Friday, January 6, 2012

makan sambil goyang kaki- suami buat hal

Gara -gara lori terbalik atas jambatan menuju ke south port, aku kelewatan hampir 1 1/2 jam, biasanya kalau tak de aral melintang , sampai ke rumah 6.30 petang . Damm u jam, dalam kereta kawan mulalah aku teringatkan Firdaus , garenti dia kelaparan,dalam hati dia mesti berkata-kata "mana janji manis mu mak , nak balik cepat bagi Firdaus makan nasi." kui kui kui

Semakin jarum jam menghampiri 6.30 petang, semakin tu hati aku tak senang, dalam keterpaksaan aku call suami , suruh ambik Firdaus dulu kat sekolah. Sampai je , aku terus ajak suami makan kat luar. Sementara tunggu aku, suami dah bagi Firdaus makan buah, buat alas perut .


Sebelum pegi makan, tunggu suami beli spare part mesin basuh, katanya nak betulkan mesin basuh aku yang rosak tu.




Sesekali lori terbalik best gak, boleh makan kat luar : )

Entah kenapa , tiba-tiba je malam tadi aku order lauk yang tak masuk akal , tomyam seafood, sup ekor, ayam goreng kunyit, kailan ikan masin dan telur bungkus. Pada aku lauk tak masuk akal kat situ , telur bungkus ngan ayam goreng kunyit. Susah nak cakap lenkali cite boleh tak ?, sebab aku ada cite yang lebih penting , cite pasal hilang akal : )


Muka monyok , letih sangatlah tu.


Korang nak tahu tak cite hilang akal, citenya begini , suami aku hilang akal, lepas jumpa firdaus time rehat , dia bantai menyorok entah balik pokok mana, intai gerak geri Firdaus, kebetulan aku call

Aku : awak dah jumpa firdaus, cam mana dia ?

Suami : okey , saya dah bagi dia makan roti, tadi saya dah bagitau dia nak balik, ni saje duk intai dia balik pokok ni, saja nak tengok dia borak ngan sapa?

Aku : awak ni apasal, hilang akal ke ?kah kah kah

Suami : apasal awak ketawakan saya, awak senanglah duk opis goyang kaki, saya yang duk risaukan Firdaus.

Aku : yang awak intai dia sapa suruh?

Suami : saya teringatlah masa kita first time masuk keja , cam mana nak sesuaikan diri ngan kawan sekerja yang baru.

Aku : awak semua kawan -kawan dia tahun satu, semuanya pelajar baru , apa yang nak disesuaikan . kah kah kah kah

Suami : budak sorang ni buat saya pening kepala. saya pun tak tahu sebab apa saya nak ngintai dia .

Aku : sayang lebih sikit. kah kah kah , awak nampak dia buat apa?

Suami : saya nengok dia tercari-cari kawan, lepas tu dia duduk, kemudian ada sorang kawan datang ajak dia main-main, lepas tu saya nampak dia temankan kawan tu pegi toilet, sampai toilet loceng bunyi, kawan dia tu tak jadi masuk toilet.

Aku : lepas tu Firdaus?

Suami : dia ternampak plak saya, dia senyum siap tanya kenapa saya tak balik rumah lagi.

Aku : kantoi.kah kah kah , awak ngintai dia dekat ngan toiletlah tu.

Suami : awak jangan ketawakan saya ye, 3 hari ni je saya tengokkan dia.

Aku : ye ke?



The moral of the story , ada gak lelaki yang risau pasal anak mengalahkan perempuan, mintak -mintak suami aku tak bacalah cite yang ini : )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina