Thursday, December 8, 2011

Strawberry coklat pesen tenggek ; Carrot Australia : Tips nak ratus ratus dan ribu-ribu orang masuk blog kita

Salam hari khamis...............


Dalam minggu ni aku dah jatuh cinta dengan dua benda,pertama strawberry coklat , kedua carrot Australia. first time aku dengar strawberry coklat masa semua orang kecoh Siti Nurhaliza dengan Datuk K bercinta- cintun.. Dah punya lama orang kecoh, barulah dua hari lepas aku dapat merasa strawberry coklat. Katanya Siti Nurhaliza suka strawberry coklat, hinggakan salah satu hantaran perkahwinan dia, ada strawberry coklat. Tak salah rasanya , kalau aku kata fenomena strawberry coklat , ujud kat negara ni, selepas Siti Nurhaliza declare bercinta ngan Datuk K. Mana yang pernah makan strawberry coklat sebelum Siti nurhaliza bercinta ngan Datuk K , jangan plak melenting ngan statement aku tu, terutama yang tak berapa nak minat ngan Siti Nurhaliza, jangan risau , aku pun bukan minat sangat ngan dia.kah kah kah kah.Aku minat ngan penyanyi Safura je, manalah dia? kenapalah dia tak menyanyi lagi?:(


Kira aci kan, tak dapat celup strawberry ngan coklat, aku tenggek kan coklat harseli pemberian kak limah.


First time rasanya aku beli carrot Australia ni, sebelum ni aku tak tahu pun carrot yang aku beli asal dari mana.kui kui kui. Setiap kali beli carrot aku main rembat je, tak pernah nak ambik tau asal usul carrot tu . Aku tengok Firdaus suka sangat makan carrot Australia yang aku buh dalam kuah dhal tempoh hari, tu sebab yang aku teruja dengan carrot Australia. Sebelum ni bukannya dia tak makan carrot, makan,, tapi tak de lah semacam dia makan carrot australia, dia siap cakap carrot tu sedap. Carrot Australia ni bukan saje manis, bahkan senang lembut/empuk bila dimasak.



Model -model strawberry coklat ku


Model strawberry coklat belum ada yang punya , sapa yang nak add dia sebagai kawan kat  face book dialu-alukan : )


Dorang berdua ni korang tak payah add kat facebook, sebab dah ada yang punya , kalau berkeras jugak nak add, tak dapatlah den nak nolongnya. kenapa kak limah senyum lain macam je : )


Balance sebatang carrot Australia tu aku buat tomyam seafood malam tadi.


Resepi tomyam mungkin dah ada dalam kepala setiap orang, tak payahlah aku nak bagi resepi lagi. Kadang-kadang resepi sama mungkin cara dan tekniknya saje yang berbeza.

cara /teknik aku masak tomyam:-

1) tumis hirisan bawang besar, serai , daun limau purut ngan tomato hingga naik bau.

2) tumis paste tomyam

3)sekiranya aku buat tomyam sotong & udang, aku akan masukkan akhir sekali udang & sotong tu, biarkan tomyam mendidih sekejap, kemudian aku angkat , berbeza plak ngan cara aku masak tomyam daging & ayam , aku buh daging & ayam selepas menumis paste tomyam.

4) Jarang aku buh garam ngan perasa dalam tomyam bagi aku paste dah ada semua rasa tu,  tapi terpulang jugak ngan sukatan air dalam tomyam, tak boleh terlebih air nanti tawar dan tomyam  nampak cair.

5)aku suka rasa masam tomyam tu datangnya dari tomato dan sedikit jus limau purut .


tomyam yang lebih sotong suami punya, yang banyak carrot firdaus punya.




ikan belanak goreng , tedap.



Budak ni hantu ngan carrot Australia, tengok tu dalam nasi dia penuh ngan carrot je, bila aku cedokkan sotong tak nak plak, dia nak aku gaulkan nasi dia ngan isi ikan belanak & carrot je .



Akhir sekali alo lo lo, mesti nak tahu tips ratus -ratus dan ribu-ribu orang masuk blog kita kan , tipsnya berbloglah dengan ikhlas dan jujur, pasti pulangannya  lumayan satu hari nanti.. kita elok naik tangga dari naik lif, naik tangga pulangannya lumayan, boleh dapat pakej sihat dan slim : ).apa kena mengena blog ngan naik tangga ni.kah kah kah







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina