Friday, November 18, 2011

Preparation sebelum perlawanan bola sepak sukan sea ke 26-Indonesia & Malaysia.

Salam hari Jumaat....................



yeah yeah yeah esok cuti . Apa pandang ,pandang. bengang ye? nengok tajuk mesti korang imagine pemain bolasepak kita tengah buat latihan kat padangkan?.kah kah kah tak de maknanya. Preparation ni, untuk nengok bola sepak malam tadi, gigih aku wat muffin, saja wat kudap-kudapan suami sambil nengok bola. Aku ngan Firdaus layan games, bagi laluan pada suami.

Takut duk dekat ngan suami time nengok bola ni, sebab tangan ngan kaki dia sama naik, kalau dekat harus ada yang kena lipat.Biasalah kalau dah lawan ngan indon , semangat tu berkobar-kobar, sebab geram ngan perangai indon yg berlagak, katanya suami. Kata aku plak, kita je tak sedar diri nak susukan dorang , anak kat rumah mati kelaparan.kah kah kah kah . Itu indon, ini Indon , sana sini Indon, kita gi sana , tak dapat pun layanan special.SERIUS , cerita apa sahaja yang membabitkan pendatang asing, aku jadi muak.

Tahniah pada pemain bolasepak negara kita kerana berjaya menewaskan Indonesia malam tadi .Aku seisi keluarga menyokong tak kira time, kalah menang harus sokong. Jangan plak time menang sanjung , kalah maki hamun, ye dak?



Firdaus benggang , ayah layan bola sambil hentak-hentak kaki. Dia tak kuasa nak layan ayah, dia pegi main games sambil layan secawan nescafe ngan muffin.



bowl pertama

butter 100 grams-dicairkan
yogurt plain 1cup
sedikit jus lemon
telur 2 biji

kacau guna handwhisk

bowl kedua

1)200 grams tepung gandum + 1/2 tbsp baking powder + 1/2 tsp garam-ayak
2)150 grams castor sugar atau brown sugar
2)1 tbsp coklat urai-saja nak habiskan stok lama
3)2 tbsp kismis- saja nak habiskan stok lama




Curahkan adunan bowl pertama ke dalam bowl kedua secara perlahan-lahan sambil mengacau . Jangan terlebih kacau ye. Rehatkan adunan dalam 10 minit, kemudian sudukan sedikit ke dalam cup, bakar selama 25 minit , suhu oven 180 darjah celcius.


Last skali masukkan sedikit parutan kulit lemon-saja wat geli-geli-abaikan parutan lemon cam banggang tu.



Layan bola sambil minum secawan nescafe panas ngan muffin lemon beryogurt-tedap. Bukan secawan , seteko mau habis kalau dah nengok bola.


Cuba jangan tak cuba. Ratu , kek lemon beryogurt buh cheese tunggu akak dapat gaji ye.kah kah.kalau ko dekat boleh rembat skit cheese ko .kah kah kah




Jumpa lagi, SELAMAT BERHUJUNG MINGGU BERSAMA FAMILY TERSAYANG.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina