Wednesday, February 29, 2012

Masalah yang tak berkesudahan-BRIM &Sekolah


Penat pagi tadi tak hilang lagi, dah kena ke sekolah Firdaus .Petang semalam aku dapat surat dari cikgu Firdaus ,kandungan surat tu menyatakan yang aku tak menjelaskan lagi RM10 untuk baju sukan Firdaus. Aku konpius, hari tu suami bagi tau semua dah bayar, setahu aku yang belum bayar cuma PIBG. Demi nak memuaskan hati cikgu dan hati sendiri , lepas balik dari ambik duit BRIM ,aku ikut sekali suami pegi jumpa cikgu Firdaus. kadang-kadang malas nak layan benda remeh temeh ni , tapi nak buat cam mana sekolah zaman kita dulu berbeza sangat ngan sekolah zaman sekarang, terpaksalah hadap, ye dak.

Jumpa je cikgu Firdaus kat depan bilik guru, aku bagitaulah yang suami dah bayar baju sukan tu. Naik geram aku bila cikgu Firdaus bagi tau fail tebal yang tak bayar lagi, bukan baju sukan. Sesuka hati je dalam surat tu bagi tau baju sukan yang tak bayar, sekarang ni dia pusing cakap plak. Aku tak ralat sangat duit RM10 tu , cuma aku pantang sikit orang cakap putar belit ni Malas nak cite lebih , aku bayar je RM10, lagi tak nak hulur resit, nanti bagitau lagi kita tak bayar. Apasalahnya bila kita bayar tu , bagi resit sebagai bukti pembayaran.Zaman aku sekolah dulu , minggu pertama persekolahan selesai segala pembayaran. Sekolah zaman sekarang ni pelik sikit, cikgu pun tak tahu bila tarikh ibubapa kena bayar yuran PIBG . Spesis aku ni suka selesaikan cepat segala tok nenek yang berkaitan ngan sekolah ni , lepas tu malas nak pikir dah. Hal cam ni tak tahu mana silapnya.


Ini kes lain tapi masih , bersangkut paut mengenai sekolah , Firdaus ni hampir setiap hari hilang alat tulis sekolah. Memanglah setiap kali hilang boleh diganti, tapi kalau dah kerap sangat , tauke baalifbaya pun jual kandang. Dalam perkara cam ni tak boleh nak salahkan sesiapa, pendapat aku yang best setiap ibubapa yang mempunyai anak bersekolah rendah , kena prihatin dan ambik tau , kalau boleh setiap hari periksalah barang sekolah anak kita , mana tau mereka ada "TERAMBIL" barang rakan-rakan sekolah, ,jika terambil suruh anak kita pulangkan kepada yang empunya barang. Rutin aku setiap malam mengajar Firdaus membaca ngan tolong dia buat keja sekolah dalam masa yang sama periksa beg sekolah , mana tahu dia ada terambil barang rakan sekolah, kalau ada aku suruh dia pulangkan.






Kali ni kes BRIM plak, seawal 8.25 pagi lagi aku ngan kak limah dah beratur bagai nak rak. Masa beratur tadi beberapa kali makcik kawasan mengamuk , hampir saje pasu bunga melayang ke budak -budak remaja yang berbaju serba biru yang hanya pandai bercakap mengarah itu dan ini, cuba bagi dia beratur kat tempat kita, baru dia tau. Paling aku tak menahan, apa kejadahnya orang berkerusi roda , berpapah, bertongkat bagai ko suruh pegi dewan sekolah nak ambik duit banyak tu, kasihanlah ngan dorang tu...kui kui kui.tahulah angin makcik kawasan ni memang kurang siuman sikit. Punyalah ramai umat manusia, segala bau harum mewangi bagai ditusuk sembilu-cam lagu ej. . Banyak gak prosedur nak ambik duit RM5000 tu ye : ) Pada pendapat orang kebanyakan cam aku ni alangkah lebih baik dan lebih teratur kalau majlis penyerahan baucer tu dibuat disetiap sekolah berhampiran ngan tempat tinggal penerima dengan cara cam tu dapatlah mengurang kesesakkan kat tempat penyerahan baucer. Manakala yang tak berupaya, berpenyakit dan orang kurang upaya, serahkan terus baucer kepada dorang. Kalau tak pun masukkan terus ke dalam akaun bank sipenerima, lagi bagus tak susah payah pening fikir nak ambik cuti ke apa...ooo agaknya bila terus masuk ke dalam akaun bank sipenerima , orang lain tak nampak dorang bagi duit kot : )



Akhir sekali selepas ambik duit BRIM tu aku terasa -rasa duit sekolah RM100 cam aku tak akan dapat sama ngan duit RM200(nelayan )gomen bagi suami aku setiap bulan, cam biasalah gali lubang tutup lubang tu perkara biasa ye dak.


Senyum sumbing : tak tahan ngan statement sorang kawan yang gaji beribu lemon tu "duit BRIM yang kita orang dapat tu kononnya dari duit dia yang bayar cukai pendapatan" habis tu aku ngan orang lain yang bergaji rendah ni tak pernah bayar cukai kat gomen cth cukai pintu, tanah, tol, gov tax kedai makan tu,dan macam-macam lagi cukai yg tersorok , malas cam buang masa plak nak layan orang kurang kasih sayang ni.kasihan.

Tuesday, February 28, 2012

makcik kawasan come back

salam kengkawan

Bukti yang aku tengah sibuk berpindah opis : )


Terima kasihlah kepada yang sudi datang blog ni, walaupun dah 3-4 hari tak berupdate. Maaflah blog makcik kawasan sunyi sepi-kui kui kui ,dalam minggu ni aku sibuk pindah opis dari tingkat satu ke tingkat dua(cam bangangkan), terasa penat sangat , almaklumlah dah peringkat makcik makcik , sampai tak sihat dibuatnya ,tu yang malas nak update blog, bukak komputer pun idak. Misal kata korang nampak blog ni lebih dari dua minggu tak berupdate , maksudnya aku dah kojol , sila silalah sedekahkan Al-Fatihah untuk aku ye, cayang kat korang.kui kui kui Semalam aku MC , yuyi bawak pegi klinik, balik dari klinik yuyi belanja makan kat pizza hut, cam dah lama je tak makan pizza . Pizza hut ni mafahalfal, tapi sedap, susah nak cari pizza sesedap cam kat pizza hut.sapa setuju angkat tangan!!!!!!!


Budak ni paling banyak makan Oriental wings.saja je dia buat muka cam tu

Oriental Wing -Fried Chicken drumettes and mid wings coated (luarnya ada garlic ngan cili)kalau tak silap aku , rasanya maveles.

Selalunya makan pizza kat pizza hut ,aku mesti order pizza hawaiian chicken ngan hawaiian tuna , ni feveret anak-anak ngan suami , pizza yang lain tak berapa ngam ngan tekak.


Sekarang ni kalau gi pasaraya, aku mesti beli Lipton ice tea ni. mudah dan sedap.


1 paket Lipton Ice Tea dapat menghasilkan 1 liter teh Ais perisa limau .

Sesuka hati je aku tukar resepi chochlate chips cookies , maka terjadilah coffee chochlate chips cookies ,resepi sama cuma bezanya aku tak buh coco powder , aku gantikan coffee elmulco .

Malam tadi aku mengagahkan diri bakar cookies tuk kawan opis. Sebenarnya aku tak de niat pun nak jual cookies ni,tapi bila sorang kawan tu makan , dia terus nak beli, aku jual kat pada kawan opis yang berminat je .



Jumpa lagi ye, dilain hari dan waktu , makcik kawasan ada keja yang nak dibereskan, banyak lagi fail -fail yang perlu dimasukkan ke dalam kotak .

Friday, February 24, 2012

Resepi dan juadah terkumpul sepanjang minggu

Tajuk tu tak ingatkan.kui kui kui , lama kelamaan aku rasa malas plak nak tepek resepi kat blog. Boringlah asyik cite pasal masak je. Sila percaya hari ni aku tak boring , malah terlebih rajin nak tepek resepi dan buh gambar juadah yang aku masak sepanjang minggu ni. Kalau sudi silalah layan ye.Tima kacih.


Asam tumis ikan jenahak dan telur ikan juadah makan tengahari

Bahan-bahan

Resepi asam tumis kali telah dinaik taraf(cam jalan raya plak ye ) dengan menambahkan lengkuas dan daun limau purut-saje nak try market, okey gak rasa asam tumis buh lengkuas ngan daun limau purut.

1) cili kering 20 tangkai , 3 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah kecil, 1/2 inchi halia,1/2 inchi kunyit dan 1/2 inchi lengkuas -semua bahan dikisar halus
2) asam jawa dibancuh ngan 1 liiter air(Bila kita buh belimbing buluh , bancuhan air asam jawa biar sedikit cair , nanti terlebih pekat takut kuah jadi terlebih masam)
3)1 tangkai daun limau purut
4)belacan- 1/2 inchi je.(kalau suka boleh letak banyak)
5)5-6 biji belimbing buluh yang sederhana masak(tak de belimbing , tomato pun boleh , kalau tak de pun tak pe)

6)ikan ngan telur ikan basuh berseh kemudian digaram kunyit

cara-cara membuatnya
Tumis cili kisar sampai betul -betul pecah minyak. Kalau nak dapat asam tumis yang sodap, cili tu kenalah tumis hingga betul-betul pecah minyak. Sekirannya takut cili tadi cepat hangit, kecikkan sedikit api semasa menumis. Bila dah pecah minyak , masukkan air asam jawa dan belimbing buluh biarkan ia agak mendidih kemudian masukkan ikan dan daun limau purut. Jangan masak ikan terlalu lama, nanti kemanisan ikan hilang. Bila kuah dah mendidih Sebelum angkat buh secubit kecil perasa, garam ngan 1/2 teaspoon gula ; bagi mengimbangi rasa kuah.



Donut berising kopi ditabur coklat rice-konon


Petang minggu aku terlebih rajin nak menguli(guna mesin ye) donut, maka terjadilah donut diatas . Nak resepi ambik kat sini DONUT. Selalunya aku gaul donut ngan gula castor , tapi kali ni aku buh ising kopi ditabur ngan chocolate rice, nak buat pembaharuan kononnya . Oleh kerana nak sangat pembaharuan , aku dengan gelojohnya telah menuang ising kat atas donut yang masih panas. Hambik ko , ising tu habis cair , meleleh kat tepi donut. The moral of the story buat keja jangan gelojoh .kui kui kui


IKAN GORENG MENGCONGKAM(adik beradik ayam mengcongkam)


Ikan goreng ni kira adik beradik lain mak lain bapak ngan ayam goreng mengcongkam. Mai ambik resepi, mak tengah rajin ni bolehlah bagi resepi : )

Bahan-bahan

1) sedikit serbuk lada hitam/lada sulah

2)4 ulas bawang putih
3)1 inci halia

4)Tepung jagung

5) IKan GT/Geropoh digaram kunyit- sukati korang nak guna ikan apa pun.

Tumbuk atau kisar kering bahan 2 & 3

cara-cara membuatnya

Gaulkan ikan tadi dengan bahan kisar termasuk serbuk lada hitam, kemudian gaul sekata ikan tadi ngan tepung jagung. perap selama 30 minit atau semalaman. Goreng hingga garing dalam minyak panas yang banyak.



Buah mangga hasil pokok mangga depan rumah, jadi juadah pemanis mulut sepanjang minggu..Syukur Alhamdulillah, walaupun pokok mangga depan rumah tu tak dapat kasih sayang sepenuhnya dan belaian manja dari tuan rumah , namun hasilnya jarang mengecawakan.



Telur masak kicap ngan kobis goreng , juadah malam tadi, nampak sangat juadah orang pemalas.kui kui kui Semalam entah kenapa, rasa cam malas je nak keluarkan ikan dari dalam esbok, tu yang masak telur kicap.Resepi ambik kat sini, resepinya sama je, cuma ikan goreng tu korang tukarlah ngan telur goreng mata kerbau. Nampak tak muka budak yang terlebih happy nampak nasi.


Okeylah , sampai sini je, wa cau dulu.

Thursday, February 23, 2012

cerita orang kebanyakan berkelulusan SPM .............




Aku rasa pembuat cite hantu ni punyai  imiginasi tersangatlah  tinggi sampai boleh bayangkan rupa hantu, wa salute .kui kui kui



Gambar fresh from farm, Firdaus tengah nak beli nasi ambeng, tu yang muka ceria.



Petang semalam balik keja aku terus pegi pasar malam, singgah jak kat tempat cina jual cd , saja belek-belek cd, amboi kemain banyak cd hantu kat pasaran sekarang ni. Aku nampak ada lebih kurang 20 keping cd hantu, cina tu nampak aku belek-belek cd, dia datang kat aku



cina jual cd : dik mari beli kubur berasap , baru punya, manyak hantu oooooo

aku : lu sudah tengok ke? saya sudah tengoklahhhhhhhhhhh, pirahhhh kubur berasap asap asap sangattt


Jahat sangat aku , cam ganster terus blah cam tu je , biar  cina tu cakap sorang diri.. kalau kat petaling street , mau aku kena kejar. wa tak takutlah wa akak kawasan . Korang jangan nak tiru cam lagak aku plak, aku bini ganster tak pelah.kui kui kui


Aku rasa kalaulah pembuat cite hantu ternampaklah hantu sebenar, mau dorang lari   tak cukup tanah .  Seekers /paranormal ni pun satu  , boleh  plak dorang buat  keja mencari hantu/makhluk halus , kita mintak dijauhkan dari jumpa maupun terserempak ngan hantu atau makhluk halus . Pendapat aku  yang terbaek , kita ikut pepatah melayu sarang tebuan jangan dijolok, kalau dijolok buruk padahnya.  Tak  payahlah   jadi seekers/paranormal,  rasanya   lebih baik  jadi rukun tentangga, meronda kawasan taman perumahan dan kampung , boleh gak mengurangkan kejadian pecah rumah tak pun kejadian ragut yang berleluasa sekarang ni  . kang kalau betul -betul hantu datang mengacau cam mana,hantu kak limah  yang mengacau tak pelah kan. I like .kui kui, jangan marah noh, nanti kena jual.

Kalaulah  aku salah sorang  dari  ahli lembaga penapisan  filem ,lama dah aku reject filem dan drama hantu ni. Menonton  cite hantu ni,  otak langsung tak boleh  berkembang ,  katanya suami aku. Tak dapat apa pun,  melainkan  rasa seram semacam  bila duk sorang kat rumah, ada tu sampai nak ke bilik air  pun  mintak orang temankan. Aku rasa kalau  budak-budak  kategori umur  sebaya  Firdaus menonton cite hantu, mau  dalam hati dorang   berkata-kata " cam tu ke muka hantu, eerkkk takutnya saya " .Sapa nak jawab, mereka dan keluarga mereka gak kena jawab. The moral of the story janganlah bagi anak-anak kita yang bawah umur menonton cite hantu. peace no war.

Aku cadangkan pengiat seni tanahair  banyakkan buat filem dan drama yang memberi kesedaran sivik pada kanak-kanak dan orang dewasa. Kesedaran sivik sebenarnya merupakan satu aspek yang penting dalam kehidupan kita . Kita megah sangat mengatakan negara kita dah maju dan pesat membangun namun tanpa kita sedari kesedaran sivik dikalangan rakyat Malaysia begitu rendah. Tengok jelah kat perhentian bas , taman bunga, taman rekreasi dan kat mana-mana sajalah sampah sarap dibuang merata. Kesedaran sivik tu sebenarnya kena bermula dari rumah. Semua orang harus ada kesedaran sivik yang tinggi. Didiklah anak-anak kita sedari kecil lagi tentang adab, sivik dan sebagainya.kang kalau aku huraikan satu persatu bab  adab dan sivik tak cukup satu hari . kui kui kui

Pernah satu hari tu aku ternampak ngan mata kepala aku sendiri , seorang ibu tanpa rasa bersalah membiarkan anak dia membuang bekas minum  dihadapan  pintu bank.  erkkkkkk mungkin masa belajar dulu dia tak khatam bab kesedaran sivik ni, tak pun dalam kelas tak bagi tumpuan sepenuhnya masa cikgu sivik mengajar. Orang islam ada belajar sivik ke kat sekolah? serius ni aku tak tau? Zaman aku dulu belajar tatarakyat : ) Ramai dikalangan kita mampu pakai BMW, tapi dalam masa yang sama tak mampu nak terapkan kesedaran sivik, cam bagus-bagus je buang sampah keluar tingkap dari dalam kereta. Ada tu aku pernah nampak kat station komuter, sorang lelaki tu pakaian kemain bergaya, siap bertali leher bagai ,tup tup ngan muka selambakodok ,  depan aku dia buang kotak rokok kosong . cissss berdebah.







Apa yang ko bebelkan labu dari cite hantu menjajau ke cerita kesedaran sivik plak. korang rasa boleh diterima pakai ke cakap orang kebanyakan yang berkelulusan spm macam aku ni? eerkkk skema tul. Kawan-kawan , kalau rasa bebelan ni boleh diterima pakai sila tekan like ye Sumpah aku main-main je : )

Wednesday, February 22, 2012

Aku , pokok kopi & pokok koko


Isi buah koko ni rasanya macam gabungan antara rasa masam dan manis
, jangan harap korang nak rasa coklat, sebab coklat tu dibuat daripada biji koko.


coklat dihasilkan dari biji koko-cara menghasilkan coklat peringkat demi peringkat sila google sendiri ye : )

kopi dihasilkan dari biji kopi-cara menghasilkan kopi peringkat demi peringkat sila google sendiri ye : )




Seingat aku masa zaman kanak-kanak, saat paling manis bila hari raya dapat balik kampung, family aku selalunya balik kampung hari raya kedua . Lazimnya setiap kali raya pertama family aku tak ke mana –mana ,kita orang semua sibuk menyediakan juadah untuk saudara mara dan jiran terdekat yang datang bertandang . Hari raya raya pertama aku ngan geng kamceng keliling kampung cari duit raya. Masa ni boleh naik tocang, arwah mak ngan ayah tengah cool tak suka marah anaklah katakan time raya.kui kui kui

Lebih kurang 2 -3 jam keliling kampung, aku ngan geng kamceng akan berkumpul di satu simpang, masing-masing tayang pendapatan terkumpul .kui kui kui. Pada masa tu orang kampung yang bagi seringit , dah dicop orang kaya, susah wei nak dapat seringgit, paling kuat pun 20sen. Perut tak usah cakaplah , naik kembung makan biskut raya ngan minum air sirap,cam mana tak kembung kalau pegi dekat nak 5 rumah dalam masa satu jam. Time tu paling kelakar ada rumah hidang biskut raya yang sama rasa , bezanya hanya pada bentuk dan kaler je .

Berbeza ngan Arwah mak , setiap kali raya dia suka buat biskut tradisional , contoh bangkit kacang hijau, kelapa waima semua jenis bangkit yang ada kat Malaysia ni, biskut batang buruk, maruku, dan beberapa biskut tradisional yang ada pada zaman tu. Dulu kalau tak penuh meja ngan biskut raya, tak raya namanya.kui kui kui. Sayang sangat , semua buku resepi biskut tradisional arwah mak tu tak tahu mana hilangnya. Aku suka biskut raya tradisonal dibanding biskut raya moden zaman sekarang.

Berbalik pada cerita duit raya, tujuan aku kumpul duit raya semata -mata nak beli tiket bas balik kampung. Kampung aku tak jauh mana, kat Kanchong Darat je, dekat ngan rumah Datuk Sidek, ni kampung arwah wan belah arwah ayah, kampung arwah mak aku kat kelanang . Dulu bukan masa raya je balik kampung , masa cuti sekolah pun aku ada balik. Paling seronok bila musim petik kopi ngan koko,aku ngan arwah abang minta kebenaran arwah wan petik kopi.Dapat upah wei petik kopi , upah kira setin minyak masak ,rega setin aku tak ingat plak. Habis petik kopi , bau badan masa tu tak usah cakap, bau ari je.Bukan petik kopi je , petik buah koko pun ada gak, sambil petik, kopak buah koko makan isinya, tedap.Pokok kopi , pokok koko hanya tinggal kenangan. Sedih !!! sekarang kampung dan rumah tu dah tak de kena mengena ngan hidup aku lagi.



Kenapa ye?, setiap kali kita mengingati kisah-kisah silam, setiap kali tulah kita akan ketawa dan senyum sorang-sorang .






Pesanan utk firuz aka MDT sila tinggalkan email.




Nasi & mee segera & bihun goren & kueh teow goreng -yang mana satu ni........


Ada orang tak boleh kalau satu hari tak pekena nasi, samalah macam yuyi ngan Firdaus . Yuyi lagi dahsyat , setiap pagi mesti nak pekena nasi lemak berlauk , kalau tak pekena badan menggigil kot. Aku ngan suami, setiap hari makan mee goreng , bihun goreng atau kueh teow goreng pun tak kisah. Kadang-kadang tu aku masak nasi hanya semata-mata untuk Firdaus, kalau ikut tekak aku ngan suami makan char kueh teow setiap hari pun tak pe.Entah kenapa , tekak aku ni minat sangat ngan char kueh teow..Kat tempat aku ni ada satu kedai yang jual char kueh teow sedap, tak kedekut kueh teow, ngan kerang dan udang. Cakap pasal char kueh teow, teringat Firdaus, hari tu kat pasal malam, dia nak char kueh teow, aku belikan, sampai satu tempat orang jual mee ngan nasi goreng, di suruh aku beli nasi goreng plak, nampak sangatkan tak boleh berpisah ngan nasi. Aku tak kisah pun nak belikan dia sampai dua jenis makanan, tak membazir sebab dia makan habis.


Time suami tak de cam ni lah gaya aku , masak mee segera ngan ikan jenahak, jahatkan aku mentang-mentanglah dapat ikan free sesuka hati je buh dalam mee segera. Ada orang takut makan mee segera , takut rambut gugur kesan dari perisa mee segera(pendapat orang kat luar sana), kalau takut sangat masa masak sebungkus mee segera janganlah habiskan sepaket perasanya. Kalau kita tak gunakan perasa tu pun tak pe, kita buat lah sebarang jenis sup kemudian masukkan je mee segera tu.

Jom layan .............mamee slllrrrrp kari berapi( berapilah sangat)



Aku tunaikan permintaan suami yang nak makan mamee sllrrrp kari berapi buh ikan .



Bahan-bahan

1)beberapa ulas bawang merah dihiris
2)sawi-siang cuci berseh dan tuskan
3)ikan sekor- cuci berseh
4)2 bungkus mamee sllrrrp kari berapi

Cara membuatnya

Tumis hirisan bawang merah dengan minyak yang sedikit hingga naik bau dan layu. Selepas tu masukkan perasa bersama air(sukatan air ikut citarasa masing-masing) biar agak mendidih kemudian masukkan sawi.Biar kuh mendidih sekali lagi masukkan ikan ngan mee segera. Guna api sederhana, bila ikan dan mee segera dah menepati piawaian , tutup api , angkatlah apa tunggu lagi. lepas tu ngap ngap ngap.Kalau ye pun tunggulah sejuk dulu, kalau bibir tu nak jadi macam bibir angelina jolie cubalah makan masa kuah masih mendidih : )



Sila percaya ngan apa yang korang nampak , Firdaus tu makan mee segara semata-mata nak menjaga hati aku je, nasi goreng tetap maintain kat sebelah, macam tak kenal Firdaus sapa : ) I know what u did last night , u bukak tudung saji kemudian u ratah ikan ngan sayur.kui kui kui



Hubungan korang ngan nasi macam mana?, kawan rapat, kawan biasa atau musuh ketat ? kui kui kui


Tuesday, February 21, 2012

kenapa kicap ye?

Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya kenapa kicap tu dinamakan kicap? Kenapa kebanyakan budak-budak tak boleh berpisah ngan kicap, termasuklah anak-anak aku. Masaklah macam-macam jenis lauk pun, last last kicap jugak yang dicari. Kadang-kadang tu bila bengang sangat dorang tanya kicap, aku bantai cakap tak de. Mulalah dorang merengek-rengek "alah makkkkk , kenapa tak de kicap?. Bila aku dah tak tahan sangat ngan perkataan kicap tu , satu hari tu aku pernah tanya "cuba ko bagi tau mak, lauk yang ko makan tak buh kicap, nanti boleh mak masakkan lauk tu". Dia bantai gelak plak bila aku tanya cam tu. Macam manalah aku tak geram, makan nasi berlaukkan sambal, rendang, kuah asam tumis waima segala jenis lauk dorang mesti nak buh kicap cuma masak kicap je dorang tak buh kicap, kalau itu pun dorang buh kicap, sah sah otak dah tak betul : ).

Kalau dah minat sangat ngan kicap aku rasa lebih baik lepas ni tak payah masak lauk ,makan nasi ngan kicap , lepas tu goreng je ikan , telur atau ayam, lagi senangkan. Cakap memang lah senang nak laksanakan tu payah amat, kasihan plak dorang makan tak berlauk. Percaya tak? hasil tinjauan tak resmi aku dilaman sosial (kah kah kah kah ) banyak banyak kicap yang ada kat pasaran Malaysia, kicap kipas udang lemak manis paling disukai budak-budak termasuklah yang tua bangka cam anak-anak aku.

Moh!!!!! kita masak kicap ikan GT/Gerepoh(masak kicap sempoi)




Bahan-Bahan

Hirisan bawang besar holland, putih, halia
serbuk lada hitam
bunga lawang ngan sedikit kayu manis
sedikit cili api ngan cili hijau dibelah dua.
cili sos
kicap kipas udang-lemak manis


Cara membuatnya

Lebur bahan hirisan sampai layu & bau.Aku buh sedikit sos cili,supaya kuah kicap jadi pekat, kemudian aku buh kicap kipas udang , sukati korang nak buh yang manis atau masin-pada kau lebih elok yang manis).Last sekali buh GT/Gerepoh goreng ngan serbuk lada hitam , biar agak mendidih kemudian angkat. Rasa ikut citarasa masing-masing.



Budak baju merah baru balik sekolah , dah tak sabar nak makan. Dia ni pun boleh tahan gak berhantu ngan kicap.


Juadah petang semalam

1)goreng kobis
2)asam tumis ikan GT/Gerepoh balance semalam
3)ikan GT/Gerepoh masak kicap



Kicap ngan korang ada apa-apa masalah tak ? : )

Inikah yang dinamakan cinta-rambut sama hitam hati lain-lain

Abaikan muka yuyi yang macam bangang tu. Aku suka gambar ni sebab tu aku letak kat sini untuk tatapan.


Yuyi ngan gula-gula hack (anak lelaki aku no 3) ni teruja ngan orang yang berbadan besar. Yuyi pernah bagi tau aku, yang dia suka lelaki yang macam Afdlin shauki, bersize gempal, sedikit encem . Pilihan Gula-gula hack pun lebih kurang sama ngan yuyi,perempuan yang bersize besar, hampir 80% kawan perempuan dia dalam facebook dan twitter bersize besar. Kalau makan kat luar, mata dorang berdua ni suka melilau nengok orang yang bersize besar lalu, nanti mulalah dorang cuit-cuit dan kenyit mata ngan aku.

Pada Mulanya memanglah aku hairan ngan pilihan dorang, lama kelamaan aku terima hakikat yang manusia rambut sama hitam, hati lain -lain, setiap manusia ada citarasa tersendiri dalam memilih pasangan hidup. Banyak je kat luar sana pasangan yang tak sepadan, ye dak, aku tengok bahagia je: ) Pada aku yang penting pilihan dorang mestilah yang beriman dan hormat orang tua, InsyaAllah hanya orang yang beriman sahaja tahu tuntutan , tanggungjawab terhadap agama, keluarga dan bangsa . Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan.


Buat lelaki dan perempuan slim kat luar sana , jangan lah frust atau dalam hati "biarlah ku bermimpi" : ) . Dah ada lelaki kurus yang dah frust ngan yuyi, sebab dia pilih yang bulat cam Afdlin shauki.kui kui kui



Monday, February 20, 2012

Derhaka bersebab -nuffnang + Advertlets,

Tadi ada beberapa pengomen yang tanya pasal Tepung 1 Malaysia, sebenarnya aku tak guna lagi tepung tu, tak tahu nak bagi komen cam mana. Aku tak kisah sebenarnya nak beli tepung 1 malaysia tu, cuma aku dah biasa guna tepung cap kunci atau sauh, lagi pun itu produk subsidiary company aku keja , rasa cam tak best plak   nak guna tepung  company lain. Bukan baru-baru ni je aku guna tepung company aku keja, sebelum aku keja kat situ lagi aku dah guna .

Jujur aku katakan yang aku tak pernah lagi beli barang jenama 1 Malaysia. Aku suka beli barang yang dah biasa guna, bukannya nak berlagak , soal harga memang aku jarang fikir. Ibu  yang bekerja cam aku ni kadang-kadang manalah ada masa sangat nak tanya harga setiap barang dapur yang nak dibeli. Lepas je beli barang terus sumbat dalam beg sekali ngan resit pembayaran , ada masa resit pun tertinggal kat tempat cashier. Pernah jugak suami tegur, masa tu aku terbeli barang dah rosak, tak dapat nak pulangkan barang tu  sebab resit tak de, tak tau aku simpan mana : )

Stop cite pasal barang 1 Malaysia, aku nak cite pasal Nuffnang ngan Advertlets plak. Korang perasan tak aku dah letak iklan dari Advertlets, ye aku dah derhaka ngan nuffnang, tapi bukan suka -suka dehaka, dehaka bersebab. Entah kenapa tak de angin tak de ribut, tanpa bagi tau aku nuffnang buat sesuatu yang tak menyenangkan hati aku. Sesuatu yang betul-betul buat aku geram, tak payahlah aku nak bagi tau,biar aku jelah yang tau. Demi nak memuaskan hati sendiri, aku tambah iklan dari advertlets, ni baru betul kes balas dendam . Aiman tak kisah, aiman dah femes, dulu ye lah . Nampak sangat aku berlagakkan. kui kui kui

Ni ada lagi satu budak suka nak derhaka ngan aku , detektif conan 24 jam : )

Budak yang dah kenyangan ni , syok melayan detektif conan, aku suruh baca iqra dia kata mengantuk . Baru darjah satu dah bercita-cita nak jadi pengawas, katanya nanti boleh marah kawan-kawan yang buat bising dalam kelas, korang rasa adakah ini kesan dari membaca buku komik detektif conan? kui kui kui


Dr. Faiz  malam nanti baru pegi blog u, kat opis ni  URL  u  kena blocked.

Tepung gandum 1 Malaysia -dari sudut pandangan pakcik



Tengahari semalam aku ngan Firdaus pegi ke kedai runcit berdekatan rumah.Sampai kedai, aku bagi tau ngan pakcik kedai tu (lingkungan umur lebih kurang 50 an)

Aku : pakcik tepung gandum satu ye

pakcik kedai keluarkan tepung gandum 1 Malaysia

Aku : pakcik tepung gandum cap kkkkkkk ...(tak sempat nak habiskan ayat)

pakcik : sama je tepung ni ngan cap kunci (bercakap dengan muka bengis)

Aku : ( lidah kelu seribu bahasa) ............tak pelah pakcik , bagi lah keropok Super Ring tu 3 bungkus.....


Nikmatnya hidup dalam perjalanan balik makan keropok Super Ring yang lemak dan sedikit manis (cheese gitu) sambil jilat-jilat tangan yang kekuningan kesan pewarna.kah kah kah . Aku jahat nak pulun sorang, tergamak aku cakap ngan Firdaus yang keropok tu dia tak boleh makan banyak-banyak nanti batuk., aku hulur kat dia dua tiga ketui je. Firdaus bersyukur pada masa tu, dia fikir bukan senang mak dia nak bagi kebenaran makan keropok.kah kah kah



Percaya tak ?, ada masa dan ketikanya kita susah nak menegakkan kebenaran atau meluahkan pendapat, terutama bila berhadapan ngan situasi dan keadaan dibawah :


1)cuaca tengah panas terik
2)perut dah berkeroncang untuk ana
3)orang tua yang bermuka garang
4)orang yang selalu menganggap diri dia je betul dan dia je ada semua benda.



Marilah sama-sama kita berfikir sapakah pakcik itu sebenarnya? kalau dah dapat jawapan , simpan dalam hati je, tak pun tulis kat komen. kui kui kui

Sunday, February 19, 2012

Beto khusairy sama terbaek dengan cucur ikan aku : )

Salam kengkawan, apa khabar? sejukkan kat luar sana, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, daun pokok mangga kat luar tu melambai -lambai ditiup angin (ini realiti ye) kah kah kah.kalau dah sejuk, mata pun cam melambai-lambai nak tidur .


Malam tadi aku dapat melayan cerekerama jujur aku dayus kat TV3 tanpa gangguan sebab suami (sipemegang remote control) pegi ke laut. Mulanya Firdaus merengek -rengek nak tengok filem omputih lawan-lawan kat TV2, aku saja buat muka garang,pok pek pok pek , dia takut terus diam. Saja dia nak dengki ngan aku, bukannya selalu pun aku tengok TV. Kalau tak kerana Beto Khusairy tak delah aku teruja sangat nak tengok cerita tu, tapi semenjak melihatnya  dalam "runtuhnya sebuah dosa" mula aku teruja ngan lakonan dia. Aku ingatkan dia pelakon baru, tak pernah  tengok dia berlakon sebelum ni, selepas menjelajah dia punya facebook, baru aku tahu dia  dah banyak  berlakon dalam filem , drama dan telemovie sebelum ni.

Pada awalnya tengok Jujur aku dayus terasa boring , nasib baiklah Beto Khusairy ada, dia yang banyak menyelamatkan aku dari terus boring. Entah tak tahu mana silapnya cite tu, jalan cite dah ada , barisan pelakon-pelakonnya hebat-hebat belaka(syyy tolak nora danish , cis lembik aku tak minat), kemungkinan  skrip lemah, permulaan cite agak meleret , lepas tu terselit plak  babak babak yang tak berapa nak penting. Ceh mesti korang bengangkan , kritik macamlah aku pandai buat drama. gua punya blog mah gua punya sukalah.

Pukul 10 tadi aku layan TV2 panggung ahad , hadiah cepu emas, aku teruja nak layan sebab yang berlakon joey watie elite ngan Zulkifli Azari (ijoy) anak Maria Arshad, pada aku lakonan dorang terbaek. Cite tu okeylah, cuma yang tak realnya bila Jasmin hamid masih memakai bulu mata palsu bertingkat ngan bercelak tebal semasa menghadiri perkebumian mak ijoy, pakai tu tak salah tapi biarlah bertempat.

Apa-apa pun beto khusairy, joey , ijoy terbaek macam cucur ikan aku : )




Baham-bahannya

1)Tepung gandum
2)bawang holland
3)garam/baking powder/perasa
4)air suam
5)telur sebiji
6)isi ikan jenahak

Cara membuatnya

1/2 kilo tepung digaul 1 tsp garam ngan 1 tsp baking powder ngan sikit serbuk perasa. Potong nipis bawang besar kuning 2 biji. jangan lupa sebiji telur. Guna bawang kuning(bombay) cucur akan berbau wangi dan sedap forever, akhir sekali masukkan isi ikan. Kalau boleh bancuh adunan mengunakan air suam, supaya cucur nanti lembut sepanjang hari . Ramas bancuhan guna tangan supaya rasa bawang besar berbau wangi dan rasa sedap. Bila kita mengunakan tepung gandum sebagai asas membuat makanan, rehatkan doh & adunan tepung gandum lebih kurang 30 minit , supaya glutennya dapat serasi bersama serta bergaul mesra , selepas tu barulah dapat hasil yang cantik, cam pasangan suami isteri gak, sebelum kahwin bercinta/bertunang nak cari keserasian bersama. Bila dah serasi barulah digoreng dalam minyak panas, goreng biar sedikit kegaringan, bila garing bawang yang ada kat dalam tepung nampak cam keropok. .ranggup


Cucur bawang + ikan makan ngan sos cili buatan sendiri sedap. Kalau suka boleh tambah sayur dalam adunan cucur, macam kobis, taugeh , kucai dan macam -macam jenis sayur yang masuk akal dan fikirkan logik : ) keh keh keh





Jumpa lagi dilain hari dan waktu, lepas ni mak nak masak, cuci kain ngan kemas rumah , mak takutlah, mak kalau dah depan komputer melekat.kah kah kah



Saturday, February 18, 2012

Aneka resepi masakan- cili besar/merah dan daun lumau purut-erkkk Alhamdulillah dah kenyang


salam kengkawan............


Hujan berterusan dari pagi, sejuk-sejuk cam ni,perut mesti memanjang lapar, tak pun mata nak membuta je . Leganya dah masak ,dah bagi Firdaus makan pun. Pagi tadi aku buat cucur ikan , ingatkan tengahari nak masak lambat sikit, tengah aku duk baring melayan mata depan tv, sepuluh kali kejap Firdaus kejutkan suruh masak nasi. Tak kuasa aku nak baring lagi ,bangun terus masak. Masak simple simple je , kangkung masak lemak cili merah ngan ikan jenahak bersambal daun limau purut. Masak lemak aku jarang masak,nak wat cam mana  aku suka  , suami ngan anak-anak tak berapa suka , tak kan aku sendiri masak sendiri makan, ye dak.

Jom layan masakan dari cili besar /merah



Hasil tangkapan suami minggu lepas, aku masak 3 keping potong dua,cukuplah untuk 3 orang makan.



Bahan -bahannya tak banyak, kang aku dah kata simple je

1) cili besar /merah 3 biji-kisar kering
2)lebih kurang 6 ulas bawang merah kecik ngan 4 biji ulas bawang putih -kisar kering.
3)5-6 helai daun limau purut-kisar bersama cili besar/merah.
4) beberapa hirisan mangga -terpulang pada citarasa masing-masing, tak buh pun tak pe, kebetulan kat rumah aku ada mangga, tu yang aku buh.



Cara-cara membuatnya

1)Tumis bahan kisar hingga pecah minyak-guna api sederhana
2)masukkan mangga (kalau tak de mangga buh air asam jawa atau belimbing atau asam keping)
3)Buh sedikit air, supaya dia tak kering sangat
4)buh garam, gula ngan perasa -rasa ikut citarasa masing-masing.
5)bila sambal dah cukup masak, angkat curah kat atas ikan jenahak yang dah digoreng tadi.Selamat mencuba.



Bahan -bahan untuk masak lemak kangkung cili besar/merah

1)3 biji cili merah /besar
2)4 ulas bawang merah
3)segenggam ikan bilis- cuci berseh dan tus
4)santan dari sebiji kelapa
5)seikat kangkung

SEMUA BAHAN DIKISAR

Cara-cara membuatnya

1)Masukkan semua bahan kisar, santan ke dalam periuk atau kuali-aku besalah suka guna kuali-kah kah kah
2)Tembok kuah hingga mendidih -guna api sederhana besar
3)Bila kuah dah agak mendidih, masukkan kangkung tadi.
4)perasakan ngan garam ngan sedikit gula, biar sekali lagi mendidih.
5)tutup api, angkat sedia dihidang.



Muka puas  hati  dapat makan nasi, budak ni nak manja hari ni , nak aku suapkan : )



Jumpa lagi, InsyaAllah , lepas ni aku nak buat donut, time hujan cam ni perut lapar semacam. Best jugak
dapat layan donut sambil tonton  dilwale dulhania le jayenge(rindu ngan cite ni)




Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina