Wednesday, November 2, 2011

sejuta orang mengatakan sedapnya kek lemon, serius, ni , I see

Salam hari rabu......................

Hye apa khabar?Jumpa lagi ye. Korang dah breakfast ke? Aku dah,, makan kue teow je je je, lepas ni nak gi lunch kat satu blog yang penuh ngan segala santapan, kenyanglah aku kalau masuk blog dia.Aku admire sangat ngan blog Ate ni , aku nak gak tengok orangnya cam mana, tapi tak lagi dapat sampai sekarang.

Jom kek lemon..........



abaikan parutan kulit lemon cam malaun tu, janji kek ni sedap, lagi kasar parutan kulit lemon lagi terasa, tedapnyaaaa.



Jus dari sebijik lemon

Kek lemon

Resepinya
1)150gm tepung naik sendiri(self raising flour)
2)2 tbsp tepung kastard
3)2tbsp susu tepung-aku tibai susu firdaus.kui kui kui
4)150gm butter
5)100 gm gula castor-
6)sesudu susu pekat manis
7)3 butir telur
8)1 bji lemon ambik jusnya dan parutan kulit lemon
9)sedikit essen limau.

Cara membuatnya

Putar butter ngan gula castor hingga kembang, masukkan telur sedikit demi sedikit, kemudian putar lagi.Selepas adunan tadi kembang, masukkan sedikit demi sedikit tepung naik sendiri, putar ngan kelajuan tahap 1, last sekali masukkan susu pekat, lemon jus ngan parutan kulit lemon, sambil memutar secara perlahan.

Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180 darjah celcius........
lengserkan acuan ngan majerin
Bakar selama 40 minit.......


Paling penting baca cara-cara membuatnya dan pahami betul-betul pada yang berminat nak buat sendiri, nanti tak delah cam sorang tu nak menyalahkan resepi aku bila muffin pisang yg dibuatnya jadi cekodok pisang.Orang dah kata baca sampai habis, jangan ambik tangkap muat je.

Apa yang perlu dipatuhi kena patuhi contohnya kalau dah dalam resepi bagi tau masuk tepung sedikit demi sedikit sambil memutar, kena lah patuh. Kalau ko tak patuh, jangan nak marah plak muffin ko bertukar jadi cekodok pisang.Sakit hati gak kan kalau kita bagi resepi percuma, niat ikhlas, tetiba plak ada yang ambik resepi kita , buat tak jadi, lepas tu nak salahkan resepi kita. go to jamban, ada aku kesah.

Lagi satu aku harap go to jamban ngan sorang pengomen lelaki yang dah terlebih kaya, syukur Alhamdulillah, kenapalah yang dia nak sebok kalau aku terlebih rajin nak masak, cam lah aku suruh bini ko masak, waima bini ko tak masak , aku tak pernah kutuk, ko yang sebuk nak cakap ngan org yang selalu makan kat luar dan bini ko tak masak.Aku tak sibuk nak tahu dan tak sibuk nak tanya.kah kah kah

Kalau aku kaya cam ko,24 jam pun aku makan luar, masalahnya aku ni keja sapu sampah je, berapa sen lah sangat gaji kalau nak dibandingkan ngan ko yang gaji +++++ tu.Hormatilah kehidupan peribadi aku ye, sebagaimana aku menghormati kehidupan peribadi engkau tu dan semua orang kat luar sana.

Sekiranya rasa blog ni menyemakkan fikiran , sila jangan ke sini, aku tak kisah , sebab aku dah ada loyal reader-nampak tak kat situ "kenyataan riak" kui kui kui. Aku laser ngan org yang nak cuba sakitkan hati aku je, kalau org tu datang cara baik , aku 10000000 kali baik.sila percaya.

Aku rimas, asyik datang nak cakap benda yg sama.Aku happy je penat-penat , yang ko dah lah lelaki mulut mengalahkan makcik, kenapa?. Serius aku tak boleh blahlah, kalau lelaki yang mulut makcik-makcik ni. Dah jadi lelaki, cuba serius , cakap benda berfeadah je. Sedangkan suami jiran selang dua buah rumah ngan aku , satu hari dia tanya "hari ni, tak keja ke?" serius aku dah cam nak lempang je dia. Dah lah tak rapat ada hati nak tanya hal yang tak de mengena ngan dia.kui kui kui.




Saja gedik bagi corak........



selepas 40 minit, tak boleh terus keluarkan dari oven, ambik gambar je skit.



Jeng jeng jeng, tedapnyaaaaaaaa



kim kardision pun mengatakannya sedap.



Fura pun mengatakannya sedap.



Hantu pun mengatakannya sedap..............


Kalau dah sedap korang jangan lupa tekan like kat masakan air tangan bonda. terbako sipolan tu.kui kui kui

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina