Thursday, January 5, 2012

masakan untuk orang yang malas cam aku, yang penting budak-budak suka

sambungan dari cerita firdaus balik sekolah petang terus nak makan nasi,
masakan yang sesuai sangat tuk orang yang malas cam aku dan ibu cum pekerja , nak tahu tak, masakan apa tu , jeng jeng jeng nasi goreng cina feveret Firdaus dulu, kini dan selama-lamanya. Rasa cam dah banyak kali je aku tepek resepi nasi goreng cina, tak pedulik nak tepek gak, mana tahu yang ni ada lainnya : )

Mula-mula singsing lengan baju, tukar kain batik, kata nak masak, kenalah ikut step by step .Keluarkan apa yang patut dari esbok. Dalam esbok aku ada fillet ayam je, selamat lah ia menjadi rencah nasi goreng cina.kah kah kah, jangan lupa keluarkan sekali telur, kobis cina kecik ngan bawang putih. kobis cina tu aku guna 2 ketul kecik je.



Aku pun dah lupa berapa keping fillet ayam aku guna semalam, hentam je lah labu, ambik 5 keping fillet ayam yang comel-comel, cuci berseh , hiris nipis, gaul ngan kicap cair diikuti ngan sedikit tepung.



Sediakan sos tiram, minyak bijan, lada sulah dan kicap cair sebagai penambah rasa.



hiriskan 2 tangkai daun bawang
2 batang kobis cina kecik dihiris sederhana besar.



Dah namanya nasi goreng cina, mestilah bahan utamanya nasi , kah kah kah, guna nasi sejuk dari esbok pun boleh lagi bagus



8 ulas bawang putih dikupas dan hiris



sebiji telur, sebaik-baiknya pecahkan dalam mangkuk dulu sebelum dimasukkan ke dalam nasi goreng, idaklah nanti terkena telur tembelang, kang naya cian nasi goreng tu .







CARA-CARANYA

1)panaskan minyak dalam kuali
2)Tumiskan hirisan bawang putih, hingga naik bau dan layu, ketepikan ke tepi kuali
3)masukkan hirisan fillet ayam, kacau hingga separuh masak ketepikan,
4) pecahkan sebiji telur ditengah kuali, kacau hingga masak sepenuhnya
5) masukkan kobis cina, dikuti ngan nasi sejuk, kacau sekata
6)Perasakan ngan kicap cair , sos tiram dan lada sulah
7)masukkan hirisan daun bawang, dikuti 2 hingga 3 titis minyak bijan.
8)kacau sekata, kemudian angkat , sedia dihidang panas



tips nak dapatkan nasi goreng cina yang sedap , masa menumis guna api sederhana, tumis bahan tumisan hingga naik bau dan layu sepenuhnya, guna api besar, masa mengoreng nasi, kacau cepat -cepat hingga nasi goreng naik bau dan masak sepenuhnya



Suami suka makan nasi goreng cina bersama hirisan cili yang dicampur ngan sedikit kicap cair.



mulalah buat muka poyo dia tu ...................



masa ni tengah suka sangat cite kisah dia kat sekolah, cite pasal beratur ambik nasi free
: )




Apa pulak kisah Firdaus hari ni kat sekolah...............best jugak dengar cite budak tahun 1 ni ye : )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina