Tuesday, December 6, 2011

Hidup itu saling melengkapi ; ikan puput ; ayam ; sotong ; ikan kembung

Salam hari selasa...............

Suatu petang suami pandang siling "eee banyaknya abuk kat kipas, cam dah lama tak bersehkan." Aku diam je , rasa tersindir.

Pagi lepas suami keluar dari bilik air "eee banyaknya sawang kat bumbung ngan dinding, cam dah lama tak buang sawang." aku hurmmmmmmmmm

Suatu malam sedang kami duduk berdua nonton tv sambil makan kuaci(tipulah tu) "awak tahu tak?, dulu masa kat rumah mak, saya tak pernah bersihkan kipas, cuci cermin, buang sawang, semua keja yang berat-berat  arwah adik yang buat, saya tahu masak ngan kemas rumah sikit sikit je." Suami senyum "oooo ye, ke." Hari esok dan hari seterusnya suami tak cite lagi ngan aku pasal habuk/sawang dan perkataan yang  seerti dengannya, dia akan bersehkan apa yang patut, bila ada kelapangan. khe khe khe .terima kasih: )

Diolog di atas adalah tektik lapuk yang selalu aku guna, bila nak cengkelat dari buat keja yang berat-berat. Serius aku tak tipu tektik lapuk tu, cerita yang sebenar, keja -keja berat tu semua arwah adik yang buat.Aku tak suka kemas rumah, menghias rumah, cuci kipas, tingkat, bersehkan sawang, apa je lah yang ada sangkut paut ngan  istilah kemas, tapi aku suka masak dan akan kemas selepas masak. Suami aku pandai menghias rumah, boleh baiki barang letrik yang rosak, boleh pasang paip, kipas, lampu dan semua keja plumbing dia boleh buat. Makanya perbezaan itu menjadikan kami pasangan yang saling lengkap melengkapi : ) tepuk tangan yeah yeah yeah



IKAN PUPUT

Terima kasih Fara segarkan kenangan cik ina terhadap arwah emak cik ina . Laksa kuah ikan puput sinonim dengan arwah mak. Tak pernah sekali pun cik ina nengok arwah mak guna, selain dari ikan puput untuk buat kuah laksa. Ikan puput menjadikan kuah laksa sedap dan manis.

Menu makan malam simple, hadiah untuk korang yang sudi baca cerita yang tak best kat sini :) ini menu malam sabtu hari tu.



3 cm halia dihiris bulat
carrot sederhana besar dipotong ikut suka



Tumis halia hingga naik bau, masuk 3 kuntum bunga lawang, kemudian masukkan ayam bahagian peha yang dipotong kecil disertai ngan carrot. Biarkan sambil mengacau sekejap-sekejap hingga ayam dan carrot masak sepenuhnya. Selepas tu masukkan sos tiram dengan sedikit serbuk lada putih atau lada hitam. Kacau supaya sos bergaul sebati ngan ayam dan carrot. Buh sedikit air, kacau lagi kemudian angkat. Sedia untuk dihidang.



Tak tahu nak buh nama apa resepi ni.kui kui kui





Bak choy memang feveret firdaus ngan suami.1 kilo sehari pun boleh habis : )

Menu masak pagi tadi untuk lunch firdaus ngan suami.



ikan kembung goreng



sambal sotong kurita.



pesanan penaja ; Dalam perkahwinan, bertolak ansur itu indah : )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina