Friday, September 30, 2011

Tempura chicken nuggets bukan chicken nuggets & bukan setakat botol kicap ngan cili sos.

Salam hari Jumaat............


Pagi tadikan aku dah janji nak bersiaran , siap pesan kat korang bukak channel 12 dulu, tunggu kat depan tv sampai aku datang, aku janji aku kota (cam bagus-baguskan) Insyaallah .

Apa khabar adik, akak, abang, pakcik , nenek ngan atok semua. Dah makan ke belum?

Sebelum masak kita bergosip dulu ye..........




Layan gosip cik senah jap ye( sumpah betul punya gosip)

Saja je nak buat gosip pasal kawan aku sorang tu , ada ke patut hari tu dia baru balik dari umah kawan dia yang kat luar negara tu, aku tahulah kawan dia pandai semuanya ada ijazah ngan kaya-kaya belaka, aku ni apalah sangat setakat SPM, dia boleh duk cakap aku ni tak sesuai kalau nak kawan ngan kawan dia. Statement bodoh ke hapa tu, sapa plak nak kawan ngan kawan dia.Aku yang tak de kawan ngan sesiapa ni pun tak de lah terkinja-kinja nak kawan ngan kawan dia.

Aku tak dengki pun kalau orang lain pandai, berpangkat, atau berharta, aku selesa je duduk dalam dunia aku sendiri, tak kacau dan menyusahkan orang lain, tapi jangan sentuh aku dulu. Statement bodoh yang keluar dari budak pandai tu lagi yang buat dadaku berkocok-kocok boleh plak dia cakap

Budak pandai : korang tahu tak dalam esbok rumah kawan aku tu tak jumpa botol kicap ngan cili sos. Esbok rumah kita kat sinikan ada botol kicap ngan cili sos je.

Aku(cam nak penampar dia 20kali ): rumah ko je ada botol kicap ngan cili sos) , rumah aku ada je botol herba tu semua, tak kan aku nak tunjuk kat ko kot.

motip aku bukan nak menunjuk atau kutuk esbok rumah orang lain ye, tapi nak mengajar budak yang tak sedar diri tu.. Suka sangat susukan kera kat hutan. anak kat rumah biarkan kelaparan. cit cit.Jadi manusia jangan tahu pandai cakap kalau tak tahu apa-apa.

let us to the zoo, opssss sorry buat tempura chicken nugget. Nak join club masak-masak tak, kalau nak submitt form ye.Dah submitt faxkan ke 700251521, sekiranya tak dapat jangan sesekali putus asa, usaha tangga kejayaan, cuba banyak kali.

Ambik pen dan kertas, 1,2,3 mula salin....



Semua di atas sekali (Parsley, oregano, black pepper ngan serbuk halia(kalau suka boleh gak buh serbuk bawang) ngan sedikit garam serba sikit campurkan ke dalam mangkuk kecil.

Bab herba ni jangan buh berlebih-lebihan nanti tempura nugget korang rasa  chayanunalif  punya setanggi  tok pekong. Jangan cakap aku tak bagitahu plak.siap korang aku debik nanti.



2 keping dada ayam yang dibuang t tulang kisar hingga halus kemudian gaulkan ngan semua herba , serbuk halia ngan sedikit garam tadi.



Guna scoop sekerim senang sikit.Bulatkan semua.



Lepas tu gaulkan dalam tepung gandum. tepung gandum ni saja je aku buh sikit black pepper.



Celupkan ke dalam bancuhan telur, kemudian celup kedalam tepung gandum semula, leperkan sedikit , ikut suka hati korang nak buat bentuk apa.



korang rasa ni bentuk apa? bentuk piring tak sudah pun ada. lenkali kalau buat tempura ni aku nak buh cheese dalamnya, sukatilah kan, ini tempura chicken nuggetku.

Buh atas dulang yang sedikit bertepung supaya tak melekat.



Goreng dalam minyak yang banyak dan sederhana panas. Lepas goreng kalau nak frozenkan pun boleh. Masa nak makan baru goreng .



mantopkan tempura chicken nugget ku

meh ambik sorang sikit, upah nengok rancangan ni.



Bawak bekal ke opis

Tempura chicken nugget berbeza ngan nugget ayam. Nugget ayam kandungannya bukan 100% isi ayam, luarnya disalut ngan bread crumbs manakala tempura chicken nugget terdiri dari 100% isi ayam, luarnya disalut ngan tepung biasa je.


Bagi laluan pada iklan ye, ..........sehingga berjumpa dilain rancangan majulah sukan untuk negara...............

mode ; insap, sedih, tertekan, tension


Salam hari Jumaat , penghulu segala hari.


Syawal dah melabuhkan tirainya.Sekejap je masa berlalu, rasa baru je semalam kita menyambut 1 syawal . Eloklahkan tak de aku kena tengok makanan kat blog yang cite pasal open house. Motip geram, air liur meleleh nampak makanan.

Semalam aku ambik MC, sebab cherry berry yang tak henggat dari malam sampai ke pagi. Aku pun tak tahu makan apa sampai boleh jadi cam tu. Malas nak siasat apa puncanya, kang semua tauke kedai plak terbabit ye dak.

Lepas pegi klinik, saja bawak Firdaus naik komuter. Biasalah Firdaus kalau dapat naik komuter cam tak nak balik.......



Firdaus beli tiket . sekarang ni dia dah kena tiket separuh harga. Dia bagi kat aku tiket tu, aku masukkan dalam handbag, takut hilang , dia boleh mintak balik " mak bagi tiket cam sungai tadi", aku pun bagi. Rasa tak puas hati plak, aku tanya dia "apa yang sungai tu?, "ni kan kaler cam sungai, biru". Pelikan budak -budak boleh sampai ke situ.


Sampai Port Klang aku bawak dia ke Giant


Habis satu Giant aku legau , aku beli barang basah ngan kering sikit. Sampai dept jual makanan ringan cam keropok/ biskut firdaus jerit dari atas troli(motip dah besau baru nak naik troli) suruh aku stop , sambil tunjuk kuaci suruh aku beli katanya" hari tu along(merujuk pada anak pengasuh dia) makan kuaci sampai habis tak bagi Firdaus". Cian , aku pun belikan sepaket tuk dia.




Firs time belajar kopek kuaci sendiri


Muka happy sambil tunjuk gigi ada terselit isi kuaci.

Tetiba je bila Firdaus ngadu yang along makan kuaci tak bagi dia , naluri keibuanku tersentuh. Pasal dek kuaci tak kan aku nak marah Along . Bohonglahkan kalau aku tak terkilan. Dah ibukan , apa yang anak minta samada permintan tu kecik atau besar, kalau boleh semua kita nak tunaikan. Bila anak kita call , pertanyaan pertama yang kita tanya samada dia dah makan ke belum, tak kiralah panggilan tu  kita  terima tengah malam.

Aku ajar anak-anak aku bila makan depan kawan , kena pelawa atau bagi kawan sikit. Kerap aku ingatkan dorang rezeki yang kita ada ni bukan untuk kita seorang, tapi untuk dikongsikan sikit pada yang memerlukan. Alhamdulillah anak besar aku praktikkan apa yang aku ajar, biar sedekah tu hanya dia ngan Allah SWT je yang tahukan.

Berbalik cite pasal ibu, ibu samada baik atau jahat naluri keibuan tetap ada. Percayalah ibu yang buang anak tu pun ada naluri keibuan, sayangkan anak dia, mana kita tahu keadaan masa tu mendesak, dia buntu tak tahu nak buat apa-apa, tanpa sokongan sesiapa, apa yang dia boleh buat , syaiton plak memainkan peranan, maka tu yang terjadi kes buang anak tu.

Sebagai makpak kita kena ada sifat perikemanusian, jangan biarkan anak kita menghadapi saat sukar seorang diri. Makpak mana yang nak anak dia jadi cam tu. Jangan ingat anak kita tak akan menghadapi saat sukar cam tu, cuba bayangkan satu hari nanti anak perempuan kita jadi mangsa rogol, tak kan kita nak buang anak kita cam tu. Nauzubillahiminzalik, kita jangan cakap takbur.


Kejadian-kejadian cam tu aku dah tengok depan mata sendiri, masa tu yuyi sukarela jaga budak -budak perempuan berumur 14 tahun ke atas hamil luar nikah dan bekas GRO yang mak pak dorang tinggalkan dorang cam tu je sebab malu ngan umpat-umpatan orang sekeliling. Sanggup tu sayang orang sekeliling dari anak sendiri. Mana pegi naluri keibuan dorang tu, masa time anak senang , masa tu dapat hulur dorang duit banyak, bila anak dah cam tu sakit atau hamil campak cam tu je. mencik sangatlah bila makpak yang anggap anak lubuk buat duit.


Aku ibu gak, aku sedih bila dengar budak-budak tu ngadu pasal makpak dorang. Aku malu bila dorang cakap mak dorang tahu nak duit je. Sebagai ibu ko tak boleh syak atau curiga ke yang duit anak ko bagi tu banyak. Dari situ ko dah boleh agak perkerjaan dorang. Jangan nanti bila anak ditangkap polis, dia cakap selama ni dia tak tahu apa pekerjaan anak dia.



Cukuplah sampai sini je, makin banyak bercerita hati makin panas............. jumpa lagi rancangan masakan yang lain....................jangan lupa bukak chanel 12 tengahari nanti ye


Thursday, September 29, 2011

Jawab sms penonton,Penonton bertuah, model-model terkenal, manga?

Salam hari khamis...........


Bertemu lagi di rancangan ini buah mangga saya , anda boleh pandang je. Oleh kerana perut aku sakit hari ni , cherry berry dari malam tadi,sampai lutut pun terketak-ketak, keadaan kesihatan tak mengizinkan nak masak memasak. Maaf ye penonton-penonton semua tak de masak ngan resepi hari ni . Korang goreng je lah ikan masin makan ngan nasi.

Oleh kerana tak de masak-masak, aku jawab sms penonton bertuah je. Sila tepuk tangan tuk penonton bertuah kali ni........


tepuklahhhhh










Adik suri cik ina tak pernah letak baja dari mula tanam pokok mangga tu.Kalau ada pun najis ngan kencing kucing Alhamdulillah seperti yang cik ina beritahu Allah SWT sayang sangat ngan cik ina sebab tu pokok tu kerap berbuah.larikkkkkkkkkkkkkkkkkk

Harap Puan suri puas hati ngan jawapan cik ina ye.





Puan Rai



Puan Rai cik ina tak tahu mangga tu jenis apa .Cik ina beli pokok tu tahun 2005 kat pakcik kat rumah cik ina. Rega sepokok RM7. Pokok tu kerap berbuah. Masa beli pun cik ina tak tanya pokok tu jenis apa.


Harap puan rai puas hati ye ngan jawapan tu.



Aku tanam sendiri pokok mangga tu depan rumah berhampiran ngan longkang. Siram pun seminggu sekali, kalau rajin. Pokok daun pandan tu baru je aku cocok kat situ tak sampai 3 bulan.



Fresh from farm, ada 5 biji tunggu nak dituai. Kak ngah sila tutup mata letak tangan kat dada , kalau rasa tak boleh tahan .


Dah kupas sebijik pagi tadi.nyum nyum nyum rasanya lemak manis.


Buah mangga ni dah banyak mengunakan model-model terkenal , sila lihat ke bawah model sensasi lagi terkini tu,








Sesiapa yang berminat nak jadi model mangga sila submit form


Sesiapa yang ada berhasrat nak tanam pokok mangga dan nak dapat hasil buah mangga cam tu, awal-awal kena pasang niat bahawasanya pokok mangga tu rezeki dari Allah SWT , sesiapa yang nak mengambil dan makan silakan. Kena redha ye, sebab tu selama aku tanam pokok mangga tu hanya sekali je berlaku kejadian rompakan bersenjata terhadap buah mangga tu.


Sekian berjumpa lagi dilain rancangan..............aku nak pegi melabur jap.jamban




Wednesday, September 28, 2011

Saluran Media Prisma, Rancangan anda masak anak anda makan, sessi menjawab sms penonton

Salam lebaran kepada penonton yang menonton rancangan anda masak anak anda makan .Bertemu sekali lagi di saluran 12

Nampaknya sessi menjawab sms penonton tak dapat diteruskan, banyak sangat penonton yang menghantar sms maki kaw kaw sebab aku tercalon jadi ibu contoh cum mithali tahun ni.

Tak pelah nak wat cam mana kan susah nak puaskah hati semua orang. Ada budak sorang tu bengang punya pasal belimbing aku di katanya petai. cis nak sangat makan petai ke.kah kah.

Nasib baik Dylan sanders adik cameron diaz hantar sms yang buat hati aku sejuk. thanks dylan. Dia dah biasa tulis bahasa melayu biarpun lahir kat luar negara.


sms dari dylan

Sedapnya sambal kak ina tu, tergoda orang2 pulau indah :)

Promo..promo...

kak ina, bwklah firdaus pegi port klang cruise centre, pulau indah,ade the world’s largest floating book fair onboard MV Logos Hope dari 29/9 to 23/10. boleh lah kita jumpa nanti :)

Opening hours
Monday - Close
Tue-Sat - 10am to 10pm
Sun- 3pm - 10pm
Admission fee- rm1.00
Parking - rm3.00

Aku reply : Insyaallah kalau ada masa akak pegi.


Rancangan ni mengisi siaran tv 12 (cuba cari mana tahu rumah korang dapat siaran tu)Anda masak anak anda makan, peserta diwajibkan buh gambar anak sedang makan masakan yang korang masak tu.

Dalam rancangan ni aku pertaruhkan nasi goreng kampung je, sebab penontonnya banyak omputih mesti dorang tak biasa makan nasi gorengkan.



7 biji bawang merah kecik , kupas, basuh kemudian kisar sederhana halus.




cili kering 10 tangkai , kalau suka pedas tambah ye, kerat , basuh kisah halus.



Ikan bilis segengam , basuh, perah(perah jangan tak perah), kisar sederhana halus.



Tumiskan bawang kisar hingga naik bau, kecikkan api masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak. Jangan lupa masukkan ikan bilis kisar, kacau lagi hingga ikan bils sedikit garing, last sekali masukkan nasi yang dah digaul ngan sedikit garam. Kacau nasi hingga sekata ngan cili, sebelum angkat jangan lupa buh sehujung(ada ke penjodoh bilangan tu) jari pak aji naik kapal.(canggih sikit asyik moto je)



Juri sila ambik perhatian ini nasi goreng kampung. kalau boleh bagi markah lebih sikit ye.



Makan bersama telur goreng.



Penat tau aku nak suruh dia bergambar nak masuk rancangan ni, tengok tu gambar awal, habislah kalah cam ni, muka dia cam nak tunjuk nasi goreng tu sedap ke apa?



Lepas dah kena debik(acah mak laboh kalau debik langsung hampehh dia nak bergambar) pujuk pujuk kecek kecek, baru okey. doakan kejayaan mak ye kita gi honalulu sama-sama.

Yang bawah ni bukan rancangan Anda masa anak anda makan,tapi ni rancangan ini buah mangga saya, saya punya, anda pandang je. kah kah kah






Fresh from pokok depan rumah, oleh kerana hp ni tak boleh mencatat haribulan ngan pukul berapa gambar ni diambik aku letak sendiri ye

Gambar diambik pada : 28/9/2011 Rabu 7.30pagi

Sebenar aku nak beritahu satu rahsia pada korang, dah lama aku simpan, dah tiba masanya cam nak beritahu....Jangan cakap ngan sesiapa tau...... Allah SWT sayang sangat ngan aku sebab tu dia bagi buah mangga besar yek, larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.


Status blog

Untuk perhatian blogger yang baru nak menapak tu sabau ye perlahan -lahan , cik ina dulu naik rakit je , satu hari nanti korang dapat gak masuk rancangan TV cam cik ina ni.. kuang kuang kuang kuang.

Diary isteri-isteri contoh 2011, kak ros kena ambik tahu

Salam hari rabu.......................


Kak ros sila ambik tahu kat sini ada isteri contoh, tahun depan kena pastikan cik ina dapat pingat. Takkan bagi kat tuk rahim je. penat tau cik ina masak lengu lengas tiap-tiap hari . Baca dek kak ros mahu dibalingnya muka aku ngan kasut tumit tinggi 5 inci dia(tengah duk membayangkan kak ros ngan kasut tumit tinggi 5 inci).mesti anggun .


Kata diary kenalah ada turutankan...................


Balik dari opis , singgah gi kedai kat kawasan rumah beli barang dapur ngan barang basah,almaklum dari balik raya hari tu belum sempat membeli belah. Biasalah ahli politik kalau tak sibuk bukannya nama ahli politik.kah kah kah


Petang semalam tekak ni teringin cam nak melayan sambal sotong.keadahnya kalau dah menjelajah blog orang ada plak yang tepek masak-masak, mulalah hati ni tak tentu arah. Dalam otak ni mulalah balik rumah nanti masak itulah nak masak inilah. Kalau balik rumah ikut betul apa yang dirancang tu tak pelah, ada masa ye ye o je lebih balik terus makan kat kedai. cam ni pun bolehkan.

Petang semalam memang semangat aku kuat habis nak masak, korang bayangkanlah masa motor tengah merempit kat lebuhraya(biasalah suamiku kan mat rempit yg belum insaf), ku peluk erat pinggangnya sebab takut terpelanting sambil membisikkan ke telinga dia yang aku nak gi kedai beli barang balik nak masak. (romantiskan) .Nampak disitu betapa kuatnya semangat nak memasak.


barang yang wajib tayang ngan beli..............


Aku pastikan beli bawang merah kecik kalau nak buat sambal atau kuah asam tumis. Banyak orang yang cakap sama je rasanya bawang besar atau bawang merah kecik , tapi pada aku tetap lain , bila makan sambal orang lain aku kenal rasa sambal yang cilinya dikisar ngan bawang besar atau bawang merah kecik. terrorkan lidah aku ni. kah kah . bawang merah kecik pun ada banyak jenis, ada tu kulit cam tak berapa merah , tak berapa manis kalau nak dibandingkan yang cam kat atas walapun susah sikit nak kupas kulit.

Sayur cam biasalah wajib ada kalau time rajin. Aku goreng kacang panjang ngan bawang putih. Time goreng sayur aku kurang buh aksesori kereta ni, pada aku kita nak makan sayur dan nikmati sayur, tak perlulah ada perhiasan dunia tu.kah kah kah. membazir. Orang lain punya cara aku tak nak ambik port , aku selesa ngan cara aku, anak ngan suami okey je.


kacang panjang lebih kurang 2 ikat potong ikut korang suka basuh dan tuskan, 7 ulas bawang putih dihiris.


Pastikan time menumis jangan buh minyak segelen. Bukannya aku nak jaga badan tak nak makan minyak banyak, cuma aku tak berapa bekenan ngan masakan yang nampak minyak berkodi-kodi. Kalau aku dah buh terlebih minyak pun bila dah masak aku ceduk buangkan minyak tu. kembang tekak.

Pastikan menumis ngan api kecik, tumis bawang tadi sampai layu, naik bau dan kaler bertukar keperang-perangan.



Masukkan kacang panjang tadi masa ni api kena kecikkan lagi. Kacau hingga kacang panjang betul -betul empuk.Last sekali buh sikit garam sebagai penambah rasa. Masa nak angkat buh air sesudu supaya kacang panjang tak berapa nampak kering.


Jeng jeng kacang panjang goreng ngan bawang putih.

melayan masakan idamanku sambal sotong.


Sapa yang ada anak tak suka makan pedas tu janganlah buh cili kering banyak sangat.Aku blend 10 tangkai cili kering ngan 4 ulas bawang merah.


Sedikit belimbing masak balance hari tu sebagai penganti air asam jawa ngan hirisan sebijik bawang besar.


Adalah dapat dalam 8 ekor sotong hasil candatan kat kedai semalam.Buang kulit , basuh , hiris dan tuskan air.


Pastikan tumisan cili tu betul-betul mengikut speksifikasi pecah minyak, pecah minyak, pecah minyak jangan sampai hangit plak, cer sederhanakan api masa menumis tu. Cili dah pecah minyak masukkan belimbing buluh , penyek penyekkan, buh air sikit sebab tak moh sambal terlampu kering. last sekali buh sotong, hirisan bawang besar diikuti sikit garam , gula ngan pak aji naik kereta (sikitttt je).jangan masak sotong terlampau lama nanti liat cam tayar kereta plak masa makan.


Sambal sotongku yang menawan kalbu. jangan marah..............


Ingatkan nak goreng ikan kembung, malas plak tukar goreng telur dadar ngan bawang cincang.


biasalah model busyuk masam aku sorang ni. geram tau time nak ambik gambar kena ikut mood dia, kalau mood baik merasalah tengok senyuman lebau dia sampai ke pangkal telinga kalau tak cam nilah rupanya, nampak jari gebus je.





Sehingga berjumpa dilain rancangan jangan lupa hantarkan sms saya suka rancangan masakan bersama cik ina do do cheng di nombor 3221452.Terima kasih pada sapa yang mengundi. Kalau menang aku layak ke pulau Honalulu bulan depan.

Tuesday, September 27, 2011

0.5 grams ice ice baby, sapa racist?

Salam hari selasa................


Pagi tadi aku janji nak cerita pasal chayanunalif yang buat aku meroyan tu kan . ceritanya cam ni , petang semalam aku terima barang  dari  courier service.  Dari  luar plastik courier  tu aku dah  nampak ada sikit  cecair pekat keluar. Aku ingatkan proses pemeluwapan biasa(istilah sains tu). Aku pun rabakkan plastik tu ngan rakusnya(spesis kalau buka enbelop  memang main  rabak), jahanam 6 jahanam habis meleleh kat tangan aku ngan baju kena cecair CC $#% .

Tak senonoh tul  chayanunalif ni, dorang ni bodoh gak kekadang, boleh diisinya sample liquid dalam plastik kecik lepas tu distapler. bodoh ke tak bodoh korang rasa?kalau diseal pun okey lagi. Kalau kita nak hantar sample liquid guna courier sevices  kenalah bubuh dalam  botol yang penutupnya ketat.

lepas je tangan aku terkena lelehan benda hancing, tak agak-agak aku capai hp call chayanunalif tu pung pang pung pang , tak sempat dia menjawab, aku matikan call. Puas hati aku dapat melempiaskan nafsu serakah marah chayanunalif tu , tak kisahlah tangan bau hancing pun.,

Bila aku cakap ngan bos (chayanunalif ) pasal tu

bos : tak pa tak pa , dia tak tahu.you kasi lap , lepas tu kasi photostat.

aku(dalam hati) : sifiyalfal tak tahu, anak aku 6 tahun pun tahu isi air dalam pelastik kasi stapler, air boleh tumpah.

racist ke tak racist cuba aku yang buat cam tu

bos : you tak guna common sense ahhh ahhh.cam ni malulah saya.

Masa tu baru typing error je.




Paket plastik tu kalau ko isi ice ice baby tak pe gak , boleh gak sedut sepam dua pam ngan ngan HKL tengahari ni. Ini tidak air kencing pekat hancing tu dia kasi. Lantak ko kak limah ambiklah sample tu.



Dekat nak 20 helai dokumen lencun kena CC &&%. bau hancing kencing anjing/kucing/musang macam-macam hewan kecing hancing. nampak tak otak aku dah kena jangkitan CC $#%



Kerna terpaksa aku lap sehelai demi sehalai ngan tisu lepas tu sidai kat meja pantry. Bila semuanya dah agak kering, aku gi photostat.

Beginilah nasib diri ku malang oh tuhan. cam tu lah keja ngan chayanunalif. Diskriminasi tu dorang yang ujudkan dulu. Bodohlah kalau sendiri tak boleh nak faham. Aku tak berapa minat nak sentuh bab racist meracist ni(sedap gak bila gabungkan bahasa melayu ngan englishkan, kah kah) ,nanti ada plak yang hentam aku tak open minded. Sapa cakap yang kita ni tak open minded, ramai je kawan -kawan kita masa sekolah sampai sekarang ni berbilang bangsa cuma yang geram ada segelintir dorang tu cuba nak berdiskriminasi(gabungan lagi tu). Kebarangkalian untuk pekerja gomen di diskriminasi oleh bangsa lain kureng sebab kebanyakan pekerja gomen orang kita.



Soalan objektip sejarah (jawapan anda dirahsiakan bagi mengelak pertikaman lidah sesama sendiri tak pun dibaling telur busuk


Adakah anda pernah menjadi mangsa diskriminasi chayanunalif atau kapyalamyanga.

A) pernah

B)tak pernah

C)nyaris kena

D)dah dekat nak kena


kalau jawapannya A nyatakan bentuk diskriminasi tu.

Kalau rasa soalan ni terlalu sensitip nak dijawab , cakap je anda suka filem mamat khalid. kah kah kah.


Status tuan blog ; mood senyum


1) mamat khalid nak belanja tengok wayang kat Ipoh. "abang mat jangan lupa beli dua tiket tau , tuk suami cik ina sekali".

2)suami cik poziah Datuk rahim mak pak hantu kak limah, dapat pingat(rahsia) dari DYMM Sultan Mizan hari ni. Pesanan buat mak pak hantu kak limah "jangan lupa noh saat -saat manis kita berdua makan maggi pedas kebabom kat cafe bawah pokok ko tu".Sapa nak ucapkan tahniah kat kak limah masih belum terlambat.

Reunion, KFC

Salam hari selasa.................


Apa khabar atuk, nenek, pakcik, makcik , adik, akak ngan abang semua? Cam mana mood pagi ni? okey tak? aku okey je petang semalam je k.o, ada sorang makhluk cifinafa buat aku marah sampai tak hengat, pasal apa lepas lunch cite ye, tak nak spoil mood pagi nan indah ni .

Berbalik ke agenda asal, nak cite pasal salah satu makanan peberet Firdaus ayam goreng KFC. Cadangnya nak makan seafood, oleh kerana suami dah terlepas cakap nak makan KFC kat Firdaus, sepanjang hari dia ingatkan aku suruh bawak dia gi KFC.


jangan ada yang berani nak gigit jejari gebus tu tu,silap-silap kena tumbuk. Aku dah kena , sebab tu aku pesan awal-awal.


wajah-wajah gembira dapat makan ayam goreng KFC.



Aku tak berapa berkenan ngan air gas, selalunya aku ambik air mineral atau minuman panas. Tak tahanlah minum air gas terutama kat restoran fast food cam ni tangkap dada je aku rasa. Kalau minum pun tak sampai separuh cup .



Firdaus makan nasi ayam , biasalah nasi ayam versi sambalnya tetap cili sos dalam botol.



nasi ayam ada sup dia pun nak bersup. rasa sup cam ehem ehem ehem.



kentang cheese , nama apa yek,aku lupa plak.


tersalah order plak, jangkanya nak order yang dua ketul snack plate, cokik je lah.


Habis makan kat mana-mana tempat makan , jarang aku nak lepak lama, hari tu plak rasa nak sembang -sembang ngan suami.

Aku : awak tahu tak saya first time makan ayam KFC masa form five, awak plak bila?

suami : samalah , first time form five , lepas tu belajar skit -skit makan kat A&W.

Aku : Selalu dengar kawan hostel cakap ayam KFC tu sedap. Hari minggu kebetulan keluar hostel berkumpulan gi rumah kawan kat bangi , lalu depan KFC jalan taiping klang, masa tulah kawan pujuk makan. KFC . KFC punya pasal saya tibai yuran asrama.first time makan memang menjilat jari. tinggal tulang je.

suami : cam sedap sangatkan first time makan, cuba sekarang cam tak heran dah.

Aku : KFC punya pasal , tak bayar yuran. sijil SPM kena gantung. tak pedulik janji dapat makan.

suami : saya pernah keja part time kat KFC tu.

Aku : ye ke, saya part time keja kilang je. budak sekarang untungkan kecik lagi dapat makan KFC.


cam ni baru reunion refresh kisah -dolu-dolu. Lenkali aku nak reunion ngan suami je lah. Ada gak orang yang tak suka nak ingat balik kisah dolu-dolu terutama kisah duka boleh menyesakkan dada katanya. Aku lain plak setiap kali mengingati kisah dolu-dolu, mood happy je sepanjang hari , otak plak rasa cergas..

Alangkah bahagianya kalau masa boleh berputar , aku nak gi ke zaman silam , tak kisahlah biarpun zaman tu aku hidup susah. Aku dah rindu sangat ngan arwah mak, abang , ngan adik -adik.Terlalu rindu hingga dorang masuk dalam mimpi aku semalam.


baik korang cakap bila start korang makan ayam KFC? kalau tidak jangan harap dapat main batu seremban ngan aku.



status tuan blog blog : mood ; happy


1)  Angelina Jolie sebut blog ni dalam twitter- Gedek jangan jeles , ingat yuna je makcik ada angelina jolielah.


2)  Nopija bagi sibeniar key chain dari Labuan.Thanks nopija.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina