Saturday, November 19, 2011

lauk macam macam ada

Salam hari sabtu..............


Tengah wat apa tu? breakfast ngan family ye, tak pun tidur lagi, tak pun sidai kain, tak pun kemas rumah, apa pun yang korang buat, aku tak kisah, janji korang happy. Jangan buat benda tak betul udah. Hari ni aku nak cite masak-masak kat umah yuyi  minggu lepas, cite ni  dah beberapa kali tertunda, nengok album gambar, baru terhegeh-hegeh nak tepek kat blog.

Masa gi umah yuyi ni, suami  mancing, aku saja bawak firdaus mandi kolam kat umah dia, masak sekali kat sana. Lauk basah beli kat bawah umah dia,  kecuali daging kambing, tu kawan  bagi sebab dia tak makan daging kambing.


Jom layan masak-masak......



Abaikan preparation cam bangang, bak kata yuyi "mak ni suka buat sepah ye". Dah style aku cam tu nak wat cam mana, masak ngan menyepah sama naik. Kalau time raya lagilah yuyi bengang, dapur cam tongkang pecah , masaknya tak seberapa. Bila lagi dia nak mengemas, time raya ngan hujung minggu je, hari bekerja aku kemas sorang-sorang, masa nilah nak balas dendam. ekekek

Spesis aku sebelum masak, wat preparation dulu, siap semua , baru angkat vontot pegi dapur. Aku mintak apa barang yang nak guna, Yuyi tukang hulur , biasalah stok- stok vontot berat, kah kah kah.Korang cam mana , adakah vontot berat cam aku gak?

Time aku masak, aku halau semua ke depan, dah siap masak, panggil dorang kemas. Kalau kat umah yuyi adalah can nak suruh dia kemas, kalau umah aku , kemas sendirilah nampaknya.




Kari kambing, kuahnya sedap dapat cicah roti benggali ,terus lapau. Kalau boleh , sebelum masak daging kambing basuh dulu daging tu ngan tepung gandum, InsyaAllah daging tu tak delah berbau hamis.


Kankung goreng belacan, peberet yuyi, dia suka makan batang kankung.gilakan. kalau ikut aku buang je batang kangkung yang besau tu, dia suka punya pasal , aku bubuh je.



Kalau masak pindang , aku suka wat sambal belacan. Sambal belacan ni simple je ,aku perah asam limau bagi masam skit..


Masak pindang style arwah mak letak kunyit , orang kelantan gelar masak singgang, dorang tak letak kunyit. Resepi masak pindang kat sini, simple je, kuah pindang sedap hirup masa panas-panas . Pindang ni sesuai gak tu orang dalam pantang, cuma kenalah ganti cili ke serbuk lada hitam.


Ayam masak lomak cili api, resepi ambik kat sini ye, bezanya yang ni, aku tak bubuh cendawan..




Ikan gelama masam goreng , kalau tak tahu cara mengoreng, mau aku babab vontot korang.Kalau boleh sebelum mengoreng tu, buanglah sisik, basuh, gorenglah garing skit, kalau tercekik tulang pun tak de lah hazab.kui kui kui kui



Firdaus tengah bengang, aku ambik gambar masa dia nak makan, penatlah katakan baru balik berendam kat kolam renang.






SELAMAT BERHUJUNG MINGGU BERSAMA FAMILY TERSAYANG, aku nak gi cau wat sarapan, nampaknya cam ada isyarat dari suami suruh aku wat sarapan, biarpun dia tak bersuara , tapi aku paham sangat trademark tutup bukak tudung saji tu .kah kah kah.


Suami korang atau ahli keluarga korang yang lain ada trademark tak bila lapau?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina