Tuesday, December 13, 2011

Percayalah rezeki Allah SWT sentiasa ada dimana- mana. ........

Salam hari selasa.....................


Dekat kawasan rumah aku ni kebanyakan yang berniaga makanan (sarapan pagi) , tutup setiap hujung minggu, rata -rata bila aku tanya , kenapa tutup hujung minggu, jawapan dorang hampir 98% sama, katanya hujung minggu ramai tak bekerja, maksudnya tak de orang yang lalu , bila tak de yang lalu, tak de orang yang beli.Nak buat cam mana dorang dah set dalam otak cam tu . Irfa cik ina tak gantung kuali, masih memasak pada masa yang sama ronda-ronda pasaraya : ~ )

Kalau dah rezeki tak ke mana, cadangan saja nak meneka membuahkan hasil.Thanks Tihara alas cawan sudah cik ina terima tengahari tadi.Terima kasih daun keladi, kalau ada bagi lagi : )





Haluskan buatan tangan Tihara.

Menu hari sabtu & minggu

sambal sutun kereta lagi
sup ayam
kangkung goreng belacan
Ayam masak merah-saje nak layan.






Ikan belanak goreng lagiiii, tak jemu ngan  isi belanak sedap, lemak manis. Firdaus dah minat sangat ngan carrot Australia, aku goreng carrot ni ngan sedikit rempah kari, goreng simple je, tumis hirisan halia, bawang putih/merah , rempah campur dan tomato yang sudah dipotong baji. Tumis hingga semuanya naik bau, kemudian masukkkan carrot , kacau hingga carrot empuk. Bila carrot dah empuk sepenuhnya buh sedikit sos tiram ngan kicap cair. Bubuh sedikit air,  Kacau sebentar, angkat, siap untuk dihidang panas.





Semoga bertemu lagi dilain hari dan waktu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina