Thursday, January 26, 2012

kalau nak tanya tu agak-agaklah , aku bukan JAKIM--sambungan riang ria di Gong xi fa chai

Entah kenapa semenjak kebelakangan ni mood aku nak berblog semakin pudar, bertambah pudar lagi bila ada beberapa pengomen yang bangkitkan lagi isu status halal beberapa produk syarikat  aku bekerja, ia menjadi topik perbualan hangat di facebook sekarang ni, kata pengomen tu. Tak sangka lepas kecoh isu roti massimo, kecoh plak isu produk yang lain, sekiranya isu ni tak dibendung mau berlarutan, motip jeles vs dengki : )

Aku sebenarnya malas nak menyuarakan isu ni, tapi bila ada pengomen masih tak faham ngan pendirian aku , masih lagi nak bertanya pasal isu tu, mula lah aku bengang. Buat pengetahuan pengomen tu , aku tak tahu pun tentang isu pasal produk syarikat  aku bekerja tu kat facebook, nak update blog pun tak de masa, inikan pula nak melepak kat facebook, lucu plak bila pengomen tu tanya kat aku.

Hari tu aku dah bagi tau kat sini , tak baca ke ? kalau boleh aku tak nak ambik port pasal halal haram produk syarikat aku bekerja, kalau rasa tak puas hati pegi tanya pihak JAKIM sendiri, status produk-produk tu semua. Buat masa sekarang ni dan masa akan datang , banyak lagi perkara mustahak yang aku kena ambik berat dan fikir  terutama hal family, bukannya hal status produk tu semua ,serta hal yang lain-lain.

Kalau nak bertanya , sila pastikan dulu pertanyaan tu masuk akal , tak de lah aku kena fikir 100 kali nak cari jawapan, kang silap haribulan jawapan tak dapat , aku plak hangin satu badan.kui kui kui, contohnya pengomen tu tanya status produk minyak sri murni, buat pengetahuan korang syarikat aku bekerja tu hanya pengedar minyak sri murni dan beberapa produk yang lain. Sila baca label kat botol minyak sri murni tertera pengedarnya FFM marketing. Kalau was-was  status  minyak sri murni  tu pegilah tanya kat pengilang minyak  sri murni atau pihak JAKIM.

Bak kata suami aku minyak babi tu mahal, tak sebodoh tu peniaga makanan bangsa cina nak bubuh minyak tu dalam masakan dorang. Kalau rasa ragu ngan status sesuatu produk, tak payahlah makan, ye dak. Tak payahlah menjerit-jerit kat laman sesawang ngan facebook, tak mendatangkan hasil langsung, tak tahu lah  motip  dorang nak kecoh pasal produk syarikat  aku bekerja  semenjak dua menjak ni ,  dorang lupa ke  syarikat yang menghasilkan produk ni dah lama bertapak kat Malaysia, sejak tahun berapa korang google sendiri tak pun pegi ke website ni.

Kat dalam malaysia ni apa barang yang orang cina tak buat, sampai kicap pun orang cina buat, produk orang melayu boleh dibilang ngan jari. Kat pasar rata-rata orang cina yang berniaga. Terserahlah pada kita sendiri samada nak beli atau tidak. Daripada kecoh sana sini status halal haram , rasanya lebih baik kita fikir cara nak naik taraf peniaga melayu , nak majukan bangsa dan negara, cam mana nak buat kilang sendiri hasilkan tepung , minyak roti serta semua produk makanan orang melayu ye dak, masa akan datang boleh gak anak-anak kita bangga ngan kejayaan datuk nenek mereka. Kalau rasa tak mampu nak majukan bangsa dan negara, majukanlah diri sendiri dan keluarga, jangan sibukkan diri  nak lambakkan dosa ngan menyibuk hal orang lain .kah kah kah kah

Naik malas cite yang tak mendatangkan hasil tu, kang kalau tak explain dorang  tanya  lagi soalan yang sama kat aku, susah melayan orang yang tak paham bahasa ni . Okey last kopek cite riang ria Gong xi fa cai kat rumah MIL malam sabtu lepas. Selain dari berjimba-jimba ngan familiy, aku ngan anak -anak dapat angpau dari MIL,dapat angpau tak pe , jangan dapat penampau.kah kah kah

Anak-anak aku ni ober the river nak pakai baju merah, suami aku relax je pakai baju hijau, bangsa cina ni pantang kaler hitam je, lain kaler okey . Semalam aku cuti demi menghormati , (jelas ye aku menghormati bukan mempercayai), takut ada yang salah paham plak), adat dorang yang tak boleh bekerja pada hari ganjil . Lagi satu pantang dorang tak boleh menerima angpow dari orang yang baru kematian ahli keluarga terdekat, aku tak tahu pantang ni semua, tapi aku teringatlah tahun lepas MIL pulangkan  angpow yang aku  bagi,  katanya dia tak boleh ambik  sebab ayah aku baru meninggal dunia.


Firdaus tunjuk gigi dia yang rongak

tahun ni tak sempat nak ambik gambar MIL , aku tepek gambar lama jelah.


Anak-anak aku yang ober the river, bersama adik ipar,biras dan anak. Borak sakan ngan MIL , aku terlupa nak ambik gambar masa dorang makan.


Buah tangan tuk MIL, aku buat butter cheese cake, nak resepi ambik kat sini ye



Lauk wajib ada ayam goreng mengcongkam jiwa raga.kah kah kah ,resepi kat sini ye.

Lauk wajib ada , kambing masak kari pekat



Lauk wajib ada , sayur goreng.


Goreng brokoli ngan kobis cina

hirisan bawang putih
kicap cair
sos tiram
fillet atau isi ayam hiris nipis, gaulkan ngan sedikit kicap cair , kemudian digaul ngan sedikit tepung jagung atau tepung ubi.
hiris sebelah dari sebiji capsicum merah
green peas & carrot yang sudah dicelur

Cara-cara membuatnya

1)Tumis hirisan bawang putih hingga layu, ketepikan
2)Tumis isi ayam, kacau hingga separuh masak , kemudian kacaukan sekali bersama tumisan bawang putih tadi.
3)Masukkan brocoli kacau hingga lembut
4)masukkan kobis cina , kacau sekejap
5)bubuh sedikit kicap cair sebagai garam ngan sos tiram sebagai penambah rasa.
6)Bubuhkan sedikit air, kacau sekejap , angkat sedia untuk dihidang



Grean peas ni dah jadik peberet firdaus-ratah cam tu je

Goreng grean peas ngan kobis cina

hirisan bawang putih
sos tiram
fillet atau isi ayam hiris nipis, gaulkan ngan sedikit kicap cair , kemudian digaul ngan sedikit tepung jagung atau tepung ubi.
green peas & sedikit hirisan kobis cina- cuci berseh dan tuskan

Cara-cara membuatnya

1)Tumis hirisan bawang putih hingga layu, ketepikan
2)Tumis isi ayam, kacau hingga separuh masak , kemudian kacaukan sekali bersama tumisan bawang putih tadi.
3)masukkan green peas kacau hingga lembut , bila grean peas dah separuh lembut masukkan kobis cina kacau sekata.
5)bubuh sedikit sos tiram sebagai penambah rasa.
6)Bubuhkan sedikit air, kacau sekejap , angkat sedia untuk dihidang





Okey berjumpa lagi dilain hari dan waktu, kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi, kejayaan dan kebahagian milik setiap insan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina