Tuesday, August 30, 2011

Cerita Akhir Ramadhan 2011

Salam akhir Ramadhan...............


Dah lama rasanya tak update blog ni. Sekarang aku tengah bercuti bersama anak- anak. Saja nak sambut satu syawal jauh nun di sana. Dalam perjalanan , aku tak de ambik satu gambar pun tuk tepek kat blog ni sebab tetiba je otak ni tak nak berblog lagi. Kalau sesiapa yang mengikuti blog ni mesti perasan yang blog ni tak pernah tak berupdate sampai 5 hari. Aku suarakan keputusan tak nak berbog pada suami, tapi dia cakap mood berblog datang dan pergi. Tunggu je dua tiga hari nanti. Ada kebenaran gak kata-kata dia, nah cuba lihat selepas 5 hari mood berblog kembali.

Memandangkan aku dah sebatang kara syawal tahun ni aku ambik keputusan bercuti bersama suami dan anak-anak . Siapa yang tak sedih dah sebatang kara tapi aku bersyukur masih ada anak-anak dan suami yang sayang . Mereka nak aku gembira syawal kali ni dan seterusnya.
Sebelum ni aku berpegang ngan kata-kata arwah mak, supaya satu syawal jangan tinggalkan rumah , buka pintu, jamu kanak -kanak, kawan dan saudara . Kali ni maafkan aku mak, tak dapat rasanya janji tu tertunai kerana air mata ni tak nak keluar lagi bila takbir raya bergema.

Masa cerita ni dicatat jarum jam komputer dah menunjukkan pukul 4 pagi dah masuk satu syawal pun, dengan ni aku mengucapkan Selamat menyambut Satu Syawal pada semua pembaca blog ni, Ampun maaf dipinta sekirannya cerita -cerita dalam blog ni ada menguris perasaan orang di luar sana.

Sekiranya sudi, baca dan tataplah gambar percutian aku....................


Bermula ngan gambar anak bujang aku yang dulunya pemalu dan sekarang berani plak nak berposing maut.


Gambar spontan yang dilakon semula.


Gambar ni buat Firdaus cemburu.



Kawasan sekeliling yang hijau mata memandang


Dalam kawasan percutian, model dapur terkini.



Bilik percutian.


Dua orang lelaki yang sentiasa cemburu mencemburui.


Posing maut di kolam renang



Firdaus bergembira ngan pistol air pemberian yuyi.


Anak bujang aku sedang menunjukkan kat korang body dia yang semakin mantap...



Anak-anak ku



Kat situ senang sebab ada pemanas lauk. Aku masak siap-siap kat rumah, sampai sana tinggal panaskan. Walaupun bercuti , tekak tak boleh lari nak makan masakan hari raya.


Ayam masak merah menu wajib setiap tahun


Rendang daging kambing menu wajib gak.


Sambal kacang.


Biasalah raya pun goreng sayur tuk Firdaus.


Setiap tahun masak ketupat, tapi tahun ni buat nasi himpit je.

Resepi menu ni semua selepas bercuti ye.






Suka ngan aksi ni.


Aksi anak menikmati hidangan hari raya.

Gambar kat bawah ni buat mood berblog aku come back. Mana aci masa bercuti pun dorang ni tak berenggang dari lappy.


Tengoklah Firdaus ni dah pukul 12 malam pun masih lagi beronline, belum lagi ngan suami yang main games.


Last-last terdampar bersama kat depan tv.


Ciankan , kepenatan sangat , tidur ngan berstokin lagi.


Terima kasih ye sudi nak tatap gambar-gambar ni.Sekarang ni aku masih bercuti, jadi adalah cerita bercuti lagi yang akan menyusul..................




Sekian jumpa lagi ..........................



SELAMAT HARI RAYA, BERGEMBIRALAH BERSAMA KELUARGA TERSAYANG DIMANA JUA ANDA BERADA.........

Thursday, August 25, 2011

Bebola ayam, ikan, Nugget, burger

Salam Ramadhan......................


Mari belajar buat bebola ayam, ikan , nugget ngan burger, banyakkan , sebenarnya aku tipu je saje nak up traffic. Aku nak ajar buat bebola ayam je makan ngan mee sup . Berkat membantu Ms.Y 10 tahun dulu , dapat gak aku ilmu buat benda-benda ni semua.

Biasalah orang kedekut nak beli , buat sendirilah nampaknya.Lagi pun kalau buat sendiri aku boleh pantau berapa banyak lemak kat dalam tu.


Jom kita mulakan buat bebola ayam....................ambik tempat masing-masing ye. Bukak buku ye, jangan nak tidur dalam kelas kang cikgu sebat.



Tulang dari dada ayam dan rangka buat stok ayam tuk mee sup ni.


tamak sangat guna sampai 4 keping dada ayam.


Dada ayam dikisar, campur ngan daun bawang hiris, lada sulah , sedikit tepung jagung/tepung ubi , kicap cair ngan putih telur.Gaul hingga sebati.


Bulat-bulatkan , terpulang pada korang nak besar mana.


Bebola ayam dari dekat.


Bahan sampingan tu makan ngan mee sup, sawi celur ngan air panas, dan hirisan daun bawang dan saderi.



Hirisan cili api campur kicap cair.


Mee kuning celur dalam air panas


Bawang goreng buat sendiri ye, kalau beli rasa tak kaw. Hiris bawang merah gaul gula goreng dalam minyak banyak dan panas. Simpan dalam bekas kedap udara.


Bila stok ayam dah mendidih masukkan bebola ayam tadi. Didihkan guna api sederhana.


Jeng jenag bab presentation hancussss, yang penting mee sup bebola ayam ni sedap.


Firdaus tengah mengigit bebola ayam.


Dah gigit makan mee sup bebola ayam plak.



Jeng jeng semalam dapat hamper hari raya. Berlagakkan baru dapat satu hamper belum 10 hamper.


Cuba ye jangan tak cuba bebola ayam tu.Kalau tak cuba lenkali jangan masuk kelas masak lagi. Hujung minggu kita buat burger, nak tak? kalau nak angkat tangan. Kalau cukup korum baru boleh bukak kelas.


Okey semua sampai sini je , nak cau dulu ada tugas penting............

Wednesday, August 24, 2011

Makan cucur bawang sambil mengumpat

Salam ramadhan..................

Rasa cam tak syokkan kalau minum kopi, makan cucur bawang cicah cili sos , diam je, sambil megumpat bestkan. Alah aku mengumpat tak sebut nama orang tu.

Cerita pasal sorang budak yang aku kategorikan poyo and busuk , lupa plak itu iklan rokok liyana jasmay, poyo and berlagak mewah. Aku tak kisah pun dia nak berlagak mewah, tapi jangan membabitkan aku sekali.

Dah banyak kali aku perati kelaku dia , tapi ahh malas nak layan. Dia ada order banyak cheese tart. Order sikit atau banyak aku memang tak pernah ambik deposit dari pembeli . Aku jual dasar kepercayaan je. Semalam budak tu jumpa aku tanya "nak bayar deposit tak kak?" , aku jawab " bayarlah kalau nak". Dia boleh jawab plak "bayar pakai kad kredit boleh". Boleh plak dia berlagak ngan kad kredit. Anak aku yang pakai kad debit pun tak berlagak cam dia.

Oleh kerana nak ajar dia, aku sms suruh bayar separuh dari harga cheese tart tu. Hari ni dia ke hulu ke hilir kat depan aku tak tentu arah, selang beberapa minit "kak duit tu saya bayar esok je sekali ye." Aku bukan zalim dia sendiri yang buat aku jadi cam tu. ambik ko.Selalu orang yang betul-betul banyak duit ngan harta low profile je. Bukannya aku tak kenal kawan yang kaya-raya , dorang tak de pun propa cam tu.

Lepas ngumpatkan sedap makan cucur bawang. Petang semalam punya cucur bawang.
Aku baca blog kawan-kawan ada lagi ngadu yang belum dapat diploma/ijazah buat cucur bawang ni.



15 tangkai cili kering kisar ngan 3 ulas bawang putih hiris.

Masakkan bahan kisar campur air (agak-agak jangan terlampau cair), Suka hati samada nak bubuh perahan air asam jawa atau cuka. Kali aku bubuh brown sugar sebab kehabisan gula melaka. Jangan lupa bubuh garam, pak aji sebagai penambah rasa.Sebelum angkat kacau ngan 1/2 sudu bancuhan air tepung jagung bagi memekatkan sos cili.



Pekatkan cili sos hari ni.aum aum




Bancuhan tu kalau boleh jangan terlalu keras dan jangan terlalu cair, yang sedang sedang saje.Dalam tu aku buh taugeh , kucai, hirisan sebiji bawang besar kuning, ikan bilis segengam .Sebelum tu dalam tepung buh sedikit garam, serbuk kunyit, pak aji ngan baking powder. Lepas tu baru buh sayur mayur ngan ikan bilis tadi. Kemudian bancuh ngan air suam .Biar sebentar kemudian goreng .



Goreng dalam minyak banyak dan panas.



Jeng jeng sedap garing dan aum aum aum




Gunting atau potong, masukkan ke dalam pinggan curahkan sos cili, cucukkan ngan garpu, sila makan kawan-kawan................Sila tuang sendiri air kopi dalam cawan ye.



Selamat berpuasa dan menyambut syawal yang akan menjelma tak lama lagi.



Isi dan kulit tomato

Salam ramadhan.................

Penatnya hari ni, semalam daftar Firdaus sekolah darjah satu tahun depan. Ingatkan dah setel semalam gak, rupanya kena isi borang, cop ketua kampung bagai yang ada PJK AMN dan bintang-bintang kat langit yang lain, nak payslip mak ayah. Ingat selepas beberapa tahun aku tak memijakkan kaki ke sekolah, adalah perubahan, rupanya sama gak ye prosedurnya. Dah tak relevanlah zaman teknologi komputer ni kena isi borang -borang ni, terutama payslip dah semua yang kaya miskin dapat pinjaman buku, buat apa nak tengok payslip mak ayah.Borang sekolah tu kena hantar balik sebelum 9/9, malas nak cakap benda cam ni.fed up.

Baik aku cerita pasal lauk lagi sedap dari nak ingat benda bodoh tu.

Jom layan sambal ikan ngan goreng kacang buncis guna tomato.




Cili kering 10 tangkai mesin ngan 4 biji bawang merah
bawang kuning sebiji dihiris
isi tomato ikut suka.



Tumis cili mesin tu kalau boleh sampai pecah minyak atau berasap satu rumah jangan sampai terbakau udah. lepas tu boleh korang campak isi tomato tu, kalau tak cukup masam buh sikit air asam jawa. jangan lupa buh gula, garam , pak aji sebagai penambah rasa. Rasa ikut selera masing -masing ye.



Angkat sambal tadi curah atas ikan selar goreng.



Kulit tomato plak buat goreng ngan kacang buncis.



Jeng jeng ni dia kacang buncis goreng ngan hati ayam, cili besar , hirisan bawang putih , ngan hirisan kulit tomato.




Ada balance serbuk agar -agar hari tu aku buat jeli syrup.Segala bekas aku isi, yang tak de timba ngan mangkuk je. Sejukkan dalam esbok,makan time berbuka sahur semua boleh. bantai je.


Jumpa lagi ye, sekarang ni berjalan sambil baca blog kawan-kawan adalah amat terhad kerana banyak tugas-tugas yang perlu diselesaikan sebelum syawal menjelang.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina