Monday, October 31, 2011

Goyang gerudi Inul, kek pisang, rojak, rojak

Salam hari senin.....................


Jumpa sekali lagi, jangan jemu ye. Tadi ,aku tergelak sorang-sorang,  baca cite siFazz  pasal hubby dia lempau botol jamu yang dia minum, gara-gara jamu tu buat  dia tak sedap perut.

Mula lah aku teringat sewaktu waktu dulu, sewaktu petang lepas balik dari ofis , aku ngan kawan ditumpangkan tuan haji (rakan sekerja), masa dalam kereta aku nengok tuan haji duk ralit melayan cd inul tengah berdangdut, aku duk kat belakang, nampak terang-terangan dia melayan sambil bersiul -siul girang.kui kui kui

Tanpa membuang masa sampai je pekan , aku ajak kawan gi cari cd inul tu.Apa lagi projek time suami aku tak de, aku ajak yuyi nengok cd inul. Habis tu dah riang ria di hari raya terlupa nak keluarkan cd. Time suami aku nak nengok cd pancing, dia ternampaklah cd tu, lutut aku dah ketak,dia pandang aku, hambek ko sampai ketengah rumah dilempaunya cd tu. Aku ngan yuyi bantai gelak , gigih boleh kutip cd tu lagi.

Suami aku memang pemantang sikit dangdut dangdut ni, dia pun pelik kenapa aku boleh beli cd tu.Habis tu aku nengok tuan haji duk ralit, teringin gak aku nengoknya.Habis masa tu ketiak inul basah time berdangdut.

Dangdut dah habis ye, gi masak...................




Subuh tadi wat kek pisang buh pisang abu-sila percaya, main bantai janji ada pisang dah namanya kek pisang ,ye dak. Jangan korang bantai pisang kari udah.kui kui kui



tedap tau kek pisang ni.

Resepinya
1)150gm tepung naik sendiri
2)150gm butter
3)120 gm gula castor
4)2 butir telur
5)3 biji pisang berangan - suka hati korang nak ramas atau lenyek .
6)sedikit essen pisang

Cara membuatnya

Putar majerin ngan gula castor hingga kembang, masukkan telur sedikit demi sedikit, kemudian putar lagi. Selepas itu masukkan tepung naik sendiri ke dalam adunan berselang seli ngan pisang yang dah dilecek. Kaup dan balikkan ngan senduk.Akhir sekali masukkan sedikit esen pisang, Gaul sebati. Lengserkan tin pembakar .Bakar selama 30-40 minit suhu 180 darjah celcius.

Lauk semalam, masak simple je, nak keluarkan ikan kerapu yang beku tu malas, petang ni kot baru nak masak, pagi tadi aku dah stand by turunkan ikan ke peti ais belah bawah.



Boleh, sawi hongkong plus kobis, kalau nak mencampur tolak kena ikut kesesuaian gak.
Simple je, sayur disiang basuh dan tuskan. Tumis 6 biji hirisan bawang putih, biar sampai layu dan naik bau, kecikkan api, masukkan sos tiram, last sekali masukkan kedua sayur tu , kacau kaup balik, sebelum angkat jangan lupa buh sedikit air. Tak perlu buh garam sebab sos tiram dah cukup masin.



part ni aku malas nak tepek resepi, dah dekat 5 kali aku tepek, korang ambik je resepi kat sini ye.



Budak yang bahagia dapat makan nasi..........




Lepas makan dia mengacau aku yang sedang melayan blog. Aku tergelak sampai pecah perut , ada ke dia suruh aku call nombor yang kat atas tu, katanya nombot tuhan. Jangan ada yang berani nak ambik nombor tu ye, buat beli nombor. Aku babab kang.



Selamat menjamu selera ye.

10 panduan yg harus kita tahu

Salam hari senin.....................


Selalunya aku cerita pasal masak -masak ngan resepi kat sinikan , hari ni aku tepek panduan penting bagi orang yang nak tahu, kalau yang tak nak tahu tu, baca je boleh , aku paksa ni.kui kui kui . Subuh tadi aku ada wat kek pisang, resepinya tengahari nanti ye.


panduan penting tu ;


1)Jika telur yang kita gunakan telah disimpan dalam peti sejuk, sebaiknya kita kena pisahkan telur putih dan kuning telur, kemudian biarkan pada suhu bilik selama 20 minit.Putih telur yang dipukul akan kembang 3 kali ganda.

2) Jangan gunakan bekas plastik sewaktu memukul putih telur kerana plastik akan menyerap lemak dan putih telur tidak kembang. Jika nak memukul putih telur ngan gula, kalau boleh bubuhkan gula sedikit demi sedikit.

3) Jika putih telur sudah kembang dan adunannya tidak jatuh daripada pemukul, jika diangkat sebaliknya berhenti memukul.Kalau diteruskan memukul putih telur akan jadi cair.

4) Jika putih telur terlebih pukul, ia tidak akan sebati ngan bahan-bahan lain jika dicampur dalam satu bekas, contohnya mentega , tepung dan gula.

5)Untuk membuat tepung naik sendiri-Campurkan empat cawan tepung gandum , dua sudu kecil garam dan dua sudu kecil serbuk penaik.Ayak dan simpan dalam bekas.


6)Jika mengunakan mangkuk kaca untuk membakar kek, suhu hendaklah diturunkan sebanyak 25 darjah celcius.

7)Campuran dua cawan tepung jagung ngan satu cawan tepung serbaguna gak boleh dijadikan tepung kek.

8)Biasanya kita guna kuning telur untuk disapu atas pai, tetapi perlu kita tahu , mengunakan putih telur warna yang terhasil lebih cantik.

9)Untuk mengetahui kesegaran telur, rendamkan telur di dalam air sejuk yg bercampur garam.Kalau telur itu timbul itu bermakna ia tidak segar.

10)Kalau nak dapatkan putih telur yang elok dan mudah kembang bila dipukul, gunakan bekas yang diperbuat dari tembaga.Ini kerana tembaga akan bertindak balas ngan albumin dalam telur.




Selamat membaca, jangan lupa tekan butang like di page masakan air tangan bonda ye. Tima kacih.






Sunday, October 30, 2011

Bumi mana yang tak ditimpa hujan , muffin coklat chip

Salam hari minggu......................



Hari ni aku lambat bersiaran, ada benda yang nak diuruskan. Walaupun ada benda yang nak diuruskan, blog ni tak akan aku abaikan,kecuali kalau tak de mood. Aku sayang blog ni cam aku sayang diri sendiri. Blog ni banyak bagi aku semangat dan idea. Selain dari suka update blog, aku suka baca blog rakan alam maya, rakan alam maya sedikit sebanyak jadi penyumbang terbesar dalam memberi inspirasi dan semangat tuk aku meneruskan kehidupan ni , selain dari family tersayang.Tanpa rakan alam maya blog ni tak bermakna. Aku amat menghargai kunjungan rakan alam maya ke blog aku yang tak seberapa ni. Terima kasih, aku menghargai setiap kujungan dan komen korang semua.

Tak semua blog yang berkunjung dan meninggalkan komen kat sini, dapat aku jejak ngan kadar segera atas sebab komitmen aku pada kerja di ofis dan rumah. Apa yang pasti, bila ada kelapangan aku kunjung satu demi satu, aku janji, InsyaAllah.Kadang-kadang aku risau gak, takut ada blogger yang cap aku tak mesra alam(sombong), manalah tahu ada yang tak berapa paham situasi isteri yang bekerja cam aku ni. Setiap hari sampai rumah pun dah dekat pukul 7 malam, kat opis plak tak boleh lah nak ngadap blog 24jam dan hujung minggu plak kena beri keutamaan pada family, ada sisa-sisa masa yang terluang tu, barulah dapat menjengah blog korang. Diharap korang semua faham ye.


Petang semalam aku buat muffin coklat chip sebab nak habiskan baki coklat chip ngan coco powder raya lepas. Kalau tak habiskan, sayang plak, takut expired. Anak-anak ngan suami aku ni, boleh layan muffin ngan kek yang berasaskan coklat , yang lain kureng sikit. Biasalah mak mak cam kita ni kalau buat barang makan jarang ikut tekak sendiri, pada kita kalau anak -anak ngan suami suka makan , kita yang nengok merasa kenyang. cer cakap, betul tak?


Kat rumah aku tak de alat penimbang, aku guna mesurement cup, tengah main kutu lah ni nak beli penimbang kui kui kui.



Ni dia measurement cup, kat umah aku tak delah cam ni, habis tu tak reti-reti , kalau dah pinjam kat google, mestilah copy paste yang cangih-cangih.kui kui kui


Aku guna benda ni gak, pyrex ni kalau beli mesti mahalkan-tima kacih google merealisasikan impianku. kui kui kui

Mula -mula kita sediakan 2 bowl, kalau nak wat muffin tak payah guna mixer, sebab muffin tak perlu diputar kuat, hanya dikaup balik secara perlahan.

Setiap manusia mana ada yang tak pernah buat silap, termasuk aku, resepi ni okey, yang silapnya cuma terlebih manis, aku kalau ngan manis memang x kan. Pada korang mungkin tak manis kot.



Bowl pertama


1)Self Raising Flour 1 1/4 cup = 250 grams tepung gandum + 1 sudu besar baking powder diayak.(aku guna self raising flour balance raya)
2)coco powder 1/2 cup diayak
3)coklat chip 1/2 cup
4)castor sugar 1 cup- pada aku manis, korang boleh kurangkan jadi 1/2 cup
5)sedikit garam


gaulkan semua,ketepikan.



Bowl kedua

1)butter 1 cup cair + fresh milk 150ml + telur 3 biji + sedikit essen vanila putar guna handwhisk.



Curahkan bancuhan bowl kedua kedalam bowl pertama, sambil kaup balik ngan sudip secara perlahan.


Rehatkan adunan sebentar, kemudian sudukan(aku guna scoop ice cream) kedalam paper cup .Panaskan oven suhu 180 celcius.


Bakar selama 20 hingga 25 minit.




Muffin coklat chip ni, kalau suka boleh tambah kacang walnut atau almond(dicincang) sangrai/bakar.


Selamat mencuba ngan jayanya.

Saturday, October 29, 2011

Roti jenama dan tak berjenama.Roti tak berjenama masih ada pengemar

Salam hari sabtu............................

Hari ni aku nak cite pasal roti. Kat Malaysia ni berlambak jenama roti macam cendawan tumbuh selepas hujan, tapi masih ramai lagi yang memilih roti tak berjenama , termasuk aku. Kalau diberi pilihan bun cream roll & inti berjenama aku pilih tak berjenama, sebab intinya sedap dan creamnya mewah dan banyak, puas makan.

Memanglah cara pembuatan roti tak berjenama diragui dari segi kebersihan dan satus, sebab kebanyakkannya dihasilkan dari kilang yang tak diiktiraf, tapi tak kira nak gak.Roti putih tak berjenama terbaek lembut, kalau dicicah kopi sedap. Semalam aku terlaser ngan kawan opis R&D Italian baker yang menghasilkan roti massimo, boleh plak aku suruh dia tiru cam roti tak berjenama tu. Hambik ko, siap dia jeling,sengih -sengih pada aku.


Kat Port Klang ni ada satu tempat yang menghasilkan roti tak berjenama, ujud dari aku belum lahir lagi, tauke roti tu plak dari dulu beli tepung gandum dari kilang tempat keja , roti dia jadi pilihan aku forever.

Jeng jeng ni lah bun cream roll kaya majerin.sedap.


Bun kaya dia pun sedap, murah plak.





Firdaus menunjukkan cara yang betul makan roti.kui kui kui.nakal dia ni.



Ngap , nyum nyum sedap


jom tengok breakfast yang aku buat pagi semalam.Senang, mudah dan cepat sesuai tuk isteri yang bekerja tapi masih nak jadi isteri mithali cam aku.kui kui kui.jangan marah.


Roti gardenia-maaf menderhaka kat massimo.kah kah kah


Campurkan dalam mangkuk kecik, 1 labu bawang besar dipotong dadu, sedikit kicap cair, mix herb(kalau tak de pun tak pe) ngan black pepper.



Curahkan dan 4 biji telur yang sudah dikacau kedalam campuran tadi .


Aku guna tuna mayonise, kalau suka boleh gak tukar sardin( prepare cam kita buh dalam sandwich roti).

1)Lengserkan tray pembakar ngan majerin
2)Sapu permukaan roti ngan majerin/butter
3)sapu tuna mayonis atas permukaan roti tadi .
4)lipat dua, kemudian celup ke dalam bancuhan telur tadi(kalau bawang tak melekat kat roti , masa bako , tepek je bawang tu kat atas roti).susun atas tray sedia tuk dibakar.



Bakar dalam suhu 170 celcius, api atas bawah selama 25 minit-tengok kesesuaian oven sendiri ye.Kalau rasa nak balikkan roti , dipersilakan ye.Masa roti tengah dibako tu, pegilah mandi atau buat keja apa yg patut, kan jimat masa.


Jeng jeng roti tuna bako dah siap, sedia tuk dihidang .Abaikan roti yang ala ala garing sangat tu. kui kui kui


Sebelum berundur, rakan-rakan semua sudi-sudikanlah , tepek , kongsi resepi tuk pembaca dipage masakan air tangan bonda ye.Kalau baik hati tekan like je.kui kui kui silalah ye...............Terima kasih.


Friday, October 28, 2011

Jintan manis jintan putih bahan perapan yang best , ayam pangang /bakar sedap.

Salam hari Jumaat.................


Balik keja petang semalam, cam teringin je nak wat ayam bakar ,dalam otak ni teringat bumbu perapan sate, aku pencinta sate, sekarang ni susah sangat nak cari sate yang menepati citarasa , semestinya yang cukup bumbu, yang banyak sekarang ni sate yang rasa manis semata. Sate tanpa jintan manis, jantan putih lengkuas, serai , halia , kunyit hidup ngan gula merah rasanya tak lengkap sate tu....Aku minat sangat ngan bisnes sate, sebab tahun 90an pernah berkecimpung dalam pembuatan sate ngan kuah sate masa diAyamas.nostalgia.




Semalam aku perap sekor ayam, oleh kerana aku teringat sate, maka aku buh sedikit jintan manis ngan jintan putih kisar. Bahan-bahan lain 3 ulas bawang putih ngan seinci halia kisar, sedikit sos tiram , madu,  rempah kari dan serbuk lada hitam.



Gaul semua bahan dan perap , kalau boleh perap semalaman, lagi sedap.




Terpulang pada korang samada nak bakar atas dapur atau oven.Bakar hingga ayam masak sepenuhnya.



Jeng jeng sedap sedap sedap, suami yang kata.

Lauk sampingan goreng sawi hongkong ngan sos tiram.



Sawi hongkong ni sedap , rasa manis.



Lauk sampingan sambal mangga perah lemon juice, makan kulit lemon tu sekali tu wangikan badan.kui kui kui.







Budak yang tak sabau nak makan nasi sebab tengahari makan mee je.

Setiap kali hari Jumaat aku gembira bukan kepalang,, sebab esoknya hari sabtu, aku tak kerja , Firdaus mesti suka. Celik je mata

Firdaus : mak tak keja hari ni?.
Aku : tak , kenapa? suka mak tak keja ke?
Firdaus : suka
Aku : Firdaus sayang mak?
Firdaus : sayang.
Aku : kenapa sayang mak?
Firdaus : mak masakkan makanan tuk Firdaus
Aku : sebab itu je?
Firdaus : itu je lah.

Sabau je lah pasal masak makanan je sayang kat aku .kui kui kui

guna akal fikiran atau logik akal dari ikut membuta tuli, step by step kek coklat

Salam hari Jumaat....................


Bertemu lagi dihari Jumaat penghulu segala hari. Sebelum aku bercerita panjang lebar tentang kek coklat, aku nak ambik sikit masa korang, untuk luahkan ketidak puasan hati aku pada sorang budak kat opis ni . Dah lama sebenarnya aku nak luahkan, tapi belum ada masa yang sesuai, rasanya hari ni lah masa yang sesuai, kebetulan petang semalam dia ngadu, putar cream cheese tak kembang gara-gara aku salah bagi resepi.


Resepi yang aku bagi , cream cheese diputar ngan 50 grams gula castor, dia bantai putar ngan 1 cup gula castor (250grams) dah lah salah tengok resepi, berani plak nak menuduh orang salah bagi resepi.Aku bukanlah jenis orang yang boleh terima teguran, tapi kalau teguran jenis cam tu, kucing tidur pun terbangun. Pandai ambik resepi , kalau dah salah tu, datanglah secara elok bertanya, aku pun tak hangin.Fikirlah ngan logik akal, kalau betul aku buh salah resepi pun, yang ko membuta tuli ikut sapa suruh, ikut logik akal cream cheese 250 gram putar ngan gula lebih dari 100 grams memang tak akan kembang, turun adalah.

Awak tu belajar tinggi ada degree ,keja pun bahagian bakery, tak kan tak belajar teknik dan basic tu semua nak banding ngan aku yang belajar setakat SPM je. Masa ikut resepi kita, menjadi tak de pun nak ucap terima kasih, bagi rasa jauh sekali, bila resepi tak menjadi, kita plak dilasernya.  Ingat dalam kepala hotak tu, sampai bila-bila, 250 grams cream chease tak boleh kembang atau gebu ngan cantik jika diputar ngan lebih dari 100 grams gula castor.

Masa dia cakap ngan aku tu, aku urut dada je, buat bersabau, kalau ikut hati, nak je aku b***hkan, tapi malaslah sebab kat opis.Mulut aku ni kalau bagi sedas mahu tepat kena jantung, takut dia terus pengsan kat situ. 2 minggu lepas dia ngadu cheese tart dia tak jadi, ikut resepi aku, beberapa hari ni dia melompat cam monyet, katanya cheese tart dia dah jadi, hari tu tak jadi sebab dah salah cara , gara-gara tak baca resepi aku sampai habis.

Aku tak faham jenis-jenis manusia cam ni, dah disuap ke mulut,  banyak plak  ragam ngan keranahnya. Teringat plak semalam, aku ada terbaca komen sorang perempuan , umur lebih kurang 30 an dalam satu page masakan , bunyinya cam ni

"Saya ambik resepi bubur jagung kat sini , semalam saya buat bubur jagung , ikut resepi tu, manis sangatlah , kalau nak bagi resepi janganlah main-main".


Nak ketawa pun ada ngan komen tu , umur bukan muda lagi, bubur jagung termanis salahkan orang yg bagi resepi. Bukan ke, kalau kita buat bubur jagung tak kisahlah waima apa jenis bubur yang mengunakkan gula, lidah kita sendiri yang kena rasa . Kalau cam tu dalam resepi suruh buh seguni gula, kita buh seguni ke? Fikirlah logik sikit , Allah SWT dah kurniakan akal fikiran , gunakan lah ngan sebaik mungkin.Kita yang bagi resepi berniat ikhlas nak membantu sesama manusia, kalau dah cam tu keranah manusia, takut niat kita jadi tak ikhlas plak.


Maaflah terpanjang skit ceramah pagi ni , jom layan kek coklat seperti yang dijanjikan semalam.


Sediakan 2 bowl


cairkan butter 200 gram


Sukatan aku guna cup cam dalam gambar.


Bowl pertama ;

campur 1 /1/2 cup tepung naik sendiri ngan 1/2 cup coco powder(yang diayak terlebih dahulu) ikut logik ye, kalau guna salted butter cam aku guna ni tak yah buh garam, kalau guna unsalted, buh lah sedikit garam .


Bowl kedua ;

Resepi ni aku guna logik akal, kalau guna coco powder , nak  sedap kena  tambahkan  fresh milk ke dalam adunan sebaliknya kalau guna cooking chocolate tak payahlah tambah fresh milk, sepertimana yang kita ketahui cooking chocolate rasanya dah memang lemak berkrim sebab kandungannya memang dah ada milk.

berbalik pada bowl kedua ye, handwhisk butter cair + telur 3 biji, gula castor 1 cup + 100 ml fresh milk + sedikit essen vanilla.




Curahkan bahan dalam bowl pertama ke dalam bowl kedua, handwhisk hingga adunan sebati.


1)Terlebih dulu panaskan oven 170 celcius
2)sediakan loyang atau springform pan yang dilenserkan ngan majerin

Kalau tak suka bakar, kek ni pun boleh dikukus, pastikan tutup loyang ngan alumnium foil supaya tak masuk wap.

Bakar selama 30 minit-kena tengok keadaan oven masing-masing ye, jangan plak dah kek dah dekat hangus,oleh kerana ikut resepi aku 30 minit , bantai biar sampai 30 minit. sila ikut logik akal.


Sedikit merekah abaikan , nanti kalau dah make up, cantiklah dia. Biarkan kek sejuk.

Step nak buat topping.


Dalam periuk 1/2 cup coco powder(yang dah diayak ) +sesudu besar butter + plus 100 ml fresh milk(nak memberi rasa lemak pada topping sebab kita tak guna cooking chocolate-ikut logik akal ye) + castor sugar 1/2 cup dikacau perlahan guna api sederhana, hingga sebati da berkilat.



Topping yang akan dicurah atas kek.




Tak menyabar terpotong dulu plak sebelum ambik gambar.Kalau nak lebih cantik , taburkan chocolate rice atas topping.





Cubalah , sedap, budak-budak suka.


Teringat peribahasa "TAK PANDAI MENARI JANGAN SALAHKAN LANTAI TINGGI RENDAH"


KEJAYAAN ADA LAH  HAK MILIK SETIAP INSAN-SILA PERCAYA









Thursday, October 27, 2011

Cleaner, sapu sampah bagai cum tea lady.

Salam hari khamis.................

Hendaknya panas sampailah kepetang, kalau nak hujan , biarlah malam, semoga Allah SWT makbulkan permintaan aku ni. Kain baju kat rumah tu banyak yang tak kering, cam mana tak kering sebab tak sidai lagi.Ampun jangan marah ye, tak sempat nak sidai pagi tadi, dah lambat.

Korang semua tahukan kat opis ni aku keja cleaner , selain cleaner aku gak tea lady. Kurang ajarkan tea lady sekarang sempat lagi berblog.kui kui kui . Berpuluh orang visitor/suplier dah merasa coffee buatan tangan aku. Setiap bangsa ada citarasa masing -masing dalam memilih coffee, bangsa cina suka coffee yang sedikit pahit dan kurang manis sama ngan omputih, bangsa bla bla nanti ceritalah, nak cite pendek je ni.

Aku tak delah sehebat suami , kalau nak dibandingkan bab bancuh coffee. Aku pun banyak belajar dari dia, dia dah biasa buat air kat cafe(cam bagus-baguskan)  MIL, semua jenis minuman panas dia pandai sediakan.



Air Coffee yang sedap, coffeenya terasa , berorama dan kalernya sedikit kegelapan..

Mula-mula sedikan dua biji cawan bersama alas sekali. Cantikkan cawan kat ofis.



Nak air coffee yang sedap tak????? Kacaukan nescafe ngan susu hingga sebati( macam buat kek plak) nampak cam dah sebati, curahkan air yang cukup mendidih.Kalau air tak cukup mendidih kang nampak je berbuih-buih timbul.



Tak payah nak rasa-rasa, Kalau air nescafe nampak pekat itu menandakan dah cukup manis dan sebaliknya, tak nampak pekat ngan mat kasar, tembok guna sudu cam aku buat dalam gambar kat bawah.




Tentang kek coklat InsyaAllah malam ni aku buat lagi, akan aku tepek resepinya, mana boleh lupa pada korang semua, aku tak suka kedekut -kedekut ilmu, biar susah sama susah, bila senang aku sendiri, larikkkkkkkkkkkkkk sebelum korang bengang.



Berjumpa lagi lain hari dan waktu, diharap segalanya di sini dapat dimanafaatkan bersama.InsyaAllah.





TEMBOK maksudnya témbok); menembok menyejuk­kan air panas dll dgn mengacau-ngacaukannya (menuang-nuangkan ke bekas lain).

tembok tu perkataan diiktiraf tu, takut ada yang tak faham. kui kui kui
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina