masak kari ikan



1)5 ulas bawang putih -hiris
2)4 ulas bawang merah-hiris
3)sedikit daun kari
4)1/2 cm halia-hiris
5)sedikit rempah campur
6)halba-special untuk kari ikan je.
7)sedikit garam
8)air asam jawa




beberapa biji kacang bendi





Aku gabungkan dua bungkus rempah kari babas ngan sebungkus rempah kari adabi, kemudian aku bancuh ngan air. Boleh gitu?



Inilah hasilnya selepas berlakunya pergabungan rempah kari ngan air.



Tumiskan rempah campur, daun kari , halba ngan bahan hirisan hingga naik bau.



Selepas bahan tumisan naik bau, masukkan rempah kari yang dah dibancuh ngan air tadi, tumis hingga pecah minyak. Bila rempah dah pecah minyak , masukkan air asam jawa, biarkan kari agak mendidih. Akhir sekali masukkan kacang bendi ngan ikan serentak.



Oleh kerana yang aku masak ni ikan baru, tak elok sekiranya dimasak terlalu lama,takut hilang manis, sebab tu aku masukkan kacang bendi ngan ikan serentak, jadi ikan akan masak sepenuhnya , dalam masa yang sama kacang bendi akan empuk, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam ngan secubit perasa . , tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.



Tetiba je aku rasa kari ikan ni tedap , walahhhh, tak dapat digambarkan ngan kata -kata, lidahku kelu seribu bahasa. kah kah kah





Harap maaf , Bahasa skema sebab entry ni akan direview kat sini.lihatlah doniya.


Esok aku sibuk gila gila , sebab kementerian perdagangan dalam negeri akan buat lawatan sambil belajar kat kilang.kah kah kah kah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina