Monday, January 31, 2011

Misi gagal



sweet leka pilih baju.




Tengahari ronda-ronda kotaraya , nak cari baju raya cina mak mertua. Cantik dan anggun semua baju-baju. Discount lebat-lebat belaka.Rambang mata, tak tahu nak pilih mana satu. Mak mertua jenis tak memilih, janji lengan pendek ngan jenis kain selesa nak pakai.

Ronda kawasan sampai nak setengah jam. hampehhh.Tak jumpa gak, perempuan cam ni ke.Cari esok pulak, raya cina lagi 2 hari. Semalam nak keluar, tapi 24 jam hujan. Baju hujan tak ada ngan payung tak ada. Cuaca sejuk, kain baju tak kering. Hari ni cuaca panas, baru boleh keluar dengan kawan-kawan. Kawan pergi pejabat pos, simpan duit.Aku habiskan duit makan mee rebus ngan ais kacang rasa hangit. Sweet makan laksa sardin ngan soya cincau.

Macam karangan kat sekolah tak?.

Bukan omangan kosong



Inilah dulu kampung Md Zain sekarang Taman Kem.


Tahun 70an hingga 80an, aku menghuni kawasan tanah haram yang femes gak dipanggil ngan setinggan. Sebelum jadi kawasan setinggan, tempat tu dipenuhi hutan belantara yang sederhana tebal. Masih segar dalam ingatan, masa arwah ayah tebas semak samun , lepas tu mendirikan sebuah rumah papan, berbumbung atap nipah yang mempunyai satu bilik bersama seorang kawan, dalam masa tak sampai sebulan. Itu je yang termampu buat masa tu.

Kawasan tu diberi nama kampung Md Zain, Port Klang. Jangan tanya aku, siapa Md Zain, aku pun tak kenal dan tak tahu kenapa nama dia ada termasuk dalam kampung tu. Kampung tu dihuni, kaum cina , India selain melayu. Dalam kampung ada ketua kampung yang digelar masa tu , tuk penghulu.

Bekalan air kat kampung tu, datang dari sebatang paip. Kalau nak ambik air kena ikut syif. Selalunya rumah kami kena syif malam,masa tu lah aku ngan arwah abang duk pulun tadah air sampai semua bekas kosong kat rumah habis. Kena guna getah paip yang panjang, nak menyampaikan ke batang paip yang letaknya lebih kurang 5 meter dari rumah(jangan ambik port, jauh kawasan adalah ingatan secara rambang). Itu belum masuk bab getah paip bocor atau pecah kat sana sini, jenuh aku ngan arwah nak melilit ngan tali rapia kat tempat tu.

Seperti biasalah, bila kampung di huni banyak kaum, batang paip pulak ada satu, adengan cakar mencakar, bertikam lidah, disertai ngan mencarut-carut dalam bahasa berbagai kaum, mesti ada. Setakat tu je, tak de lah sampai keluar senjata tajam. Bila dah bercakar, jumpa esok, kita masih boleh tersenyum, tak de lah sampai masam muka sampai mati dan jadi isu negara.

Lepas maghrib aku ngan arwah abang pergi tuisyen ilmu hisab kat rumah seorang perempuan India. Balik dari tuisyen, kami tak balik terus ke rumah, selalu singgah kedai Ah Seng , main tikam. Harap maaf ye, bukan tikam nombor ekor. Ini tikam papan kertas, rega 5 sen. Nasib badan ada untung dapat barang best.Kesian Ah Seng nak untung punya pasal, kena pandang sampah kertas tikam yang bersepah kat depan pintu kedai.

Sekolah aku dekat ngan rumah. Selalunya aku pergi jalan kaki bersama rombongan cik kiah ke sukan komanwel(kawan-kawan) bila ke sekolah. Kat sekolah pelajarnya terdiri dari berbagai kaum.Kalau kes gaduh ni, dah jadi mainan dibibir. Siapalah aku kalau tak bergaduh ngan Saravanan ngan V.Mainah. Time bergaduh selalunya waktu balik. Kalau tak cukup mulut, kaki tangan aku semua naik. Setakat seluar Saravanan, berkesan tapak kasut aku, dah perkara biasa. Mana tak aku angin, suka sangat nak ejek aku ngan malaikati belacan maksudnya melayu belacan. Aku pulak ejek dia, tak nak cakaplah, sekarang ni dorang sensitive, kang blog aku kena sita pulak. Bergaduh cam mana teruk pun, kita orang masih berkawan baik.

Waktu siang pulak selepas balik dari sekolah, tolong arwah mak kemas rumah, buat kerja sekolah apa yang patut. Petang cam biasa, time melompat sakan. Best sangat aktiviti petang hari. Selalunya aku main konda kondi, guli, rouders ngan anak cik Melah(bini pak imam). Lepas melompat sakan, tekak naik kering, apa lagi sambar ais kepal yang disimbah ngan sirap manis jualan cik melah kat depan rumah. Mulut cik Melah ni dulu memang puaka tebing biru sikit, syukur semenjak balik dari haji dia dah banyak berubah. Cik melah ngan keluarga aku jiran forever sampai sekarang.

Belum masuk bab perayaan kaum lain, lagi meriah. Aku pun turut rasa. Kunjung mengunjungi rumah jiran musim perayaan dah jadi agenda utama. Gotong royong bersihkan kawasan kampung salah satu agenda penting kat situ gak. Bukan nak cakap, kat situ memang banyak agenda yang baik-baik belakalah untuk mengeratkan hubungan kaum. Kampung Md Zain serupa ni tak de lagi, yang tinggal sekarang flat Taman Kem kebanyakan penghuninya pendatang asing.



Senyum tapir : Kehormanian, keserasian dan kejujuran itu kena datang secara semula jadi. Nampak, cangung , sumbang sana sini bila kerap sangat dilaungkan.

Saturday, January 29, 2011

Diary hidupku

Apa khabar semua, semoga pembaca-pembaca sihat walafiat disamping keluarga tersayang.


Hari ni, aku tak kerja dan tak kemana-mana. Rasanya, nak habiskan masa kat rumah je. Alamatnya menghadap komputer 24 jam lah. Dalam komputer ada banyak gambar yang tersimpan, bercadang nak buat new post dengan gambar tu, tapi belum ada hati nak buat lagi. Pikir punya pikir, tergerak pulak nak cerita pasal keluarga.

Aku ada 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan. Anak aku yang sulung berumur 20 tahun,kedua 19 tahun, ketiga 18 tahun dan yang bongsu 6 tahun. Adik beradik pulak 5 orang , semua dah meninggal dunia termasuk ayah dan ibu. Jadi, tinggal aku sebatang kara.

Masa adik beradik aku meninggal dunia, mereka semua dalam lingkungan umur 20an. Emak meninggal dunia pada 13/7/1998 ketika berumur 53 tahun , manakala ayah tahun lepas ketika berumur 67 tahun . Orang lain, mungkin akan rasa sedih, kalau keluarga mereka semua dah tak de. Aku sedih gak, cuma seketika, selepas tu cepat cepat aku pahatkan kat dalam hati, mereka yang dah tiada dah tentu tiada, aku yang hidup kena meneruskan kehidupan selagi masih bernyawa.

Rakan taulan banyak yang tanya perasaan aku bila dah tak de keluarga. Tipulah kalau aku cakap tak sedih, terutama pada hari baik bulan baik 1 Syawal. Setiap kali takbir raya berkumandang, sayu, pilu semuanya terangkum sekali dalam hati. Hanya air mata yang dapat menterjemahkan perasaan aku, pada masa tu. Aku redha, setiap manusia yang hidup pasti akan mati.Bila dan dimana, hanya Allah SWT yang maha mengetahui.

Aku jadi hairan, kenapa bahu aku yang memikul semua tu, tapi orang lain pulak rasa susah. Rakan taulan kerap menyuarakan kehairanan, cam mana aku boleh hidup tanpa keluarga.Mereka tanya lagi, kenapa aku macam tak sedih. Paling sedih, ada rakan sekerja tergamak tanya aku, soalan cam ni "Ko tak rasa ke, ada something wrong somewhere, bila keluarga ko semua meninggal dunia." Subhanallah , tak percaya ke Qadha dan Qadar Allah SWT. Aku biarkan soalan dia tanpa jawaban. Biar soalan tu dia sendiri jawab

Bila di amat amati sifat rakan taulan yang ditulis kat atas, dapat aku buat satu kesimpulan, naluri manusia kebanyakanya gembira, kalau tengok kita sedih , bermuram durja, susah, ada masalah sepanjang usia. Mungkin mereka bahagia, kalau tengok aku rasa down, menangis sepanjang masa, ketika keluarga aku meninggal dunia.

Aku puas, semasa mereka hidup , sempat aku beri sedikit kebahagian yang mana termampu. Lega, dapat menjaga mereka ketika sakit. Prinsip aku satu, biar aku susah, jangan mereka susah. Cuma pada arwah ayah, ada sekelumit kekesalan yang tak dapat dipadamkan sepanjang usia aku. Semoga Allah SWT, mengampunkan dosa aku pada dia. Bumi mana yang tak ditimpa hujan, lautan mana yang tak bergelora, begitu gak ngan manusia.

Pada teman-teman yang aku hormati dan sayangi, pesanan aku cuma satu, sayangi , hormati dan bahagiakan keluarga, selagi mereka masih bernyawa.



Senyum tapir : Masa tengah menaip cerita ni, tanpa disedari air mata aku mengalir deras, ini buktinya aku manusia biasa, punya rasa sedih bila teringat pasal keluarga yang dah tak de.

Friday, January 28, 2011

Sapa yang terror?

Semenjak berkenalan ngan Restoran AK Din, minat aku pada kari ikan semakin menjadi-jadi. Kalau makan kat situ wajib ambik kari ikan tenggiri(kepala, ekor ngan isi sekeping), ayam goreng seketul(Firdaus punya), sayur kobis hancur(style mamak atau India, kalau masak sayur, mesti goreng sampai lebam ngan bubuh serbuk kunyit)

Lepas kejadian negro mengamuk di situ, suami pulak jadi Hang Tuah, layanan dari tauke ngan pekerja restoran, bila makan kat sana amat menjengkelkan. Sehingga nak bagi duit balance pun siap tundukkan kepala. Doniya doniya, sekali kita buat jasa, disanjung bagai nak rak, cuba ko buat silap sikit, sampai mati pun orang ingat.

Makan malam



Kari ikan tenggiri sedap sangat. Bau kari kat tangan, sampai esok pun ada. Aku ni bab masak kari belum pass lagi. Teringin nak masak kari, rasa cam kat restoran ni.



Pinggan besar senang nak makan.



Nasi ni aku kongsi ngan Firdaus.



Sayur kobis versi goreng sampai lebam.




Apa kena ngan dia ni, datang dia punya angin, ayam goreng makan sekali ngan mentos.



Muka budak nakal.


Senyum tapir : Sapa yang terror masak kari ikan, bila makan ada tinggal bau kari kat tangan, minta tolong bagi resepi ye.Terima kasih

Alaf baru

Apa khabar geng -geng semua, semoga semuanya sihat walafiat bersama keluarga tercinta.

Hari ni, aku nak cerita pasal persekitaran taman aku tinggal. Penghuni rumah, semuanya terdiri dari orang melayu belaka. Kalau nak tengok bangsa lain, boleh dikira ngan jari.

Aku bukannya tak pernah duduk kawasan melayu, tapi kawasan aku ni cam pelik sikit.Dari kecik sampai berumahtangga kebanyakan jiran aku semuanya melayu. Nak kata aku rapat sangat ngan jiran tak de lah, tapi kalau kenduri kendara atau kematian aku pakat pergi. Bukan tak bercakap ngan jiran, cuma perangai aku ni suka cakap benda yang penting je. Jadi dorang dah paham sangat perangai aku.

Paling aku tak paham orang melayu taman aku tinggal ni, banyak yang aku tengok tak sebulu. Sebelah menyebelah , kalau buat kenduri kahwin, kalau tak sebulu , dorang tak jemput. Sampai hari tu, jadi satu kes yang memalukan orang kita sendiri. Kisahnya Si A tak sebulu ngan si B, mereka jiran sebelah menyebelah.

Si A buat majlis kahwin anak dia, boleh pulak dia tak jemput Si B. Si B pulak ikut kepala angin dia, letak pasu bunga besar kat depan rumah, tak bagi orang yang pergi jemputan kahwin Si A parking kereta. Terjadilah pergaduhan besar, pada majlis kahwin tu berlangsung. Sapa yang malu, mereka dan keluarga mereka gak yang malu.

Selalunya kita disyarat oleh majlis tempatan membina tembok rumah setinggi 2 meter(umpama kalau kita berdiri, masih nampak jiran sebelah), tapi kat sini lain, kalau jiran sebelah menyebelah dah tak sebulu, mereka akan simen tembok hingga kebumbung. Dalam erti kata, mereka dah tak nampak jiran sebelah. Boleh dikatakan hampir 50 % yang buat tembok macam dinding dalam rumah. Pada mulanya aku pelik gak, lama-lama lantak koranglah, malas nak campur.

Pada pandangan aku , kalau dah macam tu punya paten, baik buat rumah dalam hutan, tak campur sesiapa. Selama duduk kat sini dekat nak 7 tahun, aku tak pernah nampak muka , jiran belakang rumah. Mereka ni, asyik berkurung ke 24 jam?. Aku pelik, masa masak pun dorang boleh tutup semua cermin tingkap. Itu pun aku malas nak fikir, lantak pi lah ko.

Aku pulak, perkara utama yang aku buat waktu pagi, bukak semua cermin tingkap. Sliding door kat rumah aku pun tak pernah tutup, sehinggalah waktu nak masuk tidur. Aku rimaslah nak tutup-tutup semua ni. Jiran depan aku pulak, boleh 24 jam berkurung ngan sliding door bertutup.Dah lah rumah tak de air cond, cam manalah dia bernafas. Sekali jelah aku senyum kat dia, tapi dia buat muka bodoh, tak de lah lagi nampaknya aku nak senyum.

Lagi satu akal aku, cam tak boleh terimalah, kalau pasal kucing pun nak jadi isu. Kucing tu ada akal ke?, yang ko nak marah kalau dia kencing atau berak merata-rata. Kat depan rumah aku ni lagi tahi kucing bersepah-sepah, aku buang je. Buat apalah kita nak jadi haiwan gak, yang memang dah sah tak de akal fikiran. Nampak je tahi kucing, mulalah nak menuduh sipolan atau sianu tu punya kucing. Macam kucing tu ada pakai name tag.

Orang melayu sekarang tak macam dulu, kalau aku perhatikan. Dulu kalau ada jiran yang nak balik kampung, mereka akan beritahu kita, suruh tengok-tengokkan rumah, tapi sekarang hilang cam tu je.

Kalau bangsa lain, aku tak delah kisah sangat, ini bangsa sendiri. Yang bagusnya pasal dorang ni , bila time mengumpat, dorang boleh berkumpul dan bersepakat. cehhh tak boleh belah. Paling best aku tengok, setiap kali aku bawak bekalan untuk pengasuh Firdaus, ada je mata-mata yang aku nampak mengintai dicelah daun tingkap. FBI betul.


Senyum tapir : Adakah cerita yang sama berlaku ditempat kalian?

Thursday, January 27, 2011

hantuk kepala

Petang-petang ni perut lapar, saja pulak nak tulis cerita geli-geli . Tadi masa duk melayan dashboard blogspot, cian kan makcik tak dapat bukak blog sendiri. Banyak gak blog yang aku tak boleh bukak dari opis alim ni.

Bengang sangat blog bonzer, Dee, wahidah, MDT dan beberapa blog yang lain kena blocked.hampehhh ,sebab tu lah aku terjah korang waktu malam, Bonzer waktu 23cm tu, nanti baru aku terjah ko.

Melalui dashboard, aku nampak banyak gak blog yang buat cerita fasha sandal ngan nora danash tu bergaduh pasai abang jejal . Aku tak de lah minat sangat, tapi suka sangat kalau 3 orang ni bergaduh, happy bebenor aku.Sepanjang masa boleh tersenyum.

Encem sangat ke abang jejal tu? Bukanlah nak cakap berlagak, memang berlagak pun, encem lagi suami aku. Kalau lah aku hantuk kepala 3 orang ni, mahu berterabur.

Nak geli-geli bulu ketiak aku, pasal bila start terjadinya perpisahan Fasha sandal ngan jejal pun, boleh jadi isu besar. Kenapa dalam Malaysia ni, dah tak de isu yang lebih penting ke selain dari dia ni.Fasha sandal ni, buat aku nak gelak pun ada, boleh pulak disimpanya sms si jejal yang bagi setiap hari. Korang ni sekolah ke tak?Tak de kerja lain apa. Apa korang ingat tu, tarikh tengok anak bulan ke?

Fasha sandal, makcik nasihatkan ko pergi berlibur ke bali pakai bikini daripada ko layan abang jejal tu. Muka ko dah lah punya cun, kalau nak cari cam brad pit dah boleh saja. Kenapalah abang jejal gak yang ko nak.

Surat khabar ni pun satu, melayan je isu bodoh cam ni. Tu ahh banyak lagi kes budak kena dera kat luar tu, kalau nak jadi cerita.

Malu lah sikit pasal lelaki sorang nak bergaduh sampai bertahun. Aku pula terasa tertunduk malu. Mesti dalam hati abang jejal "akulah jejaka encem semalaya"



Baru terima mms, dia tunjuk gigi (baru diperbetulkan di klinik gigi ) tapi konpius kat situ , belakang ada gambar beg.


Baik korang cakap, anak aku cun ke Fasha Sandal.


Senyum tapir : Geli bulu ketiak , cam nak pergi cukur jap.

tambah koleksi



tambah koleksi botol air yang dah tak terkira ngan jari.

Semalam balik kerja gigih pergi pasaraya, cari dua barang yang paling penting. Penyangkut baju ngan botol air Firdaus. Bukan tak de botol air lain, tapi yang ni senang sikit, pakai sedut. Budak umur 6 tahun ni , kalau pakai botol air orang dewasa, semedang mulut bocor masa minum.Habis beg basah kena air. Excited pagi tadi, siap gantung kat leher.




Semalam tambah koleksi penyangkut baju.Lagi banyak, lagi bagus. Penyangkut baju sekarang cam bangang, asyik patah je, kalau sangkut barang berat, cam seluar jeans. Tak tahu nak pilih yang tahan, habis paling mahal aku beli, sama gak.




Lihatlah dunia, orang pemalas nak lipat baju. Senang, angkat dari ampai terus sangkut dalam almari. Jangan ingat aku sempudal, nak sangkut sepetot kat hanger pulak. Sepetot semua aku lipat, letak dalam almari khas. Sepetot tu cari sendiri dalam kamus, kalau tak dapat cari, faham-faham sendiri.

Siapalah ada buat khidmat lipat ngan gosok baju, rasa mahu je aku tempah. Kalau kat rumah, bab aku rajin, basuh , masak dan kemas balik dapur lepas masak.Lain-lain hampeh. Nasib baik dapat suami jenis bertolak ansur dan memahami, kesengalan aku. Biasalah aku manusia biasa, ada gak part-part lemau.



Senyum tapir : Teringat pulak, masa umur aku lebih kurang 8 tahun, arwah mak ambil upah basuh baju rumah orang. Tak sangka plak ada orang yang malas basuh baju.

Kawan tolong kawan









Buat JLo ngan Pamela yang tak boleh tonton siri ni di hotel lu bekerja, sila tonton dirumah.

Lagi satu aku nak inform benda yang penting, sesiapa yang blognya selalu aku terjah, janganlah buat entry yg mengandungi unsur %^$@*& (tak boleh cakap, nanti blog aku kena blocked pulak). Computer kat Office ni, banned word yg berunsur &^%$# , jadi bila blog korang ada tulis cam tu, nanti kat office aku tak boleh bukak. please, please jangan nakal.




Senyum tapir : Luca DK, gua dah buat apa yang lu suruh.

Wednesday, January 26, 2011

Happy ending.



kek pemberian teman sepejabat.



Terima kasih banget, ada teman yang bebesar hati nak bagi kek ni, sempena Chinese New Year minggu depan.





Lebih bahagia kalau menghadap komputer sambil menyuap sepotong kek bersama ngan semug nescafe. cam mana, tak bahagia korang kata?






Bahagia yg kedua, angpau pertama untuk Firdaus. Sekarang ni aku tengah menghitung hari, nak terima angpau dari mak ngan bapak mertua pulak. Inilah dinamakan menantu hantu.kwang kwang kwang. Bila fikir balik, bahagia gak ye, kalau kahwin ngan lelaki mix China , India ni,,setiap kali raya dorang, aku mendapat keuntungan sekali. Ketawa berdekah-dekah.



Senyum tapir : Bahagia yang kita cari, maka bahagialah yang kita dapat.Jangan cari bala sudah.Hidup harus dinikmati ngan sesedap rasa.

Nelson's

Jagung dalam cawan ni, memang selalu jadi pilihan seisi keluarga. First time, aku makan ni kat PKNS Shah Alam, kat kiosk Nelson's . Produk dia , bukan jagung dalam cawan je tapi macam-macam, contohnya wafer ice cream, minuman bubble, ice cream potong, waima banyak lagi lah . Kesukaan aku waffle cake ngan jagung dalam cawan je. Rasa jagung Nelson's lain dari yang dijual kat pasar malam atau kaki lima pasaraya.



Nelson's di pasaraya Giant Port Klang.




Rakan baru, semalam je baru kenal.



Aku suka sangat, tengok bangsa sendiri boleh majukan diri. Masa tengah sembang Mak lang, dia tanya aku, ada bisness tak. Bila tahu aku ada jual cheese tart cara kecil-kecilan, dia offer aku letak kat situ. Aku tak bagi jawapan lagi, kena fikir dulu dalam-dalam.



Waffle cake Nelson's lain dari yang lain.Dah sejuk pun masih lembut.




Abaikan muka bangun tidur Firdaus, dia lapar terus ngap jagung dalam cawan Nelson's.



nyum nyum sedapnya jagung Nelson's. Lemak berkrim.


Senyum tapir : Sapa suka angkat tangan.

Tuesday, January 25, 2011

G.A.M.P.A.N.G



Cari gak gambar, mana tahu ada yang tak baca surat khabar pada 22/1/2011.


Bahasa ada sikit kesat, sebab nak cerita pasal benda yang paling aku benci dalam hidup. Tak payah letak gambar, cukuplah ngan cerita aku ni. Nak letak gambar pun buat apa, kosmo kan dah letak, jadi semua orang dah tahu cerita tu. Aku bukan nak cerita balik apa yang kosmo cerita. Cuma nak cerita pendapat aku tentang 3 orang yang tak bertanggung jawab tu. Yang aku nak lebih tekankan pada mak budak tu sendiri. Yang lain tu, dia punya pasal, jawab kat akhirat.

Aku tak nak cerita pasal ni, memandang aku dah terpandang muka depan kosmo, masa tengah mencekik kueh teow goreng pagi tadi. Kosmo 22 January 2011 sabtu tu, memang aku beli, tapi banyak yang belum baca. Memang dah patern aku cam tu, bila free, baru nak habiskan baca. Bila baca, darah tinggi yang belum disahkan oleh doktor bertauliah, mula naik.

Dari pemahaman yang aku dapat setelah membacanya berulang kali. Nur Aquila ni ada 3 orang anak. 2 perempuan dan 1 lelaki. Yang kena dera Nor Dania Qistina3 tahun. Sipendera bapa sendiri ngan mak tiri. Yang 2 orang tu pun kena dera, tapi dah keluar dari hospital. Nur Dania Qistina tu meninggal dunia akibat 72 kesan lebam dan luka diseluruh badan.

Jiwa keibuan aku benar-benar tersiksalah, kalau nampak budak tak berdosa cam tu meninggal dunia kat tangan badigol yang tak bertanggungjawab. Mak sebenar pada budak yang kena dera tu, ko tak payah cakap, dan ko pun tak payah nak menangis. Nak muntahlah aku tengok. Ko cakap, pernah kena dera. Sakit sangat ke?Habis tu kenapa ko tak buat pengaduan. Banyak sangat aku tengok kes cam ni, anak dah meninggal dunia kena dera, barulah dia cakap laki dia kaki deralah, kaki pukulah. dammmlah ko. Dah terlambat. Tak cukup lagi ke arwah syafika yang di dera oleh pakwe mak dia.

Nur Aquila ko dah bercerai ngan laki ko, dalam kosmo cakap ko bagi 3 orang anak tu kat ayah ko jaga, yang dah tu berumur 52 tahun sakit gout lagi. Kat mana ko masa tu? Jangan sesekali ko cakap bahu ko memikul, aku guna mata, hanya pandang je ye. Aku pun pernah rasa cam mana bahu yang memikul tu. Lebih dari hazab tu tau. damm ko. Aku pulak bukan artis atau manusia yang suka meraih simpati atau nak up traffic, nak cerita hal peribadi aku.

Cukuplah ko punya penderitaan tu tak sebesar mana.Dia jadi besar, bila anak ko meninggal dunia kerana penderaan. Anak ko dah lama kena dera , baru nak tahu, bila anak dah menghembuskan nyawa buat kali terakhir. Senangnya mengandung 9 bulan ye. Sekarang baru nak mencucurkan air mata. Daripada ko buang masa nak menangis, baik ko pikir, macam mana nak jaga anak ko yang lagi 2 orang tu.lagi baiklah.Salahkan diri sendiri dulu, baru tuding jari ke arah orang lain. ko ibu, patut bertanggungjawab, selepas ayah dia tak pedulik semua tu .



Entry ni panjang, kalau tak suka , boleh pergi baca majalah mangga, banyak gambar artis yang terselak dan bewarna warni .




Senyum tapir : Nasib baik mak budak tu tak ada kat depan aku ni, kalau ada, tak tahulah apa yang akan jadi.

Biasa je

Kehidupan aku sefamily tak de lah yang istimewa sangat kalau nak di ceritakan. Blog ni pun, sekadar mengisi masa senggang aku , disamping menambah income yang mencecah beribu 5 atau 6 bulan sekali . Kalau tak nak percaya bobis mu sebelah. Sapa nak percayakan, wa bukan femes. Okey, kehidupan aku memang simple, sepertimana aku mengoreng sayur, cam tulah simplenya hidup aku.

Tak suka rencah-rencah banyak ni, sebab aku hanya nak menikmati manis sayur tu. Aku tak nak rencah tu nanti, mengangu deria rasa aku. Dalam kehidupan cam tu gak, aku tak suka nak pikir benda-benda yang boleh membebankan kepala hotak ni. Problem kalau boleh handle, aku handle, kalau dah tak boleh tercapai akal ku, aku bagi Elayana,sorry sorry apa kena mengena pulak elyana dalam kes ni, suami handle.

Macam tu gak , kalau kat opis, apa yang boss suruh buat, aku buat. Kalau tak termampu buat, selalunya aku buat bodoh, nanti dia boring atau faham, dia ambil balik kerja yang dia suruh tu, bagi kat orang lain. Tahu tak pe, aku ada dua tangan mah.. Buat apalah kita nak buat secara rela, lepas tu kat belakang mulut kita nak pok pek pok pek. Wa tak pahamlah cara cam tu.




Hari-hari aku main bola, sorry sorry goreng sayur.



Tadikan aku dah cakap, aku simple , letak bawang putih je.



Kalau rasa nak goreng sayur petola sesimple ni , cilok kat sini. Dalam rumah aku, masakan yang tak boleh tinggal, sayur goreng. Tak lengkap rasanya tanpa sayur.



Nasi goreng cina , peberet Firdaus. Aku tak kan beli udang, semata-mata nak lengkapkan nasi goreng cina tu. Udang tu umpam, suami pergi memancing hari tu. Jadi dari disimpan lama, buatlah nasi goreng cina.



Nasi , balance malam punya tak habis.



nak ikut follow kat sini. Dalam blog aku dah banyak resepi, senang, tak payah ulang siar, aku kasi link je.



Udang tu sebagai hiasan je kot, Firdaus menang tak suka udang. Aku pun sama, kurenggg.



Sanggup ketepikan udang dalam nasi tu, makan ngan nugget pulak.



Senyum tapir : sesimple mana kamu ?, dari segi masakan dan kehidupan.

Monday, January 24, 2011

Beruang pink



Akhirnya tidur gak, selepas mengentel telinga beruang pink tu.

Aku dah buang botol susu firdaus. Tak tahu, kenapa aku nak buang, sebab aku malas nak buat susu dia waktu malam kot. Lagi pun aku fikir dia dah dah 6 tahun, hisap susu pun sekadar nak melepaskan gian dia sebelum tidur. Kadang -kadang kesian jugak, tapi malas nak fikir.

Malam tadi, lepas main games lebih kurang pukul 10, ayah dia suruh tidur . Aku pulak ambil alih tempat dia, pakai komputer. Cian aku tengok dia, nak baring mana arah pun, aku tak tahu, serba tak kena. Siap dia gesek bulu kening lagi. Aku perati je dari jauh, nak tergelak pun ada. Lepas dia dah tak tentu arah, dia bangun mendapatkan aku.

Firdaus : mak boleh buat susu tak?

Aku : dah buang, botol susu dah bocor.

Firdaus : Tapi firdaus nak jugak.

Aku : mak cakap dah buang, dah buanglah.(sambil jengil mata) , zalim tak?

Dia baring lagi, tapi kali ni terkebil-kebil pandang ke arah aku. Aku suruh dia ambil patung beruang tu, kalau nak mengentel telinga . Dia malas nak bangun, aku campak patung tu kat dia. Aku tengok dia leka, gentel -gentel telinga beruang tu, last last tertidur. Pelikkan budak-budak ni , kalau tak menyonyot atau mengentel, susah sangat nak tidur. Nasib baik suami aku dah tidur, kalau tidak dia jadi mangsa. Suami aku kena gosok kepala dia , sampai tertidur. Kecik-kecik dah dera orang.

Mungkin sebab tu, ada orang dewasa pun nak tidur siap ada bantak busuk nak gentel-gentel.Firdaus tak de bantal busuk, tapi dia nak orang gosok kepala dia, mengentel sesuatu atau hisap botol.


Senyum tapir : Cakap orang je lebih, perangai aku pun tak senonoh,aku suka garu kepala atau siku suami , baru boleh terlelap. Dia pun heran, aku suruh dia diam je, aku nak tidur. korang cam mana?

brekpes

Pagi semalam, terlebih rajin buat sarapan pagi goreng cucur ikan bilis. Dah lama rasanya tak buat cucur ikan bilis.



nak resepi cilok kat sini, kalau rajin nak makan cucur ikan bilis le.




sos cili aku yang mantopp.




cucur ikan bilis , kalu makan sambil menghirup air kopi memang best je. Lepast tu, kalau nak best lagi makan kat dalam kebun sayur kawan rock kapak aku ni.





Model forever, memang setia tak pernah cakap tak sedap.


Senyum tapir : anak memang bestlah , bila makan apa yang kita masak, semua dia cakap sedap.

Sunday, January 23, 2011

Lepak hujung minggu




Hari minggu ni, tak de akitiviti diluar rumah. Waktu senggang cam ni, selalunya aku habiskan kat sini . Aku boleh menghabiskan masa berjam-jam kat sini.Okey cau cin cau nak lepak lagi.


na na na (bila sudah suka)

na na na na na na na
na na na na na na na ...2x

bila sudah suka--
jalan sama-sama,
bila sudah jalan--
mau pegang sini-sana.

bila sudah suka--
pandang sini-sana,
tapi yang sebenarnya--
teraba-teraba.

na na na na na na na
na na na na na na na ...2x

adik-adik,
dengarlah lagu ini.

bila sudah suka--
sukalah sahaja,
jangan buat yang macam-macam orang tak suka.

kalau sudah suka--
pergi kat makbapak dia,
cakapkan "makcik, saya 'nakkan dia".

na na na na na na na
na na na na na na na ...2x

masalahnya zaman sekarang ini
kita terlalu banyak adat dan budi.

yang kita nakkan--
benda yang murahan,
yang mudah,
yang tak susah,
yang tak berpayahan.

tapi masalahnya terlalu banyak jagakan hati orang sini dan sana;
nak kahwin yang sikit--
orang ‘kan pandang;
nak kahwin besar pun--
hey, orang 'kan pandang!

jadi nak buat macammananya kita?

kita nak kahwin--
orang tak suka,
akhirnya diam--
sini sana kahwin dalam bilik sahaja.

na na na na na na na
na na na na na na na ...2x

bukan nak salahkan makbapak atau sesiapa,
kita nak cakap yang kita tak mampu,
bukannya tanak kahwin grand sini sana,
tapi duit tak ada, wahai ayah ibu!

kita pun hendak kahwin tapi tak ada duit,
kalau tak ada duit, macammana hendak kahwin?

kalau tak ada duit, nak kahwin memang sakit
aku yang kan sakit--
"kita yang perit!"

na na na na na na na
na na na na na na na ...2x

dengarkan sini!
susahnya nak hidup sekarang,
hendak buat apa semua dipandang,
tapi kalau ada tuhan di dalam,
buatlah apa kita tak pandang.

na na na na na na na,
buat apa-apa fikir tuhan kata apa,
na na na na na na na,
buat apa-apa fikir apa tuhan kata.

na na na na na na na
na na na na na na na ...2x

kahwin saja--
mak bapak kan suka--
murah tak apa--
tuhan suka.



Credit pada Fyn Jamal , hayati bait-bait, puisi ni, kalau boleh, fahami maksudnya mengikut naluri hati korang sendiri. Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang.



Senyum tapir : Kawan-kawan lepak kat mana hari ni?

Saturday, January 22, 2011

Penyapu

Selamat bersiaran, Sabtu hari aku cuti bekerja. Habis tu masa ni lah, nak lepak lebih sikit. Hari ni, tak de benda nak cerita sangat. Cuma nak tunjuk penyapu yang aku gunakan, kat rumah untuk menyapu sampah dan membuang habuk.


Jeng jeng jeng







Aku guna vacuum cleaner. Senang guna ni, sampah tak berterbangan ke tempat lain. Habuk pun boleh di bersehkan sekali.



Vacuum cleaner ni ada wet and dry.





Kalau dah ada wet and dry,boleh digunakan sekali , untuk mengeringkan rambut yang basah.

Kalau korang confident bolehlah ikut cara aku ni. Okey, selamat berhujung minggu.


Senyum tapir Penyapu sekarang cam hampehh, senang tercabut.

Friday, January 21, 2011

Pelik



Contoh ikan gelama masin-kredit pada blog Cik Ina minat Do do cheng.

Kebanyakan orang suka makan ikan gelama , parang atau tenggiri masin jeruk, kalau nak dibandingkan ngan ikan masin biasa. Ikan masin jeruk, harganya sedikit mahal dari ikan masin biasa, mungkin sebab pembuatannya yang remeh dan mengambil masa yang agak lama.Kalau makan ikan masin jeruk ni , kena makan sikit-sikit je, lepas tu feeling cam duk di atas awangan , sebab sedap sangat, makan ngan nasi panas plak.




Terkagum kejap, sebab suami aku pandai buat ikan masin jeruk ni. Nampak tak yang berbalut dalam kertas tu? tu lah dia ikan masin jeruk.


Serius, selama ni aku tak pernah tahu, cam mana ikan masin jeruk tu dihasilkan. Aku suka sangat ikan masin jeruk ni, selalu gak curi-curi makan. Takut suami aku tahu. Pasal ni lah, aku nak bukak cerita, dia punya perangai memelik sikit. Memang semua dah sedia maklum, waima dalam blog pun aku ada cerita pasal suami aku ni , tak suka makan garam terlebih . Bila aku masak sayur atau nasi goreng, dia tak bagi bubuh garam, dia suruh guna kicap cair je. Tak tahu pulak pasal apa, mungkin nak jaga kesihatan, gamaknya. Itulah pasalnya, kalau aku nak makan ikan masin , kena curi-curi makan.Dia tak galakkan aku goreng ikan masin kat rumah.

Semenjak kahwin ngan dia, baru sekarang aku tahu cam mana dorang buat ikan masin jeruk tu. Remeh gak, proses tu. Nak buat ikan masin jeruk tu cara terperinci,aku belum tanya suami .Kalau ada yang berminat nak tahu, barulah aku tanya dia

Memeliknya tentang suami aku tu, konpius dia buat ikan masin jeruk tu, tapi dia tak makan. Mungkin dia takut rasa masin tak? Hari tu , masa balik kerja, aku sembang kopi ngan boss aku, doktor gak, kita sembang pasal pemakanan. Dengan cara tak sengaja,terkeluar cerita, pasal suami aku yang tak suka sangat makan garam. Boss aku cakap, dalam badan tak boleh , kalau tak de garam langsung, nanti kita boleh berhalunisasi, cam sangka yang bukan-bukan cam kita rasa ada orang nak bunuh kita. Aku nak tanya pendapat Doktor DZ ngan Dr.S, betul ke?

Selepas dengar boss aku cakap cam tu, rasa gerun bila nampak kelibat suami aku asah parang atau pisau. Memang peberet dia , asah pisau ngan parang bila dah tumpul. Ada sekali tu, dia heran sangat , kenapa aku asyik tenung dia , yang tengah asyik asah parang. Aku pun bukak cerita, apa yang boss aku cakap. Dia bantai tergelak, sambil asah parang, sempat lagi berseloroh , lepas parang ni tajam, dia nak bunuh aku. Kes naya.



Senyum tapir Maksudnya , aku kena terima perangai pelik gadis melayu , sepertimana terima perangai pelik suami aku

yang sebenarnya

Ramai lagi yang sambung cuti sempena Thaipusam semalam. Aku rajin sikit, tu yang tak cuti(jangan marah). Hari ni nak cerita pasal tomyam lah. Ramai yang dah pakar masak tomyam. Rasanya masak tomyam paling senang sekali, kalau nak dibandingkan masak yang lain.

Cakap pasal tomyam ni, ada orang suka makan , dan ada yang tak suka. Pada diri aku , tomyam memang forever, aku suka makan, hari-hari pun boleh. Makan nasi semata ngan tomyam je pun boleh. Tak tahulah kenapa, cam release tension je kalau dapat menghirup tomyam. Kali ni aku buat tomyam special sikit, sebab bubuh kepala ikan. Biasalah baki , kepala ikan hasil pancingan suami aku hari tu.





Dalam gambar tu nampakkan, apa yang ada kat situ, almaklum lah dah tua ni, nak duduk lama-lama depan komputer, mata naik rabun. Aku tambah halia sikit, saje suka-suka.



Suka hati hang lah nak letak sayur apa pun.Kalau suka hati pun, kena gak ikut logik. Jangan pulak korang letak sawi atau bendi pulak. Mak jugak yang susah.




Paste tomyam korang carilah yang terbaek punya. Pastikan yang halal tau, sebab hari tu ada blogger mulut tak cover insurance , cakap aku makan barang yang tak halal. Tak payah sebut nama dialah, jantung ku bisa copot.



2 kepala ikan yang menjadi taruhan.



Nenas yengki(aku ingat seluar je yengki), aku tahu namanya pun, dari suami.

Kali ni aku bubuh nenas 1/2 biji(pastikan yang manis). Selalunya memang aku tak bubuh pun, sebab benda dah ada, kawan suami yg kasi, takut tak termakan nanti, tu yang gigih aku bubuh dalam tomyam tu.



Kalau nak ikut cara aku,tak de paksaan, aku tumis sikit semua bahan kat atas sekali, sampai naik bau. Kalau nampak tomyam korang nanti berminyak sikit, boleh buang minyak tu kaup ngan senduk. Jangan risaulah, minyak ngan air tak boleh bercampur. Manalah tahu ada yang nak menjaga kedietan. Step selepasnya , memang korang dah mahirkan.



Hasil tomyam kepala ikan.




Lauk sampingan, garenti budak bawah umur 6 tahun pun suka makan, sebab tak pedas . Ikan jenahak campur merah, hasil pancingan gak, goreng sos




Tumpang lalu, makcik nak makan jap ngan nasi panas ni. Hari-hari makan cam ni, aku on je.



Tengah menikmati tomyam tadi, ngan nasi. Tengoklah tu, coklat bertepek kat pipi kanan dia pun, tak perasan.

Salah seorang yang mengikut jejak langkah aku, Firdaus, suka sangat makan nasi bubuh sup atau tomyam sampai melimpah , laju je dia makan.


Pesanan penting : tadi lupa nak tulis, kalau nak letak kepala ikan, masukkan masa last sekali.Jangan masak lama sangat.


Senyum tapir : Suka tak tomyam?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina