Thursday, November 3, 2011

Sama tapi tak serupa ; kek yogurt lemon

Salam hari khamis.................


Lambat plak bersiaran entry kedua , biasalah hujung bulan banyak keja yg perlu dibereskan, kena ikut date line sebelum 4 hb setiap bulan.Oleh kerana kek lemon semalam tak menepati selera suami,hanya menepati selera rakan-rakan seperjuangan sahaja , maka gigih lah malam tadi aku wat kek lemon yang buh yogurt, sebab suami suka kek yang moist ala ala basah gitu.

Serius kek ada buh yogurt memang sedap, masuk ni dah dua kali aku buat, cuma masa buat kali pertama aku tak tepek dalam blog, sebab takut korang tahu rehsia kek yogurt aku tu, mesti korang cam nak ketuk kepala aku kan.kah kah kah .sabau ye

Keadahnya sama ngan resepi kek lemon, cuma ni aku buat lebih dari semalam, sebab suami ngan Firdaus suka makan.



Kat rumah aku tak de penimbang, aku guna masurement cup sahaja.



2 biji lemon diparut kulit ngan ambik jus dari sebiji lemon je.




Yogurt low fat normal.



kek lemon beryogurt

Resepinya

1)300gm tepung naik sendiri(self raising flour)
2)2 tbsp tepung kastard
3)2tbsp susu tepung-aku tibai susu firdaus.kui kui kui

diayak

4)250gm butter
5)200 gm gula castor-
6)1 tbsp susu pekat manis
7)4 butir telur
8)1 bji lemon ambik jusnya dan parutan kulit dari 2 biji lemon
9)sedikit essen limau.
10)yogurt low fat -normal

Cara membuatnya

Putar butter ngan gula castor hingga kembang, masukkan telur sedikit demi sedikit, kemudian putar lagi.Selepas adunan tadi kembang, masukkan sedikit demi sedikit bahan yang diayak tadi, putar ngan kelajuan tahap 1, last sekali masukkan susu pekat, lemon jus ngan parutan kulit lemon ngan yogurt sedikit demi sedikit , sambil memutar secara perlahan.

Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180 darjah celcius........
lengserkan acuan ngan majerin/butter
Bakar selama 40 minit.......




gedik saja nak wat corak.



Selepas 40 minit dibako jgn terus keluarkan dari oven, kang turunlah kawan tu



cer cakap sedap tak.



Sesunguhnya kek yang ada yogurt memang sodap tak dapat nak digambarkan ngan kata-kata. Pagi tadi aku bagi suami ngan firdaus brekpes kek yogurt lemon ni je cukuplahkan , complete set , makan 2 ketul , boleh kenyang sampai ke tengahari sebab ada susu ngan yogurt.


Selamat mencuba , musim hujan ni jangan lupa bawak payung kemana je korang pegi, atau ngan lebih tepat sediakan payung sebelum hujan. kui kui kui

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina