Saturday, April 30, 2011

kaedahnya

Salam berhujung minggu............................

Syoklah sapa yang berkerja dapat rilex 3 hari deret. Kepada pekreja Kat Malaysia ni,selamat menyambut hari Pekerja pada 1/5/2011. Sapa yang ada kampung mesti syok balik kampung. Ada yang pekerja yang start ambik cuti dari hari Jumaat, sebab nak balik kampung.

Sesiapa yang melangsungkan perkahwinan sempena cuti panjang ni "SELAMAT PENGANTIN BARU, SEMOGA PERKAHWINAN KAMU KEKAL HINGGA KE HUJUNG NYAWA" Aminnnn.


Malam tadi lebihan durian yang tak habis di makan aku buat tempoyak. Kalau nak makan banyak, tak tahan panas badan nanti. Kalau nak bukak, simpan dalam peti ais plak takut berbau peti ais, sebab esok aku nak simpan cheese tart dalam tu. , ada tempahan dari kawan anak. Berbau plak cheese tart orang tu ngan durian.





Isi durian yang tinggal banyak ni je.



Biji durian yang tinggal selepas aku ambik isinya



Cara nak asingkan isi dari biji mengunakan pisau dan garpu ni adalah hasil tunjuk ajar arwah ayah. Dia suka buat tempoyak. Kalau tak mengunakan tangan , tempoyak yang dihasilkan Insyaalah tahan lama. Kalau nak menghasilkan tempoyak yang sedap , kena pilih durian yang elok.



Dapat satu bekas plastik, jangan lupa bubuh garam ngan gula , bagi dia tahan lama. Dulu adik perempuan arwah ayah menjana pendapatan ngan hasil menjual tempoyak. Dia jual pakai kilo. Tempoyak dia asli sebab guna durian kampung. Tempoyak yang ada jual kat pasar tu, tak gamak nak beli sebab kebanyakannya dicampur ngan pisang sebab nak masamkan tempoyak. Rasa tempoyak je masam , kurang rasa isi durian.

Sekurang-kurang lebih dari 3 hari barulah tempoyak yang aku buat tadi sedap dimakan atau dimasak.


Okey selamat bercuti , hari ni aku tak kemana-mana, suami aku tak de rumah sebab bawak seorang dari cyprus yang berkahwin ngan orang sini ke laut memancing. Kalau ada gambar nanti aku up entry kat sini.

Friday, April 29, 2011

popeye the sailor man




Salam hari Jumaat.....................

Cite popeye bestkan, sapa tak suka tengok cite popeye angkat tangan.....

Dulu aku ingat spinach (bayam) yang popeye makan tu serupa cam bayam yang selalu aku masak, rupanya tak . Bayam ada bermacam jenis.
Post Options



ni dia spinach yang popeye makan tu.




Semalam aku pegi pasar malam ingat nak cari spinach tu, tapi dah habis. aku beli up sikit dari spinach, bila dah masak rasa mabeles. Spinach ni, kena beli kat cina sebab dorang je yang banyak jual sayur ni. Kalau nak beli pun kena sebut spinach, kalau tak nanti dia bagi bayam biasa tu.



jeng jeng sayur yang up lagi dari spinach, cantikkan dia punya daun . Cara nak siang sayur ni ambik daun je, yang lain buang je, sebab batang tak berapa banyak.



Tumis bawang putih ngan ikan bilis hingga kekuningan.Lepas tu baru masukkan sayur dah basuh dan dituskan airnya . Bubuh garam, goreng sekejap, lepas tu dah boleh angkat.



Jeng jeng ni lah hasilnya, Firdaus suka sangat.



Kalau masak memang forever aku guna bawang besar kuning atau bombay ni. Aku beli kat pasar malam. Kalau nak beli jangan beli banyak sekali, sebab bawang ni cepat busuk . Kalau masak tomyam aku suka guna bawang besar ni sebab aromanya boleh membuat kuah tomyam bau harum dan rasa manis.



Bahan tuk buat sambal ikan kembung. Cili kering ni aku blender ngan bawang merah kecik. sebelum blender kering rendam ngan air panas dulu.



Ikan kembung beli kat pasar malam RM6 sekilo , boleh tahan, rega murah. Kalau nak beli ikan kembung beli yang tengah badan kaler kekuning dan bersize kecik, rasa isi ikan dah tentu manis.



Kalau masak apa -apa jenis sambal cili kena tumis sampai pecah minyak.Baru best. Resepi boleh langgan kat sini ye secara percuma



Ikan kembung goreng cili.



Firdaus yang suka sangat makan sayur tu.



Budak ni buat aku geram je malam tadi.

Aku tanya dia "nak ikan lagi tak?, kalau nak mak kopekkan."

Dia ngan muka selamba, "cuba mak pikir sendiri."

Aku pun gaulkan isi ikan kat nasi dia. Yang buat aku geram dia boleh cakap , "tahu pun mak pikir."

Rupanya nak ikan lagi, tapi tak nak cakap. Budak-budak sekarang ni mulut boleh tahan.

Thursday, April 28, 2011

kalau dah suka..............

Salam tengahari khamis......................

Hai follower yang baik hati..............aku suka sangat korang follow blog Hijau itu Indah dan Permai, dah namanya blog , mesti ada yang followkan. Buat blog ni nak happy happy bukan nak cari musuh, tak pandailah mak nak cari musuh-musuh ni.nak teriak teriak jerit jerit.

Hari ni makcik tua nak up entry anak belanja makan dihujung minggu. Tak kan Kak ros nak belanja kot.

Seisi family (5 orang je) makan tengahari di seafood(tempat biasa)



duk makan sambil cuci mata ngan nengok kapal-kapal besar. lagi satu boleh cuci mata nengok amoi-amoi yang pakai senteng dan menjolok mata, sampai suami aku pening ngan keranah aku ngan yuyi

"his korang ni tak de kerja lain ke? asyik nengok perempuan je"

"nengok laki apa ada" Jawab aku selamba

"Berlagak lah kalau lelaki pakai menjolok mata , orang kata gila.Bila perempuan pakai cam tu boleh plak" sinis je bunyi suami aku.





Suami ku yang ganteng.



Anak lelaki ku bersama Firdaus yang tak suka nak makan mee.Tetap nak order nasi goreng cina.muka protes



Semua order fresh orange.



Mee hailam mengunakan mee udon. Ada lagi yang diorder kueh teow goreng lala ngan nasi goreng cina lupa nak snap gambar sebab duk sibuk pandang orang.



Shark fin ni yuyi yang teruja sangat, aku idaklah.



Aku pun tak tahu motip yuyi order udang goreng ni, lainlah kalau makan nasi. sukahati dialah.



lala ke kepah ada kat dalam tapis ni.



ayah anak meninjau-ninjau akuarium ikan yang ada kat situ.



Restoran yang dikelilingi pokok kayu bakau, bukan kita bako kita bako je....ekekek

Makan-makan selepas tong gas hilang, haruslah tak masak............



Firdaus forever nasi goreng cina.



Kueh teow goreng ni aku yang punya.



kueh teow goreng pilihan yuyi gak.

Resit bayaran tak payah tunjuk ye, cukuplah hanya Allah SWT sahaja yang tahu kebenaran , kejujuran dan keikhlasan aku. Orang lain nak percaya cerita aku ke tak, sukati.

Prinsip aku waima ngan kawan atau family senang je "Tak perlu ragu orang lain meragui kita selagi kita tak meragui orang lain" Aman dunia.

merajuk

Salam hari khamis........................cepatnya dah dekat nak habis bulan April 2011.



Tak payah nak perah otak nak pikir yang bukan-bukan , jom layan malam tadi aku ngan firdaus masak pakai dapur karen .Kenalah biasa-biasakan diri , tak lama lagikan nak duk rumah banglo cam Datuk K.



Sapa nak resepi kari ayam tanpa santan sila melanggan percuma di sini . Jangan melanggan yang lain udah.



Jangan lupa dong sila ketip kuku dan buang tapak kakinya kalau berminat nak masak sekali ngan kaki ayam.



Ngan dapur orang kaya ni senang nak menumis bawang putih.



Sekejap banget kobis goreng dah masak.



Anak bujang aku yang boleh diharap nak menumis, sementara aku pergi mencuci pinggan.



Rajin tak dia menumis rempah plak.




Tutup dong periuknya, agar kari ayamnya masak sekata.



Tengok ibu ibu bapak bapak sekalian, aduh sedap banget kari ayamnya.




Senang gak pakai dapur orang kaya ni, lepas masak boleh terus makan kemudian goyang kaki dan pinggul.


Selepas kejadian tong gas aku diragut oleh perampok, mungkin lama lagi kot, baru beli tong gas. dah merajuk ngan perampok.

Suka banget ngan drama melayu petang semalam, sapa belum tonton sila ke sini. Tak perlu langgan cam astro mastika, sumpah ni free je. ekekek

Gua tabik spring ngan sharp shouter boleh menembak ngan tepat sekali.

Wednesday, April 27, 2011

Tak suka jangan baca

Salam hari rabu.................................................

MAAF KALAU GUNA PERKATAAN GUA, SEBAB ENTRY BAHAYA....

Hari ni gua busy, banyak urusan nak buat, tapi kat opis. Gua nak cite ni sebab cam nak ketawa-ketawa terbahak lu buat cite yang sama tapi yang cam biasalah tunjuk diri lu baik.

Harap maklum dalam blog ni gua tak pernah sebut yang gua baik, dan gua pun tak pernah kutuk blog lu, sebab gua suka je baca blog lu buat apa gua nak kutuk. Cuma bila baca entry lu yang kutuk gua, hati gua berbunga -bunga , cian ada gak hati orang yang tak tenang.

Gua cite pasal blog lu ni bukan gua kutuk, sebab nak beritahu ngan orang lain, ada gak manusia cam ni dalam dunia yang semakin maju dan dalam fikiran manusia dah banyak yang ke depan.
Sebelum start keja , gua nak tanya korang pernah tak mengalami situasi cam gua alami,

1) Gua dapat tahu tuan punya blog tu, tak suka gua, tanpa gua tahu sebab dan musababnya. Gua tahu macam -macam dia kutuk gua. Dia kata gua keluar makan anak gua bayar, jenis gua suka nak up cite pasal anak. habis tu gua nak up cite pasal apa? pasal kak ros buat botox ke?

2)Dia cakap gua beli bag RM15.90 sebenarnya dia salah, lagi murah gua beli RM14.90, cuma dia lebihkan seringgit, sebab gua tak mampu cam dia boleh beli bag coach.Tak pernah pun gua cakap dia penipu.

3) Dia kata gua orang tua tak sedar diri. Tak pernah pun dalam blog gua cakap gua orang muda sedar diri.

4)Kira satu benda pun lu tak suka pasal blog gua ni.


jeng jeng jeng yang best dalam diam dia baca blog gua , dan akan buat satu cerita yang kontra ngan apa yang gua tulis. Dia tak tahu ke ni blog gua suka hati gualah nak tulis apa.
Kalau hati dia tak suka, janganlah baca. Dia cakap orang yang komen blog gua semua nak ampu vontot gua. Bila pulak gua jadi ahli politik orang nak wat baik ngan gua. Pernah ke gua bagi korang duit atau hadiah kasi komen blog gua kaw kaw.

Gua ni jenis manusia yang suka pandang positive kat orang, bagi gua tak de manusia yang jahat dalam dunia ni. Bila suami bagi nasihat, dia kata dalam dunia ni waima dalam tempat ibadat pun ada manusia cam ni. Baru gua paham sekarang apa yang dia maksudkan.

Mulai sekarang gua nak beritahulah pada sesiapa yang tak suka ngan apa yang gua tulis , sila jangan baca, gua takut korang meroyan plak pegi gantung diri. Orang yang macam gua ni tak akan up satu entry lagi nak maki orang. Tak de feadah wat buang air liur gua. gua manusia yang tak de hati perut punya kalau gua tak suka gua tulis je, tapi gua tak suka buruk sangka dan rasa cam orang cakap pasal gua je. Nanti kalau ingat banyak, boleh jadi gila. gua cool je.

Kenapa gua cool? Dalam family gua ada suami dan 4 orang anak je, yang lain semua dah masuk dalam kubur. Gua tak de heran kalau mati pun . Lu banyak saudara, nenek , moyang semua ada, daripada lu meroyan cam orang gila , lebih lu jaga lu punya laki dan anak dan kaum keluarga lu dan lain-lain.

okey beb ye, lagi satu pesanan wa untuk pengikut lu tu, cuba kool sikit , tak lama lagi nak melangkah ke malam pertama , tak cool lah kalau nak marah gua yang dah tua tak lama lagi nak mati ni, bukan saingan lu. lu cantik, kena sesuaikan ngan perangai lu. wa ni 40+++ , lu 23 tak sesuailah. okey beb.

Gedek lu betul , Insyaalah gua tak caya santau tu, gua caya sekarang lagi best kalau masuk orang dalam guni buang kat laut, lagi cool beb, sejuk boleh terampung .ekek ekek ekek

Harap maaflah gua tak tahu lu pernah keja cashier dulu. cam ni pun boleh, macam dalam Malaysia dialah cashier yang aku sebut tu.




tengok anak wa cool je.

Ada ke pernah gua cakap cam ni kat lu orang "lu kalau tak baca blog gua siaplah lu orang."Tak de kan.


MANUSIA KALAU TAK WAT HURU HARA TAK BOLEH KE? HAIWAN KAT HUTAN PUN PANDAI DUDUK DIAM.

Tuesday, April 26, 2011

ICE BLENDED CAPACINO

Salam tengahari selasa...................


dah dah tu sapa yang panas hati pasal beg plastik cepat cepat pegi minum ice blended...

Memang gempak gila , tak pernah pakcik ni komen panjang gila, ari ni dia buat. Komen yang panjang sekali jatuh pada jeng jeng jeng
V
V
V
V
Adik huda dari setiawangsa., doktor urban, Ieda dari kuantan, kak bunga seroja,

penatlah nak taip lagi , esok -esok ye sambung. Sebenar entry tu keluar saja nak beritahu, waima pembangkang atau kerajaan wat kerja tak suka nak pikir kesan jangka masa panjang. motip dorang ?


okey dah ye, tutup kes layan budak montel plak ngan cd 3d games, aku pun duk melayan sama.




Semalam aku pergi 99, firdaus rembat satu kotak coco crunch, gara -gara cd 3d games.



Jeng jeng ni dia cd tu.



Dari beli kotak kecik baik beli besar lagi murah.Dari kudapan lain, tak kisahlah kalau dia nak rembat ni.



Tak interaktive korang kata. macam macam ada, janji games ni boleh menguji kecekapan otak berfikir lebih lagi untuk kanak-kanak sebaya Firdaus.



Apalagi Firdaus menjalankan operasi menjelajah games yang ada.Games ni memerlukan kesabaran tahap tinggi.Aku pun duk layan sama.



Apa kata Firdaus lepas ni, tak boleh pakai cepat boring.


ha ha ha dia ni memang cepat boring , nanti tukar lain plak.......


Ingat ye lenkali ikut cam kak zakie bawak plastik sampah pegi shopping , senang kalau beli barang banyak boleh seret. I I sir.

hodoh banget

Salam hari selasa................................


Cite pasal ni, dah lama ada dalam otak ni, cuma belum lagi nak cite, tapi bila baca blog adik comel ni, aku terus berkobar kobar nak cite gak. Lebih lagi aku orang yang menyokong penuh saranan kerajaan mengunakan recycled bag buktinya di sini , sini, sini dan di sini.

Hasrat murni kerajaan selangor, negeri yang aku tinggal sekarang, menjadikan hari sabtu hari tanpa beg plastik memang terbaek. Dari dulu setiap kali nak shopping aku mesti bawak recycled bag. Manafaat yang kedua selain dari mengurangkan pengunaan beg plastik, ni dapat memudahkan aku nak bawak barang dalam quantity yang banyak, tak lah patah jari ni nak pegang banyak beg plastik.

Biasalah dah namanya manusia, kalau tak lupa memang bukan manusia kot. Dah kerap kali gak, aku lupa nak bawak recycled bag, biasalah tu, bila hari tanpa beg plastik tu berkuatkuasa seminggu sekali. Cuba kalau hari tanpa beg plastik memang di wajibkan hari-hari, mesti tak lupakan, cam kita makan, hari-hari nak makan.

Apa yang berlaku pada Qelissa , pernah terjadi pada aku gak. Masa tu aku membeli belah di pasaraya Giant . Banyak gak barang yang aku beli , mahu tak cukup tangan nak bawak . Kat kaunter pembayaran, lepas sicashier beritahu jumlah yang kena bayar, dia longgok barang yang aku ke tepi, lepas tu dia buat muka yang paling bodoh dan memang hodoh banget. Aku senang je sapa suka buat muka sombong , aku cop memang muka dia hodoh banget.

Aku tanyalah "beg plastik dik, ngan nada suara yang paling sopan" dia jawab ngan muka hodoh banget ngan suara nada tinggi "beg plastik kena bayar 20sen." Aku pun apalagi "dik 20 sen tak kan lah mkcik tak boleh bayar, kalau tak de beg cam mana nak bawak barang ni semua." simuka hodoh tu terus hulur beg plastik ngan muka sengal gila.

Apalah salahnya, sebelum aku bayar tadi ko cakap elok-elok "makcik hari ni hari sabtu, beg plastik tak de ye." Berat sangat ke mulut tu atau ada emas. Bangsa melayukan memang dah terkenal ngan bangsa yang tinggi budi bahasa..

Kejadian pasal beg plastik ngan cashier sengal cam tu , memang dah kerap sangat aku kena. Oleh itu aku nak persoalkan motip tak boleh guna beg plastik hari sabtu je kenapa? kenapa plak tak dikuatkuasakan hari -hari ?

Sila jawab , sapa-sapa yang sudi jawab.

Monday, April 25, 2011

X FILE

Salam hari senin.....................

oi oi oi banyak mesej kat chat box, jangan risau aku masih hidup setelah 2 hari tak bersiaran, akhirnya aku come back ngan x file. korang tahu x file tu apa? Sebelum tu , aku harap korang jangan risau tentang pencuri tong gas ye. Aku cian sebab dia ada anak kecik, tak sampai hati nak belasah. ekekek

Dah lama (2 hari je) tak menjengah kawan-kawan, maaflah, hari ni aku pegi ye, i'am suwer, kalau panjang umur. Berbalik cite tadi , x file tu gambar atau cite lama aku yang tersimpan dalam komputer . Saja je gedik nak panggil x file. Korang jangan pandang remeh tau, x file aku ni tak pernah keluar lagi kat blog, media cetak dan media elektronik.




Biasalah muka penyeri kat blog ni..................muka hari sabtu sebelum keluar makan kat food court.



Akak Firdaus , orang baru.

Jom layan x file

1)nasi goreng cili keping-keping, cam bestkan kalau nak makan nasi goreng cam ni, mesti teringat masa kat kampung , masak nasi goreng pakai dapur kayu.



Cili kering ngan 4 biji bawang merah di tumbuk . Kalau nak senang tumbuk , cili kering tu rendam ngan air panas sekejap. Masa tumbuk masukkan garam. Kalau tak de lesung batu guna blender kering.



Tumis cili sampai garing. Kecikkan api masa menumis. Masukkan bawang besar hiris ngan ikan bilis yang diblender kering.



Semua bahan tadi dah naik bau, last sekali baru masukkan nasi. Gaul sekata supaya cili tadi kena pada semua bahagian nasi.



Nampak tak nasi goreng yang ada kepingan cili. ekekek

Sambungan entry hari itu.



isi ayam dan udang



Bahan tumisan, bawang besar bombay(kuning) hiris, serai, daun limau purut, halia .



pilihan aku tomato ngan cendawan ni. Ikut hati korang yang mana idaman kalbu.




Seperti selalu aku suka tumis bahan-bahan tumisan termasuk paste tomyam. Dah naik bau , bubuh air, banyak air atau sikit air bergantung pada paste tomyam.



Last sekali baru letak isi ayam ngan udang.



jeng jeng jeng tomyam tomyam peberet aku, suami dan Firdaus



untuk izan comel lote, makcik guna mae pranom paste tomyam


Jangan lupa, kalau suka resepi ni sila vote ye. kalau tak jumpa tempat nak vote, sila tunggu esok.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina