Monday, December 12, 2011

Yik Mun pau- The famous Tg. Malim pau

salam hari senin.............

yeah yeah sapa yang duk Selangor hari ni cuti, aku saja je bagi tau, nak syok sendiri.kha kha kha .fed up betul ingat nak update, hp ni buat hal plak tak boleh transfer gambo , puaslah dari tadi mengodek hp ni, tak jalan gak, lantaklah malas nak pikir. Berukband pun satu , buat hal, tak habis-habis nak menyusahkan orang, bila dah banyak sangat hal , rasa nak tutup blog pun ada. Tunggulah duit nuffnang aku ni cukup nak cover bayar hotel tuk cuti time raya nanti, aku tengah bersabau ni.

Yuyi ada bagi yik mun pau yang dia beli kat Tanjung Malim masa pegi sana minggu lepas . Aku dah pernah makan pau ni, tapi dah lama masa duk tanjung Malaim 1989, dah lama sangatlah sampai lupa rasa pau tu cam mana. Dah rasa tak cukup satu, malam tadi kat umah yuyi aku panaskan kat microwave 2 ketul, sampai rumah tadi aku panaskan lagi 2 ketul. Aku suka pau curry ayam ngan curry beef, kaya ngan kelapa aku kurang minat.Kenyang tak makan nasi satu hari ni, asyik makan pau je :)



Trademark kot ................


Baru sekejap tadi panaskan pau curry beef.



Lamanya yik mun pau ni since 1926


Kat rumah tak de microwave oven, aku panaskan guna pengukus.


yik mun pau Gebu , putih dan lembut, makan sekali nak dua kali :)


Yik mun curry beef , mewah inti, sedap, nak lagi.





SELAMAT BERHUJUNG MINGGU BERSAMA FAMILY TERSAYANG.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina