Monday, January 16, 2012

Tekanan i pad 3 & ps3 games

Aku memang pembenci apa-apa games(nyanyi ikut lirik pencinta wanita- irwanshah), tapi nak buat cam mana anak-anak aku semua pencinta games.Kepala aku ni bertambah pening bila baru-baru ni yuyi beli ps3 , dia ajak Firdaus pegi rumah dia main games . Tension budak 3 orang ni main ps 3 hingga 2-3 pagi, nasib baik malam minggu, kalau time sekolah jangan harap, aku nak bagi Firdaus main.

Pelik sangat ngan orang yang gila main games ni, contohnya yuyi dia boleh suruh Firdaus mandikan perempuan yang dalam games tu, tukarkan baju, bagi dia makan, cara yuyi menyuruh tu cam perempuan tu bernyawa.Aku plak naik seram, sampai aku jerit "ko gila ke!!!!!!". Dia senyum je tengok aku jerit  cam tu. Pening kepala hidup dalam dunia orang yang suka main games ni.


Tengoklah 3 beradik ni., masa ni dah pukul 1 pagi, ada ke patut dia suruh aku duk diam -diam dalam bilik tengok cd songlap, tak pun tidur : )

his his his budak debab nanti ko, aku ngadu kat ayah ko, depan ayah takut sikit dia nak main games, masa ni ayah gi mancing



Setiap malam sekarang ni kena study, tak boleh lepak main games, sesekali hujung minggu tak pe , aku bagi kelonggaran. Ingatkan dalam minggu ni nak start ajar dia mengaji.InsyaAllah.


Tengah tekun belajar menulis nama sendiri.


Sebelum Firdaus belajar menulis yang lain-lain, aku ajar tulis nama sendiri dulu, selagi tak betul jangan harap dia dapat guna internet atau main games atau pegi rumah yuyi main PS3, ini amaran keras. kah kah kah


Ada ke blogger yang gila main games : )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina