Saturday, December 3, 2011

Cerita pasal raja buah durian disertai dengan tips ngetop

Salam hari sabtu.......................

Masing-masing siapa yang bercuti hari ni , mesti senyum lebau sampai ke telinga, termasuk aku. Hari ni aku sibuk sikit nak siapkan cheese tart untuk majlis pertunangan adik pengasuh Firdaus esok. Hampir 1/2 tahun tangan ni tak mengodek cheese tart, oleh kerana dah janji kugagahikan diri jugak mengodeknya. Sebenarnya aku dah lama stop ambik order cheese tart sebab malas sangat, tak larat pun ada , mana nak fikir pasal kerja , masak, tak terkejar dibuatnya, nasib baik cheese tart pengasuh Firdaus order ni , dia dah janji lama, dia nak masa aku tengah bercuti, okeylah kan.

Petang semalam suami tanya aku samada nak makan durian lagi atau tak nak. Aku apa lagi, pantang dengar durian, baru je petang semalamnya makan durian, nak jugak lagi. Macam mana aku nak tolak, setiap kali suami beli durian garenti isinya sedap, dia ni terror sikit dalam bab memilih durian. Setiap kali suami beli durian, dia beli dengan orang yang sama , yang jual durian tu kawan dia sendiri, kawan dia tu ambik durian dari orang asli. Apa-apa jelah,yang penting itu durian kampung, memang rupa buruk , ada sebiji tu berulat, tapi rasa tip top ada pahit manis , memang kenalah dengan citarasa kitaorang.

Nampak tak ulat durian tu, kena pulak sebiji yang ada ulat, tak kisahlah janji Firdaus tak nampak yang berulat tu, kalau dia nampak mahu dia trauma , terus tak moh makan duarian : )


Selama aku hidup first time aku tengok ulat durian. Geli jugak tengok badan ulat yang mengelitik tu, tapi tak pe ini tak bermakna aku boleh hilang selera dengan durian bila dah nampak ulat tu .kejikan : )


Aku mengaku yang cerewet dalam memilih durian, aku tak akan beli isi durian yang jual kat pasaraya tu dan tak akan beli kat penjual yang jual berbakul-bakul beratus-ratus durian.Pelikkan aku ni.Aku selalu suruh suami beli durian yang penjualnya orang tua yang hanya jual durian paling banyak pun 3 bakul, aku pulak perhatikan muka penjual tu, kalau ada muka ala -ala cam kesian je, baru beli. kejikan. Sekarang ni, kitaorang dah tak payah susah payah nak cari ciri-ciri penjual durian macam tu lagi , kitaorang dah ada penjual durian sendiri yang sedia berkhidmat menyediakan durian yang best antara yang best : )

Okeylah, aku tak moh bebel panjang berjela-jela, ada pulak cheese tart yang tak berbako petang ni, sebelum cau aku bagi tip nak pilih durian segar, InsyaAllah kalau diizinkan Allah SWT dengan mengikuti tips ni korang dapatlah makan durian segar yang isi mantop-perasan habiskan aku ni :)jangan marah

1)Tengok dari kesegaran tangkai, ada penjual durian yang tak bermoral, dia cuba balut atau cat tangkai supaya pembeli tak mudah nak kesan.Ada penjual yang tak berapa nak cerdek mungkin akan buang tangkai durian.:)

2)Satu cara yang mudah untuk mengetahui isi durian tu dah matang tanpa mengopek durian ialah dengan mengoncang buah dan mengesan getaran kecil. Isi durian yang kering dan matang cenderung untuk berpisah dari dinding buah.

3) Penting sekali ketika membeli durian , elakkan dari membeli buah yang ada sebarang lubang pada kulitnya kerana ini menunjukkan kemasukan ulat ke dalam buah

Abaikan model durian kampung yang tak semenggah ni :)

Suami aku buang tebiat, angkat aku pun lagi baik, masalahnya larat ke angkat aku.kah kah kah


Isinya terbaek , pahit manis ada, lengkaplah agenda makan durian aku.kah kah kah


Firdaus kuat jugak makan durian.


Mata Firdaus tengah mencuri pandang ulat durian, tapi aku cuba menghalangnya dari melihat terus, ditakuti dia hilang selera dengan durian pada hari itu dan selama-lamanya. kejikan aku.



Muka cam kembang semacam je, macam fikir sesuatu pun ada, Jangan fikir pasal ulat durian tu udah.




SELAMAT BERHUJUNG MINGGU BERSAMA KELUARGA TERSAYANG.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina