Tuesday, November 22, 2011

Tangan emas vs tangan tak berbedung

Salam selasa...............



Mata ngantuk pagi ni sebab malam tadi tidur lambat. Pagi ni baca harian metro , kak limah beli, muka depan gambar pasukan Harimau Muda, aku dah agak dah , hari ni muka depan semua suratkhabar mesti cite pasal kejayaan Malaysia(harimau muda) menewaskan Indonesia malam tadi. Orang kita ni kalau memuji lebih -lebih , Khairul fahmi dikatakan bertangan emas, itu time menang , time kalah tangan emas bertukar jadi tangan tak berbedung.kah kah kah .Atitude orang kita ,memuji berlebih-lebihan  bila suka, dikutuk , dikeji bila dah tak suka. ciankan..............

kalah menang kenalah sokong , ye dak?


Tonton bola sambil kudap pop corn , tedap. Aku suka makan pop corn pop yeh yeh, petang semalam aku beli 4 bungkus, sebungkus 30sen.







korang rasa tangan yang buh pop corn ni berbedung tak?hampehhh 4 bungkus pop corn sekarang ni, bersamaan ngan sebungkus pop corn tahun 70an-80an.kah kah kah . erkkkk  kenyang angin, sebab  penuh angin dari pop corn, nak buat cam mana, dah suka , sikit pun terpaksa beli. Bila cam ni mula lah terasa nak kembali ke zaman 70an.hua hua hua



Syabas dan tahniah pada pasukan Malaysia (Harimau muda) kerana berjaya membuatkan  suami aku menitiskan air mata.Susah nak nengok orang lelaki menangis, serius aku terharu .Katanya suami, malam tadi , hari yang paling dia gembira.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina