Monday, January 9, 2012

Penang Nyonya AEON Bukit tinggi Klang & Lavender Bakery sentiasa dihati- char kuey teow & laksa asam sedap

Orang baru balik bercuti dari negara-negara sejuk ni , muka ceria je , ini tidak dari pagi santak kepetang, muka tak de yang manis. Rimaslah, tengok muka orang yang 24 jam masam mencuka. Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari, kemunculan sotong tadi buat aku terkejut boboy. ohhh hidup lagi rupanya sotong tu. Bukankah sotong itu sudah kawan-kawan aku nyahkan  dari muka bumi ni : )

ahhhh persetankan sotong tu, seronoknya petang semalam, bawak Firdaus naik komuter sampai Port Klang, lepas tu ambik teksi pegi JJ Bukit Tinggi , konon nak cari baju basahan Firdaus kat Billion je, hambekk ko menyasau sampai ke JJ . Dah sampai JJ, tak sah  tak ke 3 tempat ni, Lavender bakery, Penang nyonya ngan The body shop. kenapa aku pegi the body shop? nanti aku cite ye.........



Budak kecik umur 7 tahun boleh duk kat tempat pink kan ? Budak -budak  kalau dapat naik komuter , seronok tak henggat dunia.



Sampai je JJ, aku terus  bawak  Firdaus makan, bila perut dia kenyang , senang sikit aku nak membeli belah . Aku bawak dia makan kat Penang Nyonya , tempat makan peberet kita orang seisi family, kat sini Firdaus suka makan gan nasi goreng cina. Family aku start makan kat sini dari mula Penang nyonya ni beroperasi kat  AEON  Bukit Tinggi . Asam laksa ngan char kueh teow femes kat sini.

Add: Penang Nyonya @ AEON Bukit Tinggi Shopping Centre
1 Persiaran Batu Nilam 1/KS6, Bandar Bukit Tinggi 2, Klang
Tel: +603 3326 2686


Sebelah Firdaus tu siabang(8 tahun, belah kanan tu adiknya 3 tahun) terlupa plak nak tanya nama. Seronoklah makan bersebelahan ngan dua orang budak comel keletah dan cerdek , tak kering gusi dibuatnya. Siadik tak boleh duk diam,lompat sana sini sambil nyanyi 123 dalam bahasa english dan siabang plak peramah, macam-macam soalan dia tanya

siabang : acik , anak acik ni darjah berapa? nama sapa?

Aku : darjah satu, nama dia Firdaus

belum sempat aku tanya dia

si abang : abang darjah dua, sekolah La Salle klang.

Aku : ooo ye ke

siabang : acik , firdaus tau angry bird tak?(sambil keluarkan dari dalam plastik selipar angry bird, tunjuk kat aku)

Aku : alah cian firdaus , dia tak tahu angry bird.Angry bird tu game kan?Firdaus main games kat facebook je.

siabang : abang tak main games kat facebook, abang ada facebook, mama yang buat.

Aku : bestlah abang ada facebook

siabang : acik , ayah firdaus tak ikut ke?

Aku : ayah Firdaus  kat  laut, pancing ikan

siabang : ayah abang  tak de kat sini, ayah keja kat Indonesia

Perbualan ni panjang sangat , aku stop kat sini je, kitaorang happy sangat jumpa siabang ngan adik yang comel , keletah dan cerdek tu.



Semenjak pandai bergaya ni, pantang aku ambik gambar macam-macam aksi dia buat.

Lepas beli seluar baju basahan Firdaus, aku bawak dia main-main kat kids zone. Seronoklah dia dapat bergolek berguling atas bola-bola tu.


Tiba-tiba je ada orang dewasa menyeludup masuk secara haram : ).nampak tak orang dewasa berbaju hitam ngan berseluar jeans biru tu ?


Nampak tak Firdaus sedang bersuka ria ngan anak cifinafa yang berskirt kotak-kotak merah hitam?dorang berdua okey, steady je , mak ayah budak cifinafa tu plak over the river, RM2/30 minit ,bajet anak tak boleh kena hempap, bawak je anak ko duk diam-diam kat rumah, tak pun pegi je private kid zone yang bayo mahal ,habis cite.


Muka Firdaus ceria dapat seluar baju basahan ngan jam kiko yuyi belikan. Gara-gara terpengaruh ngan cite angry bird siabang, aku belikan Firdaus baju ngan seluar panjang angry bird pakai buat baju tidur.

Masa nak balik,sanggup aku beratur panjang demi kerana nak beli roti kat Lavender bakery, beratur pun beraturlah, janji dapat makan roti sedap. Hari ni Firdaus bawak bekal donut ngan egg tart, beli kat lavender , esok baru boleh bawak bekal nasi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina