Friday, February 17, 2012

cabai burung

waqheh , ko nak kena cubit ke?, itulah time cikgu mengajar tak nak fokus, bila plak tongkengs tu cik ina punya resepi. Cakap pasal cikgu teringat cikgu aku masa sekolah rendah , cikgu nancy, kalthom, letchumy.Cikgu tu semua garang -garang belaka.Lagi dorang garang lagi aku suka. Kalau tak bawak buku sekolah atau tak siapkan keja sekolah siaplah kena denda berdiri atas kerusi hingga satu waktu mata pelajaran tamat, tak pun lari keliling padang. Gara-gara keja sekolah tak siap , perut aku kena pulas ngan cikgu kalthom, dahlah kuku dia panjang, berkerut jugak kening menahan sakit : ) cikgu kalthom orangnya putih melepak, sentiasa berlipstik merah menyala, raut wajah dia agak kasar dipenuhi ngan bekas jerawat batu, rambut paras bahu sedikit keperangan , scary sampai sekarang aku ingat lagi muka dia.

Setiap kali  balik sekolah kalau aku tak bergaduh ngan kawan-kawan India tak sah. Pergaduhan selalu berpunca dari perkataan "Malaikati belacan", memang pantanglah kalau kawan -kawan India ejek ngan perkataan tu. Aku tahulah orang melayu makan belacan, apasal plak nak jadikan bahan ejekan.kah kah kah . Masa tu dah tak ingat doniya, kita orang berbalas-balas ejekan bawak  sampai ketengah jalan, pengakhirannya kaki tangan semua naik . Masa sekolah aku ni ganas semacam, pantang orang ejek. Aku ingat lagi nama kawan  India tu "Neduciliyan", badan kecik, bercakap cam berteh digoreng. Kena jugaklah seluar dia bercop ngan tapak kasut aku. Sekarang ni aku dah baik, tak ganas cam dulu : )

Cerita pasal kawan-kawan sekolah, bermacam -macam jenis kawan aku jumpa pada masa tu. Entah kenapa , masa sekolah dulu dan sampai sekarang ni , aku tak boleh tengok perempuan gedik-gedik ni , saja cakap kuat-kuat,  berubah jadi perempuan melayu terakhir bila ada  lelaki .Lagi satu jenis yang aku tak suka dimulut cakap lain, dihati cakap lain, contohnya kat mulut "tak sukalah ngan hariz tu , benci(sambil tumbuk meja)" dalam hati plak "oh hariz , aku cinta padamu, kalau ko  jadi pak we ku alangkah bahgianya hidup ni" , alah sekali pun ko pakai sari aku kenal ko siapa , atau  yang lebih tepat sekilas ikan di air sudah tahu jantan betina .Serius aku ni tak pandailah,  nak cakap tak nak, tak suka cakap suka, lainlah kalau kita terpaksa hipokrit demi menjaga kehormanian yang ko sendiri paham situasi pada masa tu, ye dak.

Aku sangka bila dah melangkah ke alam pekerjaan , tak jumpa lagi orang yang cakap lain dimulut , lain dihati rupanya sangkaan aku meleset, menimbun lagi orang serupa tu . Setiap butir bicara yang keluar dari mulut orang tu sering buat perut aku memulas-mulas sampai nak terkucil-kucil .Kang kalau aku sembur balik , nanti dia terasa pedih plak, bila berdiam diri aku merana.Jalan terbaik aku biarkan orang tu bercakap ngan dinding. Betul jugak kata lisa surihani dalam ombak rindu, redho tu ikhlas, pasrah tu menyerah, diri kita sendiri sebenarnya tak tahu samada kita redho atau pasrah, ada orang tu dimulut redho, dihati menangis-nangis pasrah. Bila pasrah, kebarangkalian 80% hidup akan tertekan, bila tertekan sapa yang jadi mangsa , anak -anak, keluarga dan orang sekeliling, mak jugak susah nok : (


Pada pandangan aku , kalau dah tak tahu nak memilih antara redho dan pasrah, rasanya lebih baik ikut kata hati sendiri at least kalau terjadi sesuatu kat diri kita yang tak menyeronokkan , tak de lah kita tension sangat sampai nak hantuk kepala kat dinding.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina