Tuesday, December 27, 2011

cadangan masakan ikan GT @ Gerepoh-part 11, masakan sesuai untuk budak kecik

sambungan dari cadangan masakan ikan GT part 1 kali ni ikan GT tu , aku masak sos , firdaus ngan suami suka. Korang mesti muakkan aku asyik cite pasal ikan je. Nak buat cam mana memang kat rumah aku ni suka ikan. Masa kecik aku banyak makan ikan sebab arwah ayah anti ngan ayam, bila mak masak ayam, arwah ayah langsung tak sentuh, siap cebik lagi. Selalunya arwah mak masak daging ngan ayam masa raya je.

Aku jarang masak ayam ngan daging, kalau masak pun satu atau dua kali dalam sebulan, tengok permintaan jugak, kalau daging tak adalah nampaknya, masak masa raya je, kalau teringin sangat, beli tulang rusuk buat sup , tak pun tunggu hari raya korban : ) Ikan kalau kena gaya masak dan pandai perlbagaikan cara masakan, hari-hari makan pun tak jemu.

Masakan kali ni, sesuai tuk budak kecik, tak payah kita nak risau pasal tulang, sebab ni isi ikan je.



Isi ikan tu aku pisahkan dari tulang guna pisau tajam.



potong isi ikan anggaran 1 cm, kemudian gaulkan ngan kicap cair.



Gaul isi ikan tadi ngan tepung jagung/ubi sebelum digoreng.



Isi ikan yang dah siap digoreng.



1 1/2 bawang besar kuning dihiris bulat
halia lebih kurang 4 cm dihiris nipis dan bulat




Kalau boleh goreng hirisan bawang ngan halia dalam minyak lebihan mengoreng ikan GT semalam, sebab minyak tu ada rasa halia ngan bawang putih.Tumis bahan hiris hingga layu dan wangi, kemudian masukkan sos cili, air sedikit diikuti ngan sedikit gula ngan perasa(kalau suka), biar kuah sos sedikit mendidih. Sapa yang suka banyak kuah sos, boleh buh lebih sos cili.Akhir sekali masukkan isi ikan yang dah digoreng, kacau hingga semuanya bergaul mesra, tutup api, angkat sedia dihidang.



Isi ikan masak sos, salad tu bukan sekadar hiasan atau petanda aku dah banyak berubah, tak de maknanya, motip daun salad bawah ikan, maksudnya aku paksa dorang makan sebelum daun salad tu layu.kah kah kah


Terlupa plak ada lagi satu tuk budak kecik , sup bayam ngan telur, goreng ngan hirisan bawang merah(kecik) rose, goreng hirisan bawang hingga naik layu dan bau, kemudian pecahkan sebijik telur, kacau hingga telur garing sepenuhnya, kemudian masukkan air(banyak air bergantung pada quantity sayur), sejurus kuah mendidih teruskan masukkan bayam yang dah dicuci berseh dari pasir. Biar kuah sedikit mendidih lebih kurang 1/2 minit, akhir sekali buh sedikit garam ngan perasa, tutup api , angkat dan sedia dihidang




Sup bayam ngan telur



Budak baru bangun tido terus lapau, lauk cam ni peberet Firdaus.






Kebanyakkan budak kecik lebih berminat ngan masakan yang mempunyai kaler yang terang dan masakan simple. bye bye bye budak kecik : )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina