Monday, February 28, 2011

Diary minggu antara suka dan duka

Semalam, memang aku tak dapat update cerita terkini, sebab kekangan masa dan keletihan. Malam minggu, aku banyak berjaga, sebab tiba-tiba je Firdaus dilanda deman panas . Suami pulak masa tu tak de, ke laut mencari rezeki. Nasib baik, jadi orang aku jenis tak cepat panik, memang aku dah set, panik boleh buat otak kita hilang kawalan dalam membuat keputusan yang terbaik.

Oleh itu aku sering ambil pendekatan ,cool, tarik nafas sedalam mungkin, cari solution, bila dapat solution terus bertindak dengan segera, selebihnya aku berserah pada Allah SWT. Kebanyakan perempuan yang bergelar ibu di luar sana, waima yang bekerja mahupun housewife, banyak yang berkelebihan dalam mengawal situasi cam ni, kalau nak dibanding lelaki yang bergelar ayah. Para ayah jangan pulak nak melenting, ini tinjauan dan pandangan peribadi aku dari mata kasar.

Bila dah kerap ke klinik, masa Firdaus demam dulu, aku banyak kutip tips cara nak mengawal suhu badan yang tiba-tiba mendadak panas , dari doktor . Apa yang aku perlu buat, buka baju ngan seluar Firdaus, ambil towel basah dan balut keseluruhan badan dia , benda yang sama aku ulang buat, sehingga suhu badan dia kembali normal. Aku bagi dia makan ubat, dan minum air suam sebanyak mungkin. Nasib baik Firdaus jenis yang tak menangis bila sakit. Senanglah nak handle.Aku target, kalau sampai pagi, dia masih dalam keadaan yang sama, aku nak suruh anak perempuan tolong bawak ke klinik, kebetulan memang dia tidur kat rumah malam tu. Alhamdulillah, dia sembuh sepenuhnya sampai sekarang.

Bila dah keletihan sangat, petang minggu aku ngan Firdaus tertidur. Bangun tidur, baru duk teringat nak bukak blog. Baca punya baca blog , terbaca pulak satu entry penghargaan buat blog aku kat sini . Hilang jap segala keletihan, tengoklah cam mana hebatnya penangan blog buat masa ni, jadi pemangkin diri nak terus berkarya ngan cara paling mudah. Terima kasih sayang pada Blog Mak Dara Terdiva, kerana sudi menghargai blog aku yang tak seberapa nak dibandingkan dia yang dah lama berblog(otai).

Klik klik blog Kaseh, aku senyum tersipu-sipu malu, sambil petik daun-daun kat pokok, kaseh gambar profail kucing gemuk comel, orangnya dah semesti comel, semestinya kaseh pada haiwan dan kanak kanak kecil.Terima kaseh kerana sudi sebut makcik dalam cerita tu, kalau boleh ingat makcik dalam doamu.kwang kwang

Sebut pasal blog yang sedap ngan tak sedap, lidah aku kelu tiba-tiba. Siapa aku nak menilai. Pada aku semua blog ada kelebihan masing masing. Cuma boleh aku senaraikan sikit kat sini :-

Blog aku melekat lama


1)Bila baca aku happy dan senyum sepanjang masa, mestilah blog yang cerita merapu, meraban, ting tong, kelakar ketawa sampai pecah perut, bukan apa aku ni orang yang bekerja, stress sepanjang masa kat ofis, mana mungkin nak baca blog yang serius.Kalau tengok filem ngan drama pun aku pilih cerita yang tak payah nak fikir 10 kali maksud jalan cerita tu. Letih. Pelik ,cam manalah Boss aku boleh suggest, suruh aku bawak anak-anak tengok cerita Avatar. Maaf aku bukan orangnya nak tengok cerita cam tu, tapi sorrylah aku pun bukan orangnya nak nilai sesuatu filem atau drama tu terbaik.

2) Blog yang suka cerita pasal kehidupan dia ngan anak-anak, cerita yang simple, gambar cantik -cantik. Penting sekali luahan perasaan kasih sayang dia terhadap family dan anak-anak , bila baca boleh tersentuh jiwa dan raga. Tak kisahlah tulisan dia rock atau formal, janji touching.

3)Blog budak remaja lelaki dan wanita, sebab suka nak buat perbandingan cara hidup remaja dulu dan sekarang.

4)Blog mari masak-masak. Biasalah orang perempuan suka main pondok pondok. Bukan apa , suka ambik resepi dan tips.

5)Blog yantg tulis tentang kehidupan dan persekitaran ngan telus, tapi bila difikir balik ada kebenaran contoh , Blog Lady Noe.

6)Blog berkisar pasal politik, yang hentam sana sini. Suka je melayan lama sikit, sambil tu dok congak, tahun berapa aku boleh jadi wakil rakyat.



Blog aku tak berapa nak melekat lama.


1)Blog yang menulis mengunakan short form terlampau kritikal. Kalau "yang" tulis "yg", okehlah aku faham. Ini semuanya short form . Bukan nak komplen "Makcik ni dah tua" mana bisa faham short form cam tu. Tak nak stresslah.

2) Blog yang tulisannya semua huruf berkaler warna warni. Bukan apa "makcik disahkan mempunyai silau yang teruk". Jadi, bila baca terpaksa merangkak -rangkak.

2)Blog yang 100% tulis tentang agama (bukan aku anti agama), sebab aku adalah hamba Allah SWT yang lemah lagi lalai perintah dan suruhan Allah SWT, aku hanya boleh baca, tapi bila di suruh mengomen tentang cerita yang menghukum, mengharam dan menghalalkan sesuatu, tangan jadi kaku, biarpun tahu sedikit, aku memilih pendekatan, biar orang yang layak saja mengomen.

Aku dah pahat dalam hati dan fikiran, diri dan iman aku biar Allah SWT je yang tahu. Orang Islam yang lain punya iman pun aku tak suka nak judge. Penting sekali, "AGAMA ISLAM TU MUDAH" & "TAK DE PAKSAAN DALAM AGAMA" jadi nilaikan sendiri ayat tu dalam maksud yang sebenar. Jangan cuba berani menghukum orang jahat tu masuk neraka, manakala orang baik tu masuk syurga, yang benar layak menghukum adalah Allah SWT. Lebih baik jadi manusia yang tahu jaga diri , iman sendiri, bersedekah bila ada kemampuan tanpa ada niat riak. Ingatlah segala pekerjaan yang manusia lakukan bermula ngan niat, jadi niat dalam hati seseorang, kita tak boleh tahu, kesimpulannya kita tak boleh judge orang , bila dia buat itu dan ini.

3)Blog yang aku susah nak cari entry yang latest, sebab terlalu banyak contest dan giveaways. Kalau dorang letak kat sidebar okey gak.


Semua blog, kalau boleh aku nak baca, sebab aku suka membaca Kadang -kadang ada yang cakap bab tu, aku hipokrit. Korang tahu tak satu perkara, hipokrit tu , boleh jadi macam kita menghormati penulis blog tu. Kita kena ingat pepatah lama, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak. Kalau nak orang menghormati kita, kita pun kena menghormati orang, baru balance dalam kehidupan. Tapi bukan pada blog yang ceritanya
terang-terangan berunsur angkuh dan sombong.

Bila bab mengomen, aku memang tak nak hipokrit, kalau dia tulis salah, aku mesti bangkang atau sebaliknya, biarpun dia blogger dah femes atau popular. Aku tak suka amalkan budaya ampu dan bodek.Bila masuk bab menulis, aku tak akan tulis entry yang bodek dan ampu bagai.

Contoh hipokrit, yang lebih pada menghormati orang.,

1)Bila baca blog yang hampir 99.8% ceritanya berkisar tentang keagamaan, kehidupan manusia serta alam sekitar dan mengunakan pulak gantinama diri saya, kita atau singkatan nama sendiri, dari situ aku dah dapat agak secara rambang , peribadi penulis tu cam mana. Bila aku mengomen diblog dia dan meninggalkan pesanan di chat box, mestilah aku guna ayat yang paling formal dan lurus.


2)Bila baca blog yang hampir 99.8% ceritanya merapu dan meraban, campur rojak + laksa guna gantinama diri aku, cam blog cik ina minat Do Do Cheng, mestilah bila mengomen aku guna bahasa yang sehabis rock dan brutal.


Tak susahkan nak menghormati orang, jangan kita rasa diri hipokrit bila buat cam tu, anggaplah kita sebenarnya menghormati orang. Suka sangat aku nak memetik kata-kata Cermin Ajaib ,

KEJUJURAN ITU TIDAK PERLU DITUNJUK-TUNJUK KERANA IA PASTI DAPAT DIRASAI MAKA BERKARYALAH DENGAN JUJUR KERANA IA PASTI DAPAT DIRASAI.


Penatnya menaip panjang-panjang ni, tapi hilang penat bila korang sudi membaca dari mula hingga keakhir. Sudi sudikanlah membaca dan memahami, setiap patah perkataan yang aku tulis.


Senyum tapir : Memang benar menulis dan bercakap tu percuma, tapi kena kaji dulu kesan dan akibatnya.

Saturday, February 26, 2011

Jom, nak ikut?

Selamat berhujung minggu bersama berjimba-jimba ngan family. Berjimbalah sangat.

Nota buat anak ku (dia selalu bukak blog aku, tak payah call, nanti dia nampaklah message ni) :-

SiA ko tak nak tengok adik Firdaus ke? Dia batuk dan selsema. Hari ni temankan mak, sunyilah.Mak, mungkin masak ikan masak sos.





Jom nak ikut, pergi mana? pergi jamban ke , bagi ayam makan. Aku memang suka sangat , sebelum pergi jamban, mesti tanya kawan.Dorang biasalah pantang cakap jom je , mesti ingat nak makan angin.


Jom lagi satu, layan bubur nasi + ikan untuk budak montel yang sedang batuk.





1)Daun saderi dimayang
2)Halia potong besar ( ada hikmahnya, biar pun potong besar nampak cam brutal solo, tapi kalau orang yang tak suka makan halia, bisa memilih. Cuba kalau dimayang halus nak pilih cam mana?betul tak.
3)Bawang bombay sebijik, dihiris.



Isi ikan , ingredients paling penting, kalau suka boleh tukar ayam tanpa kulit.




Masak bubur nasi tanpa garam, lepas tu tutupkan api dan ketepikan. Kalau korang nak letak garam boleh je. Rumah aku ni , ada orang yang tak boleh nampak dan rasa garam, dia boleh jadi histeria.




Tumis bawang ngan halia tadi , dalam minyak yang seciput sampai naik bau. Masukkan isi ikan, kacau sekejap. Kemudian masuk kan semua ni dalam bubur nasi yang diketepikan tadi.





Hidupkan api bubur nasi , masakkan sekejap lagi, last , masukkan daun saderi yang dimayang halus..okey , siap.




Bubur nasi yang tawar ni, selalu masa tengah makan , suami aku baru letak sikit kicap cair.

Satu untuk firdaus bawa ke Tadika, satu lagi mestilah untuk bekal aku ketempat kerja.

Malam aku tanya Firdaus :-

Aku : Firdaus , tadi makan bubur kat sekolah, ada kawan minta tak.

Firdaus : Ada , Fauzana.sibuk

Aku : Kenapa tak kasi?

Firdaus : Tak nak, sikit je. Dia cakap tak sedap, kenapa nak minta kat Firdaus.

Aku : Tak baik , cakap ngan kawan cam tu.

Firdaus : hari tu di cucuk tangan Firdaus ngan pensil.

Pelik, kejadian lama pun nak ingat lagi. Budak-budak suka nak ingat benda yang lepas. Jangan nak buat main-main ngan budak-budak. Kalau dah pukul anak kita, baik cepat minta maaf, kalau tidak dia ingat . Suami aku , kalau dah debik Firdaus , cepat dia minta maaf. Kalau tidak dia ingat , bila dah minta maaf , baru boleh lupa.

Okeylah cikgu nak berehat..........

Friday, February 25, 2011

percaya 99.9%

salam segala penghulu hari, Jumaat........................hari yang penuh keberkatan. Jangan tak pergi sembahyang Jumaat, nanti kena debik.


Murid-murid hari ni cikgu nak bincang tajuk air dicincang tak kan putus. Sapa percaya angkat tangan, sapa tak percaya , tak payah angkat. kwang kwang

Sebelum start cerita aku nak pesan sikit, kalau berblog ngan aku jangan tangkap dalam sangat apa yang aku tulis nanti takut otak korang jadi meyong. Sila terima tulisan aku ngan aku sekali yang meyong. Bukan apa, aku tak suka ada yang tangkap leleh, luka hati dan perasaan, sebab aku tulis tanpa sebab.okey ye.

Seperti apa yang korang tahu aku ada 4 orang anak. Hari ni, nak cerita pasal 3 orang ni je, sebab Firdaus memang dah selalu cerita dia ada dalam blog ni. Dalam cerita ni , bersimbol SiA anak pertama, SiB anak kedua manakala SiC anak ketiga.

SiA ngan SiC, duduk serumah dan dah bekerja. SiB duduk rumah lain masih sekolah Form 6. SiA dari kecik memang rapat ngan SiC, waima kemana-mana memang berdua.Hari ni tak nak cerita pasal SiB, sebab SiB ni perangai lain sikit. Dia cool , dia boleh masuk ngan SiA ngan SiC. Dia boleh jadi akak bila dia dengan SiC, Bila dia ngan SiA, dia boleh jadik adik. Maksudnya dia tahu tempat dia kat mana. Kalau SiA cakap dia dengar, dan patuh, walaupun mereka jarang berjumpa. SiC boleh manja ngan SiB gak.

SiA memang duduk berdua je ngan SiC dalam satu rumah sekarang ni. Si A terlalu manjakan SiC ni.Aku malas nak layan. Bila bergaduh, baru dia mengadu sakan ngan aku. Aku dengar, biasalah masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Malas nak ambik port sangat. Biasalah SiC dah naik lemak, SiA banyak tunaikan hasrat hati dia. Pergi mana-mana dijemput dan dihantar.

Kalau korang tengok keakraban SiA ngan SiC, mesti korang rasa, hissss hisss hissss baiknya dua beradik ni, air mata korang mesti cam nak meleleh je.

Jangan tertipu, itu masa baik. Korang belum tengok time bergaduh.Mesti korang akan lari litang pukang .Aku je tak lari dah biasa. Rantai SiA putus pun pernah akibat pergaduhan ngan SiC. Nanti akan berlakulah permulangan ngan pengambilan harta yang diagih-agih masa baik. Dah biasa, dari kecik sampai besar, gaduh dan baik, gaduh dan baik, gaduh dan baik. lumrah.

Tak lama je, pergaduhan tamat dalam masa tak sampai 1 jam. Korang akan nampak aksi mesra cam belangkas berlaku, sebab tu aku tak nak layan, buang air liur. Habis kuat pun aku cakap "ye ke" atau "layan lebih sikit adik ko tu". Contoh perbualan mesra kalau dah baik :-

SiA : adik ko nak pergi tengok cerita Ngangkung tak?

SiC : Nak.

SiA : Ko jangan tak pergi, aku dah booking tiket.nanti jangan lupa pakai kemas sikit.pakai seluar yang aku beli hari tu.

SiC : okey , aku tahulah.





SiC yang kepala hotak meyong



SiA model minyak yu yi cap limau.



SiB yang I miss u so much.


Daripada cerita di atas percayalah ngan pepatah air dicincang tak akan putus.Sekian pelajaran buat hari ni murid-murid. Kita jumpa esok ye..... di lain rancangan.




Senyum tapir : Air dicincang tak akan putus tu sesuai untuk adik beradik je. Baca 10 x, faham baru buat huraian.

Thursday, February 24, 2011

Jawab komen

Selamat bertemu kembali........ Sebelum aku bercerita ngan lebih serius lagi, dipersila kenalkan rakan blogger dibawah ni.....




Ita yang sentiasa cute



Pembaris yang sentiasa menulis ngan lurus


2 rakan blogger ni dah lama aku kenal dalam dunia blog. Mereka ni selalu gak mengomen dientry aku. Oleh kerana dorang ni, timbul dalam kepala aku, nak buat cerita pasal kategori manusia dari pandangan peribadi sendiri. Aku ulang semula dari pandangan peribadi sendiri.


Izinkan aku jawab komen dorang dulu

1) ita cutevirus,

akak ni pemalu bila first time berjumpa ngan orang yang belum kenal. Bila dah berkenal dan bermesra , akak terus jadi peramah.

2) Pembaris

Betul. Orang pendiam tak semestinya pemalu. Orang pemalu pulak tak semestinya pendiam. cantik, cenderamata dari kawan.


Manusia dalam dunia ni banyak kategori sifat, berikut adalah sifat-sifat manusia yang pernah aku jumpa samada dah kenal lama atau sekejap. Tak kiralah yang aku jumpa kat rumah, tempat kerja atau kat sekolah dulu.


1) Kat sekolah menengah , aku pernah sekelas dan duduk sebelah ngan seorang budak perempuan yang bernama Siti Amanah Benu. Nama dia melekat dalam otak aku sampai sekarang. sebab apa?First time dalam hidup aku jumpa orang ada sifat pemalu dan pendiam sekali gus. Seriyes memang susah nak berkomunikasi ngan dia. Kalau dalam kelas bila tak de cikgu dia akan duduk kat tempat dia je , tak bercakap sepatah apa pun, bila ko tanya dia bercakap perlahan sesangat sambil merenung kasut sendiri.Memang susah sangat nak dengar suara dia dalam masa sehari. Aku tak kisah pun sifat orang cam ni, janji dia tak sombong.


2)Kat tempat kerja plak, aku jumpa seorang perempuan yang memang lemah lembut, nak kata pendiam tapi ngan sesetengah orang dia boleh jadik peramah plak. Kalau dia bercakap, suara pun kadang-kadang tak kedengaran. Aku tak pernah dengar dari mulut dia , terpacul ayat yang kesat dan maki hamun orang. Ada tetapi, kalau dia bercakap ngan suami dalam telefon, bercakap ngan suara kasar dan garang pulak.pelik


3)Dalam entry aku kat sini, rasa nak jawab komen seorang pengomen, nama aku lupa, tapi aku ingat komen dia pasal budak yang aku cerita tu. Budak perempuan sombong yang aku cerita tu bukan pemalu. Aku tengok elok je dia cakap ngan sesetengah orang. Mungkin dia nak cakap ngan orang yang setaraf ngan dia. Akal aku boleh terima lagi, kalau orang susah nak bercakap ngan orang lain sebab dia memang pemalu.


4) Pernah aku jumpa pulak, orang yang terlebih peramah.Masa kejadian ni waktu petang kat ofis. Ikuti perbualan aku ngan budak perempuan tu.

Aku nampak dari luar dia berkeliaran cam tunggu seseorang, aku pun tanya

Aku : Dik, nak cari siapa?

Budak perempuan : Saya baru habis interview ngan Ms .*&^

Aku : Ko interview jawatan apa?

Budak perempuan : Saya minta Admin *&^%$# , saya berkelulusan ijazah dari Universiti Bla Bla Bla Bla Bla Bla Bla

Aku : Senyum .ye ke(selepas dengar dia punya penerangan panjang lebar tentang segala sijil tok nenek dia)

itulah dinamakan peramah tak bertempat. Ko lulus ijazah ke diploma ke, tak payahlah nak cakap ngan aku, sebab bukan aku yang tukang interview.


5) Ada perempuan ni pulak memang pendiam, kalau orang tak tanya memang dia tak bercakap. Pelik pulak, sesekali bercakap boleh menyindir orang. Sesekali bergurau boleh menikam jantung kalbu. Kategori cam ni , susah kita nak terima gurauan dan sindiran dia. Hati kita cepat terasa plak, kalau orang yang dah biasa bergurau dan menyindir kita, tak delah terasa hati sangat. Kategori pendiam cam ni, tiba-tiba nak menyampuk, meletup je nak menyindir orang. Peliklah cam tak kena.


6) Perempuan ni kerja kat tempat aku, sah dia memang pendiam dan pemalu, tapi kalau ko bersembang dia okey je. Sekali ko dah bersembang, berani dia nak say hai kat ko bila terserempak. Aku suka , sebab dia bercakap bila perlu. Tak delah pulak dia kategori cam no 5, tiba-tiba nak membantai dan menyindir orang.


Last tapi belum yang terakhir, mestilah tentang aku. Senang je aku ni. Mula-mula memang pemalu, dah kenal boleh jadi peramah.Aku ni kalau cakap ngan kawan memang guna bahasa kasar. Terserlah lagi kekasaran aku masa jawab telefon. Dah tabiat semulajadi kot, aku memang tak suka kalau sipenelefon nak tanya aku siapa. Memang hampeh aku tak akan cakap. Senang je ko telefon orang, sah sah memang ko dah tahu ngan siapa ko nak telefon.Kalau tanya lagi masuk 3 kali, memang sah kena dengar gagang telefon kena hempas. Kategori cam aku tak boleh jadi penyambut telefon atau tetamu kot.

Terserlah kesopanan kesantunan tutur kata aku bila bercakap ngan family sendiri atau warga emas. Tengok warga emaslah, kalau perangai miang keladi.jangan harap.. Dah semula jadi kot.

Akhir sekali mestilah sifat orang yang aku tak suka, semestinya kategori sombong, cakap pun ngan orang tertentu, pendiam yang nampak cam tak nak berbual ngan orang, tiba-tiba menyampuk, menyindir, mencelah perbualan orang pulak.sah dalam hati aku, eeeeeeee tak sesuailah dia ni. Rupanya baru aku tahu, ada gak kategori pendiam tapi pasang telinga.boleh gitu.



Senyum tapir : Korang kategori cam mana atau kategori yang tak berapa nak berkenan?

Wednesday, February 23, 2011

Rakan maya

Hari ni,aku kool, walaupun petang semalam boss ngan rakan baik dia bagi aku tekanan.Tak nak ceritalah benda yang boleh buat hati sendiri panas.

Aku tak pernah boring ngan hidup aku, tapi kalau korang tahu tentang hidup aku, mesti korang kata aku manusia yang memboringkan. Banyak orang cakap cam tu. Kenapa korang rasa hidup aku memboringkan, kat sini aku huraikan satu persatu.

1) aku tak de kawan, kecuali 2 atau 3 orang kawan kat tempat kerja.

2) kawan yang datang kerumah aku time raya atau majlis tertentu hanya sorang kawan selain dari saudara mara belah suami.

3) Masa aku duduk hospital sebab sakit atau melahirkan anak, tak ada kawan tempat kerja aku beritahu, kecuali sorang kawan, sebab aku tak suka orang melawat aku kat hospital.Aku rimas orang tengok aku dalam keadaan yang sakit.

4)Masa adik beradik, arwah mak ngan ayah meninggal dunia, aku tak pernah beritahu kawan kat tempat kerja, kecuali sorang kawan. Aku beritahu pun ngan boss je , sebab dia ketua jabatan, itu pun aku suruh dia rahsiakan. Korang tahu kenapa?, seriyes aku tak suka orang tanya benda-benda yang boleh membuatkan semangat hidup aku luntur.

5)Dalam blog, bila tengok cara aku tulis dan komen blog korang, mesti semua orang ingat aku seorang yang peramah dan senang didekati. Sebenarnya aku dalam telefon ngan dalam blog je hipokrit, kat luar aku adalah perempuan yang paling malu nak jumpa orang, kecuali kawan kat tempat kerja.

Masa sekolah aku bukan tak berkawan, cuma aku jenis susah nak bawak kawan datang rumah. Bukan aku tak nak rapat ngan kawan, cuma takut peristiwa di khianati kawan berulang kembali. Masa darjah 4 , aku ada kawan baik nama Misriah, dia ada bawak mulut sedikit pasal aku yang tak betul, aku mengadu kat arwah mak, dia terus jumpa mak bapak budak tu marah-marah. Selepas kejadian tu, arwah mak pesan, jangan berkawan baik sangat ngan orang, musuh sebenar adalah kawan baik sendiri. Sekarang aku tak de kawan yang benar-benar rapat , kecuali bonzer.

Bila start berblog tahun 2009, aku mula berkenal-kenal ngan rakan maya. Aku tak pernah lagi berjumpa ngan mana-mana rakan maya, selain hantu kak limah ngan ratu kebaya, itupun sebab mereka rakan sekerja. Bukan aku tak nak join mana-mana perjumpaan blogger, sebab aku tak boleh hilangkan perasaan semacam bila berjumpa ngan ramai orang. Kalau pergi kedai makan pun aku pilih tempat yang tak berapa ramai orang. Aku jadi panik bila pergi tempat jadi tumpuan orang ramai.

Bila dah berkecimpung dalam dunia blog, sedikit demi sedikit persepsi negative aku terhadap orang lain berkurangan.Aku jenis tak kisah, kalau dalam kotak komen orang tulis kutuk-kutuk aku, satu je tolong jangan kutuk keluarga aku je, itu memang kepantangan. Jadual aku memang padat, aku minta maaf , sekiranya komen-komen korang tak dapat dibalas. Aku menghargai setiap komen yang korang layangkan, dengan menjengah blog korang bila ada kelapangan.Semua rakan maya, adalah rakan yang terbaik buat masa ni yang aku kenal. Bertemu dalam dunia blog adalah lebih baik aku rasa, dari berjumpa secara 4 mata. Ditakuti nanti bila dah jumpa, banyak pulak perkara yang boleh membuat kita tak serasi. Paling jelik, kalau ada sessi banding membanding.


Semalam aku happy, dapat cenderahati dari rakan maya , yang aku simpulkan seorang yang happy go lucky dan peramah. Tak tahu lah kalau berjumpa 4 mata. Pemberian dari ratu siput akan aku hargai seperti pemberian rakan maya sebelum ni bonzer. Terima kasih yang tak terhingga akak ucapkan.




Sampul surat ni Ratu kebaya yang ambil dari HR dept.



http://akuratusiput.blogspot.com






Firdaus ngan freeze magnet pemberian ratu siput



Firdaus melekatkan freeze magnet dipintu peti ais. Sebelah tu adalah pemberian ratu kebaya.


Senyum tapir : Rakan maya semua , korang adalah rakan terbaik yang aku kenal buat masa ni. Jadi penghibur dikala duka , selain dari family. Aku harap korang dapat terima aku seadanya. Kalau dalam berblog ni, ada perkataan atau perbuatan aku menghiris atau melukakan perasan korang, aku mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki.Segala yang baik itu datangnya dari Allah SWT, manakala yang jahatnya datang dari aku hamba Allah SWT yang lemah dan masih lalai.

Tuesday, February 22, 2011

Diary budak sekolah tadika



Firdaus baru balik sekolah, lepak kat pengkalan.

Fikiran aku kalau berkecamuk ada dua tanda,

1) pertama aku akan masak dan lepas tu tepek kat blog ni.

2) aku tepek banyak gambar yang tak relevan ngan cerita.

Tak tahu pasai apa, aku menyampah je ngan seseorang yang suka pretend baik, bila kita ni mengomen pasal benda yang betul, dia cakap seolah-olah kita ni jahat sangat.frankly speaking, aku ni tak pandai nak tegur secara bertapis, buat apalah nak belok-belok, sedangkan kau tahu je jalan tu lurus. Lagi satu kalau boleh aku tak suka mengomen cara berjemaah kat belakang orang.Kalau nak tegur, baik beritahu terus, ini ko nak nampak baik kat mata orang tu, tapi ko komen dia kat belakang.

Lagi satu hal yang buat aku meluat pasal seorang pengomen ni, suka komen yang tak de kena mengena ngan cerita, kalau kat sekolah memang dah sah aku panggil budak lemau, atau terus aku tak kawan ngan dia. Kalau ko komen lauk aku tak sedap pun, lagi aku tak marah. Ini orang cerita pasal singa ko komen pasal ikan. ada akal ke tak tu? komen sipi sipi ngan cerita pun tak pelah. Kalau tidak pun jangan komen terus.

Pesanan untuk pengomen tu "Lu apa hal , lu pergi tengok entry lama gua , berapa banyak orang tempat kerja gua kutuk, gua tak delete pun. Lu nak komen, nak jaga hati gua apasal."

Hal kedua yang buat aku tension, fail tender vitamin aku hilang dari komputer . Aku punya gigih siapkan benda alah tu dari hari jumaat, ingatkan nak print out hari senin, datang ofis nak check apa yang patut. Gigih pulak satu hari kena siapkan semula. Aku ingat dalam drama melayu je ada sabotaj ni, rupanya realiti pun ada.Cepatlah , bila aku nak berhenti kerja , aku dah fed up ngan semua ni.

Kadang-kadang environment pun boleh buat kita tension sepanjang hari. Aku ni jenis tak selesalah kalau orang nak sibuk hal aku dari benda kecik hingga benda yang besar.Pasal aku nak makan ngan sapa ke, tak nak makan ke, nak mati cepat ke, aku tak suka orang pedulik sebab aku dah dididik dari kecik oleh mak ayah supaya tak duk sibuk nak jaga hal orang.

Bila balik rumah tengok Firdaus buat kerja sekolah, hati lega sikit. Betul apa orang cakap, pandang muka anak ni, boleh buat kita cool.





Dah ada improvement ngan tulisan dia. Aku balik kerja dah pukul 7 malam, dia buat kerja sekolah, aku gigih masak. Tengah masak,firdaus duk jerit"mak apa bau ni, mesti mak masak sedap" Biasalah tu perut dia dah lapar macam-macam dia cakap.Dah lama gak aku tak masak, malas bukan ramai sangat dalam rumah ni. Kalau masak pun banyak yang membazir.



Sempat lagi gigih buat sambal belacan. Tak tahu kenapa, kalau masak sup ikan , mesti buat sambal belacan.



Sup ikan merah



Sayur kankung goreng ngan ikan masin.



Firdaus mata nak kuyu, disamping sup ikan merah



Ciankan baru habis buat kerja sekolah, mandi kemudian baru makan.






zoom dekat sup ikan merah.



Makan sambil membebel, "saya kena makan sayur banyak , saya nak jadi kuat" setiap kali mesti cakap benda yang sama.



aku dah cakap, jangan makan sambal belacan, dia degil nak gak, dapat ko pedas.



sedut air, dah terlampau pedas.



Muka yang menagih simpati , bibir merah ngan mata berair tahan kepedasan , Lagi dia boleh suruh tambah nasi ngan sambal belacan.




Korang tengok sambal belacan dia, banyakkan. Semenjak bila dia belajar makan pedas pun aku tak tahu, tiba-tiba je sekarang ni kalau makan dia mintak nak pedas.


senyum tapir : tak de soalan apa -apa, cerita ni pun sekadar nak meringankan beban yang sarat dikepala.

Monday, February 21, 2011

Pantang & pemantang

Salam di hari senin yang semua orang memang malas nak kerja ........, termasuk aku .hua hua. Malas pun aku kena kerja hari ni, kalau tak kerja memang nak cari nahas. Hari ni planner semua kena siapkan, dah masuk 21 haribulan dalam bulan February. sepatutunya 15 haribulan dah siap semua tu.


Okey cerita pasal pantang dalam hidup, selain dari pantang lepas melahirkan anak. Semua orang mesti ada pantang dalam kehidupan samada di rumah mahupun di tempat kerja.

Hai ni, nak cerita pasal pantang dalam diri aku, setiap anak atau orang yang terlibat kena patuh. Kalau tak patuh boleh buat aku meroyan.Dah namanya pantang kalau tak ikut jadi meroyanlah cam orang pantang lepas melahirkan anak. Kalau orang melahirkan anak, meroyan boleh akibatkan dia gila. Tapi meroyan bukan lepas melahirkan anak ni, boleh buat sepanjang hari muka ketat atau otak sasau je.

Korang jangan gelak plak, kalau aku cerita, pantang pemantang aku.

1) kalau tengah suap anak makan, tiba-tiba dia cakap nak buang air besar,jam tu gak aku jadi Incredible hulk. Seriyes marah, aku bawak dia buang air besar, kemudian terus berhentikan dia makan, sebab aku dah warning awal-awal, kalau nak buang air besar mesti sebelum makan. Aku loya kalau nak suap nasi tu balik. Suami aku marah , dia kata aku gila, budak nak buang air besar pun nak marah. Aku cakap tengah makan, kurang ajar tu, nak buang air besar, dah habis makan tak pe lah.

2) Lepas buang air besar mesti mandi. Kalau tak mandi, rasa semacam, sebab tu kalau kat opis, kalau boleh aku tahan sakit perut ni, sampai rumah baru membuang.

3)Sanggup tahan sakit buang air besar atau kecil kat luar, kalau tiolet awam dia cam ada kuning atau berkeladak. sepanjang hari boleh trauma, ingatkan balik keadaan tu.

4) Kalau kat opis plak, aku tak suka tengah buat kerja atau menaip cari idea update blog, orang duk nak sembang ngan aku. lagilah dia duk datang belakang aku. Masa tu lah aku buat-buat pergi toilet, dari jauh aku perati, dia dah belah ke belum. Kalau dah belah, baru pergi tempat aku balik. Time kerja memang aku fokus, tak suka sembang, sebab kerja aku ni banyak calculation, boleh salah, kalau nak melayan borak sambil buat kerja.Takut metric ton jadi kilogram, mampos aku. Tetap Kesian HKLBK , tak boleh fokus kerja, sebab diganggu makcik sapu sampah. Dah dia baik sangat tak nak smash orang tu.

5)Seriyes tak suka, boss aku buat muka cam tenuk, bila dia baru balik dari makan angin kat obersea atau Malaysia. Berjalan tak ingat, balik buat muka penat. Aku kalau dapat berjalan muka happy je, tak de masanya nak buat muka bagai.

6)Pantang terima sms yang semua perkataan short form. Seriyes aku tak tahu baca. Rasa mendidih je darah. Aku memang skema tulis penuh, kalau yang tulis yg tak pelah aku boleh faham lagi, kalau balik rumah tulis blk rmh, apa tu. Masa tu aku memang terus call, tanya orang tu nak apa.

7)Tak suka bila orang yang buat-buat tanya, tapi dah dah tahu sebenarnya. motip tak tahu.

8)Seriyes tak suka perangai tukang sapu sampah kat tempat aku. Mulut cam puaka . Terutama yang sapu kat tempat HKLBK, dia suka jaga hal ehwal pekerja cam kita orang ni.

9) Seriyes tak suka pergi restoran fast food, dapat jaga kaunter yang banyak mulut suka suggest beli itu dan ini. Hari tu dah terkena pergi Mc Donald, cadangnya nak beli sikit, fish filet 2 ngan ayam 2 ketul. Dia tekan aku cam peguam bela tanya tertuduh, otak jadi celaru aku pun angguk je. Bila tengok depan mata, OMG sapa nak habiskan ni bayar sampai RM37 air ngan kentang semua size besar. Orang pergi situ ngan otak yang tenang memang dah set dari rumah nak makan apa, bila dia tekan je , kita dah kelam kabut, hilang yang kita dah rancang. Lepas ni aku akan lebih berhati-hati, dendam harus dibalas, sipenunggu counter tunggu aku come back.



Senyum tapir : korang cam mana?

Sunday, February 20, 2011

mafalasfas



Ikan merah goreng cili Kering + sos sili. Ini dah habis malas punya masakan.



Timun goreng ngan fucuk kering + suhun , sama gak malas punya style.

Hari minggu ni memang hari malaskan. Dari tengahari tadi dah lepak depan komputer, tapi malas pulak nak menaip. Kalau otak dah malas , jari pun malas segalanya malaslah. Masak pun malas, timun aku boleh masak, yang peliknya habis pulak dimakan firdaus. Ikan merah pun aku masak secara malasnya. Kadang-kadang masak yang malas tu laku je . Itu je lah aku boleh cerita dalam keadaan malas ni.


Senyum tapir : korang ada tak malas malas?soalan aku pun malaskan .hua hua hua

Saturday, February 19, 2011

pelik, pelik, pelik

Selamat berehat di hujung minggu bersama family......................


TV aku kat rumah ni dah dekat 2 bulan rosak, sekarang banyak dengar radio. Tak pergi bawak repair pun, cam tak de hal pulak bila dah lama tak tengok, bukan apa, tengok tv pun selalunya aku layan time berita je. Drama ni kurang minat, bukan apa takut melekat , tak jadi kerja.

Hujung minggu bila, aku dah lupa ,lepak rumah anak ngan Firdaus, saja masak-masak kat sana. Dah habis masak, penat, nak luruskan pinggang duk baring depan tv tengok rancangan Astro. Rumah aku tak de melanggan Asto.Bukan apa membazir, sebab aku balik pun dah petang, bila masa nak tengok. Rancangan tv sedia ada pun tak dapat tengok habis.

Masa aku tengah duk landing, anak lelaki tu duk sama. Anak perempuan duk melayan Firdaus, biasalah dorang ni sesekali berjumpa ralit. Kat tv tengah siar cerita budak remaja duk berjoget-joget. Aku pelik gak, sebelum ni cam pernah tengok cerita ni, tapi dah lupa kat mana. "ni cerita apa ni, apasal pulak di cakap melayu ni, bukan ni cerita omputih ke?" Anak perempuan aku menyahut "ialah mak, itu cerita omputih, astro kan cam tu, sisengal ni suka tengok cam tu senang paham"

Aku suruh anak lelaki tukar balik ke bahasa omputih, sambil bebel-bebel kat dia "cam mana nak pandai omputih dan bla bla bla". entahlah , rasa janggal kalau tengok cerita omputih dubbing bahasa melayu ni. Masa kecik dulu cerita brazil tu biasa lah tengok cam tu, tak de lah janggal sangat. Dulu nak improve omputih pun, aku banyakkan tengok cerita omputih ada subtitle melayu. Kalau tengok cerita bahasa lain selain omputih, aku pilih subtitle english, senang paham nak dibandngkan bahasa melayu.

Bukannya nak menyanjung bahasa omputih, dah dalam pekerjaan kena banyak guna bahasa omputih, bila lagi nak improve kalau tak tengok cerita omputih. Budak kecik suka je tengok cerita omputih yang dubbing bahasa melayu ni, terutama kartun. cam ni bila nak improve bahasa omputih. Kadang -kadang bila tengok kartun omputih dubbing bahasa melayu jadi cerita lawak plak, mana tak nya , gerak mulut tak selari ngan ayat yang keluar.


Senyum tapir : Inilah dinamakan menyenangkan orang tak bertempat hua hua hua

Friday, February 18, 2011

Serabut macam -macam jenis

Dulu aku tak guna perkataan serabut ni, itu pun anak perempuan yang ajar. Serabut tu macam tak tentu arah kot. Aku ni jarang serabut, kecuali kalau tengok rumah bersepah atau anak buat sepah ke atau orang buat aku serabut. Contoh , exec aku suruh buat planner cepat, takut harga barang naik, sedangkan aku tahu benda tu tak urgent sangat, sebab aku yang handle stock ngan monthly usage dia. Aku nak puaskan hati dia, buat planner satu barang dulu, ambik kau, sekali stock dah cukup sampai bulan 6, ko nak beli apa lagi. Kalau barang by sea ialah ko kena cover cepat, kalau local, apa hal nak serabut beli cepat. Saja tu nak buat aku serabut.itu bab kerja.

Aku saja nak bagi nasihat, jangan serabut tak tentu hala, nanti penyakit darah tinggi atau jantung tak de, jadi ada. Contohnya pagi tadi, makcik ni serabut sangat, nampak aku terus masuk tak jadi sidai kain. Dah banyak kali aku nampak, dia paling muka kalau terserempak ngan aku. Jenis aku buat bodoh je. What to do, kalau orang tak nak tegurkan. Dulu dia okey je ngan aku. Kebetulan rumah makcik jual nasi lemak sebelah ngan rumah makcik tu, masa aku tengah beli nasi lemak, dia tanya, "hari tu ko tak pergi kenduri khatam Al Quran cucu makcik sebelah ke? "ooooo sebab tu muka muncung sedepa, sebab aku tak pergi rumah dia ke?"Aku terus jalan , malas nak layan, pasal tak pergi kenduri dia pun boleh buat kita musuh cam tu. Lantak ko lah serabut sorang-sorang, dah lah dia ada penyakit darah tinggi, esok terus sakit jantung, duk pikir hal yang tak sepatutnya.Tak kan orang tak dapat datang kenduri ko, nak tunjuk sebab kenapa tak datang. Orang datang ke tak datang, ko tak rugi apa-apa pun, majlis ko jalan gak, untung apa, lauk ko tak luak.itu bab makcik serabut.

Ada orang dia boleh serabut gak, kalau nampak orang lain lebih. Contoh dia naik motor, orang naik kereta dia serabut gak. Itulah namanya serabut tak tentu pasal. Kalau dah tak mampu jangan nak serabutkan diri. Tengok cam aku , naik je motor, kalau hujan, pakai je baju hujan. Dulu masa pregnant 6 bulan, tak de kenderaan nak pergi kerja, aku naik je basikal, ada orang serabut kalau naik basikal malu kononnya. Lagi aku pelik orang ada kereta , dia serabut tengok aku naik motor. itu nak namakan apa tu? serabut plus apa?Kadang-kadang aku pelik, dalam dunia ni, manusia suka malu bila buat benda yang baik.Kalau buat jahat tak pulak malu.

Ada satu bab lagi, budak ni ada kereta, dia serabut gak tak tahu nak letak anak kecik dia kat mana. Aku dengar pun serabut , bila dia merungut. Apa lagi aku soundlah, "ko tu nasib baik ada kereta, aku dulu beranak setahun satu kereta pun tak de, sorang dukung, sorang lagi sorong, kalau ko dalam keadaan cam tu, tak tahu cam mana ko".

Ada pulak yang suka bawak masalah kat rumah sampai kat opis, itu yang serabut tu. Bila kat opis, kawan jadi mangsa. Nak discus pasal kerja pun susah, habis member dah serabut.Cubalah kalau ada masalah kat rumah jangan bawak sampai opis. Kalau nak gaduh balik opis sambung balik.

Ada lagi satu, bila jiran tak jemput kenduri kahwin pun dia nak serabut. Sibuk risau sangat, nak tercari-cari sebab apa orang tu jemput dia. Kena pada aku lantak ko lah nak jemput ke tak nak jemput. Kalau tak nak jemput lagi bagus, tak payah duit aku nak keluar. Apasal banyak orang suka sangat susah hati kalau orang tak jemput dia kenduri?

Hari tu masa pergi beli nasi lemak makcik tu tanya"Ina ko tak pergi kenduri rumah belakang ye." aku jawab"tak, kenapa?. "ko ni Na tak baik tau, nanti anak perempuan ko kahwin, sapa nak tolong ko". Aku smash"akak, anak kita dah cakap, dia kahwin kat hotel, tak payah nak gotong royong ni, lagi satu saya pesan, kalau nak kahwin, kalau boleh pilih orang berada sikit, senang tak payah panggil orang kampung". Padan muka ko, sekarang sapa yang sakit jantung ngan serabut, suka sangat nak hentam orang. Aku punya cakap , memang suka nak bagi akak atau makcik dapat sakit jantung. Suka sangat nak cakap cam tu. Selama ni ko tolong orang kampung, ko nak balasan ke. Kalau orang tak tolong ko, esok anak orang kenduri, ko nak boikot. Lagi satu jenis dorang suka boikot kalau penghuni rumah tu tak pergi surau atau masjid. Kononya orang yang pergi surau atau masjid je sembahyang kot.




Senyum tapir : oleh itu dari sekarang jangan nak serabutkan diri pasal orang lain. Adalah lebih jaga keluarga sendiri atau binatang ternakan lagi dapat feadah.

Thursday, February 17, 2011

Jom sembang 2 in 1

Jom sembang nak tak?Kalau tak nak tak pe lah? aku sembang sorang. Cite pasal masak nak tak? kalau tak nak aku masak sorang. Memang dah biasa sorang pun, apa ade hal.Semalam masak maggi tomyam bubuh isi ikan yu hasil tangkapan suami. Kalau korang nak tahu, ikan yu ni selalu orang makan dia punya shark fin.

Aku suka bubuh isi ikan kalau masak maggi tomyam , sebab Firdaus suka sangat. Lagi pun ikan elok untuk otak kanak-kanak, supaya senang nak ingat pelajaran.Boss tempat kerja selalu puji di atas tahap ingatan aku yang cukup kuat, katanya.Dia kata lagi sebab aku suka makan ikan. Aku tak ambik pusing pun bab orang puji-puji ni, sebab aku dah set dalam otak aku, Pujian ni ada dua, pertama pujian ikhlas, kedua pujian nak kan sesuatu balasan, sebab tu bila dapat pujian aku jawab , ye ke, lepas tu senyum. Cam tu tak delah rasa kecewa, bila dapat tahu orang yang puji tu memang tak ikhlas pun. Boss puji pulak, biasanya nak bodek pekerja, supaya merajinkan diri selalu . Apa-apa pun yang pasti, memory aku memang kuat, yang lain aku tak nak ambik port. lantak hang lah.

jom cerita pasal maggi tomyam plak.



ikan yu sebelum dibuang kulit. Kat kiri kanan tu dia punya shark fin, suami aku dah potong, lain kali aku tunjukkan cam mana rupa dia.



Isi ikan yu yang dah di buang kulit.



Isi ikan yu yang dah dipotong kecik.



Tumis bawang putih, sampai naik bau, bukan sampai rentung ye.



Tak payah nak explain lebih detail, semua orang dah tahu cam mana nak buat maggi kan. Cuma masukkan ikan tu masa last sekali. Tak payah masak lama sangat, isi ikan boleh cepat masak, sebab dah potong kecik.




Ini Firdaus punya, ada isi ikan yang banyak.

Mesti pelikkan mee tu nampak hancur, sebenarnya suami aku yang hancurkan, sebab senang Firdaus nak makan, tak payah tarik panjang-panjang.



Muka teruja dan nakal. Lepas makan , aku suruh dia main games facebook, sebab semua kerja sekolah dia dah siap. Dia cakap, tak nak main games. Aku tanya, "kenapa pulak ko tak nak main games" Dia ngan bangganya beritahu aku "cikgu kat sekolah cakap, main games jadi bodoh" Dalam hati aku , budak-budak ni kalau kita cakap dia tak dengar,bila cikgu cakap, cepat je dia patuh. Tengok betapa cikgu memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak kita. Aku bukan nak marah ngan cikgu ni, cuma kalau boleh bagilah kelonggaran sikit, cakaplah kat anak aku main games boleh, tapi jangan lama sangat. Cam ni, susahlah aku nak buat kerja, sebab dia mengacau. Selalunya kalau sibuk berkemas atau masak ,,aku suruh dia main games, nanti tak de lah dia kacau aku. hua hua hua

Itu pelajaran pertama yang dia dapat kat sekolah . Ada lagi satu, hari tu masa dia suruh aku ambik air minum, aku lambat bagi, dia boleh cakap bapak mak lah. Terus aku marah dan tanya siapa yang ajar dia cakap cam tu. Dia kata , kawan yang cakap kat sekolah. Kat bawah ni aku senaraikan apa yang dia belajar dari kawan.

1) Alif Ba Ta pak aji mata buta.
2) kepala bapak kau
3)kepala ko senget.
4)eeeelaaa wak lu.
5)mak kau
6)bapak mak

Budak kecik ni, cepat sangat terikut. Aku dah sound Firdaus, jangan cakap yang bukan-bukan lagi. Kat manalah budak kecik kat sekolah tu, belajar cakap yang bukan-bukan, sedangkan baru 6 tahun. Mungkin kat rumah dorang ada abang atau akak yang cakap bukan-bukan sesama mereka, adik kecik dorang dengar, pergi sekolah dia cakap kat kawan. Budak kecik tu tak salah. Itu sebab aku tak bagi anak aku yang besar cakap benda-benda yang tak elok kat depan Firdaus. Budak umur bawah 6 tahun ni, belum boleh berfikir ngan sempurna, bagi dorang apa yang orang besar cakap mesti benda betul.


Senyum tapir : Anak kecik korang cam mana ceritanya?

Wednesday, February 16, 2011

Aku yang sebenarnya

Setiap manusia dalam dunia ni, punya naluri dan citarasa berbeza. Kita semua kena hormat dengan pendirian dan citarasa orang lain . Mereka je tahu mengapa dan kenapa mereka buat begitu dan pilih itu. Sebagai hamba Allah SWT yang lemah aku sentiasa berharap aku boleh hormat ngan pendirian orang lain dan aku kalau boleh nak orang lain pun hormat ngan pendirian aku.

Hari ni, aku nak bercerita tentang lelaki. Cuba kita tanya pada semua perempuan kat dalam dunia ni, ciri-ciri lelaki idaman mereka, 98% mesti nak lelaki romantis, kacak, tampan dan bergaya. Disamping tu, mereka suka lelaki yang ingat setiap tarikh penting dalam hidup mereka, tak kedekut , selalu bagi hadiah dan sentiasa memegang erat tangan mereka bila berjalan ke mana- mana .

Maaf, aku bukan termasuk dari golongan 98% tu. Aku pelik sedikit dari manusia yang pelik. Golongan lelaki yang aku tulis kat atas tak de dalam agenda hidup aku. Paling penting diri aku tak suka lelaki gedik dan lelaki yang suka mengurat perempuan kat tepi jalan atau kat mana-manalah.

Kalau ada lelaki yang mengurat aku, tahulah akibatnya. Aku ni jahat sikit, kalau kat tempat kerja, kalau ada lelaki yang cuba-cuba nak mengorat , aku akan call dia dan marah-marah tanpa dia tak tahu aku yang call. Jika dia syak dan tanya, aku boleh pura-pura berlakon marah-marah tanpa sebab. Tak boleh nak ubah, memang aku tak suka lelaki yang cakap mengarut-garut.

Bila dengar cerita pasal aku, mesti korang pelik, cam mana pulak aku bersuamikan, sedang aku tak suka orang mengurat. Korang jangan terkejut pulak, bila aku refresh pertemuan aku ngan suami sekarang. Dia dulu betulkan kabel telefon kat ofis, first time aku nampak dia dalam hati berdetik "hendsome". Dia nampak serius orangnya, jadi lagilah berkobar-kobar aku nak mendekatinya. Kebetulan dia datang kat meja aku tanya sesuatu. Tanpa berlengah, aku terus tanya "malam ni free,kalau free temankan saya makan" Dia pulak tanpa bantahan terus setuju.

ahhh ahhhh jangan cakap aku perigi cari timba, kena hormat , itu pendirian aku, tak suka lelaki ngorat, kalau aku ngorat tak pe. Okey, bermulalah sessi pengenalan, malam yang dijanji dia datang ngan motor dan berpakaian balik dari kerja. woww interesting, tak control macho. Markah pertama aku kasi dia. Bila sampai di kedai makan, habis makan dia bayar. Bab pembayaran paling penting, lelaki yang membayar wajib dapat markah. Masa makan kami berbual kosong tentang diri masing-masing dan family. Dari perbualan tu aku dapat tangkap, dia tak suka mengurat dan perempuan gedik, maka jelas kita berdua mempunyai naluri yang sama. Lepas makan, kita berdua jalan-jalan kat persekitaran, woow interesting lagi, dia tak pegang tangan aku , hinggalah sepanjang perhubungan.

Maka yes itu lelaki pilihan aku. Sehingga masuk alam perkahwinan aku kena terima dia sebagaimana aku mengenali dia sebelumnya. Aku tak boleh ubah dia, ikut kemahuan aku. Sebagai seorang lelaki, ciri-ciri penting dia ada sifat tanggungjawab. Sampai sekarang aku adalah seperti aku dulu, dan dia seperti dia yang dulu. Cuma bezanya ,sekarang dia ada memegang tangan aku ketika berjalan. Kami berdua serupa , tak pernah mengingati tarikh penting dalam hidup kami. Bila kami berselisih faham hari ni, menjelang esok hari macam tak de apa-apa yang berlaku sebelumnya. Kami tak suka mengunkit hal-hal yang dah lepas.

Bila terdengar perbualan atau membaca blog rakan -rakan cerita tentang suami mereka yang romantis, terdetik dalam hati, "bestnya kalau dapat suami cam tu." Bila ingat balik, aku marah ngan dia sendiri, kenapa tergamak cakap cam tu sedangkan itu pilihan sendiri. Sekarang aku tak pernah pikir bab-bab yang boleh mengugat keharmonian rumahtangga. Aku rasa pasangan suami isteri kat luar sana pun kena fikir sepertimana apa yang aku fikir. Korang hanya boleh tanya pada suami korang, bila dia yang korang kenal sebelum kahwin ngan selepas berbeza watak. Misalnya sebelum kahwin romantis, bila dah kahwin tak. Jadi korang rasa tertipu, bab tu korang boleh bawak berbincang. Jangan memendam perasaan sehingga membawa perbalahan.
Anggaplah perkahwinan itu satu perkongsian hati antara 2 pasangan bercinta. Dalam perkahwinan bertolak ansur tu indah.



senyum tapir : adakah pasangan anda menepati citarasa?

Tuesday, February 15, 2011

Nasi ayam

Selamat menyambut hari Maulidur Rasul kepada semua umat Islam. Semoga umat Islam hari mencontohi keperibadian Baginda Rasullah, dan sentiasa berpegang pada sunnahnya sebagai panduan hidup. Hari ni, kebanyakan pekerja semua bercuti. Jadi bila dah bercuti, banyaklah aktiviti yang dapat dilakukan bersama family. Aku tak de aktiviti hari ni. Lepak dan makan. Semalam aku makan nasi ayam. Selalunya ayam pilihan seisi family , ayam yang distim.




Ayam stim isinya lembut, senang nak makan.



Nasi hanya banyak ni je, cukuplah.



Sayur pilihan Bak choi stim.Firdaus memang teramat suka ngan sayur ni.



Ice lemon tea jadi pilihan.



Firdaus makan ngan lahapnya.hua hua



Ayah firdaus yang agak kehitaman baru balik dari laut hari minggu tu.





Layan muka kegembiraan Firdaus yang baru lepas makan nasi ayam.


Senyum tapir : Nasi ayam yang macam mana jadi pilihan korang.

Monday, February 14, 2011

Biar kami je tahu

Entry ini ditujukan khas untuk anak perempuan aku ,biar kami berdua sahaja yang paham situasi tu, dan kenapa aku republish gambar ni balik.




Welcome to Boston , ari ni anak aku nak belanja makan sempena hari jadi Firdaus.. aku kalau org nak belanja tak tolak.



aku first time makan kat sini.




jgn salah paham bukan acara pemujaan tau. ini sekadar menunjukkan dah lapar sangat.




dia org ni sekarang asyik posing je. mentang-mentang tahu aku nak masukkan dlm blog. tak pernah tolak kalau aku nak ambil gambar.



ni lagi sorang . dulu malu-malu , sekarang aku tak nak ambil gambar pun dia suruh.



  • makanan dia alah-alah steamboat. tapi jgn order ablone tau kalau tak bawa cukup duit. abalone RM138. aku order alah-alah murah je.lala/sotong ngan udang.



ini dia . sedap tau pedas......





anak aku sorang ni tak layan stemboat. dia mesti layan nasi. ni dia lapar tahap gaban. sebab dari pagi tadi tak makan lagi. Sebelum pegi sini jumpa mak mertua dulu. memang setiap kali birthday Firdaus dia ade buat upacara cara dialah.




sorang ni pun nak makan nasi jugak. dia tak layan steamboat.




berasapkan. lidah melepuh, mana taknye.makan telur puyuh panas-panas. aku tak paham motif dia order telur puyuh.mcm tak pernah makan. dia order aku layan je...




ni cili dia . sedap dan pedas.



aku nak rasa sikit nasi, dia boleh menjerit. jangan ......lapar tau....







saje je nak tunjuk aksi mencelupkan udang dan telur puyuh.



dah kenyang, tapi org nak ambil nasi sikit, dia tak bagi. dia kata dia boleh habiskan. tapi memang habis pun.




berposing di mana-mana




Firdaus intai apa pun tak tahu.


Senyum tapir : Hey anak perempuan ku sila tengok gambar tu come back.























































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina