Thursday, February 23, 2012

cerita orang kebanyakan berkelulusan SPM .............




Aku rasa pembuat cite hantu ni punyai  imiginasi tersangatlah  tinggi sampai boleh bayangkan rupa hantu, wa salute .kui kui kui



Gambar fresh from farm, Firdaus tengah nak beli nasi ambeng, tu yang muka ceria.



Petang semalam balik keja aku terus pegi pasar malam, singgah jak kat tempat cina jual cd , saja belek-belek cd, amboi kemain banyak cd hantu kat pasaran sekarang ni. Aku nampak ada lebih kurang 20 keping cd hantu, cina tu nampak aku belek-belek cd, dia datang kat aku



cina jual cd : dik mari beli kubur berasap , baru punya, manyak hantu oooooo

aku : lu sudah tengok ke? saya sudah tengoklahhhhhhhhhhh, pirahhhh kubur berasap asap asap sangattt


Jahat sangat aku , cam ganster terus blah cam tu je , biar  cina tu cakap sorang diri.. kalau kat petaling street , mau aku kena kejar. wa tak takutlah wa akak kawasan . Korang jangan nak tiru cam lagak aku plak, aku bini ganster tak pelah.kui kui kui


Aku rasa kalaulah pembuat cite hantu ternampaklah hantu sebenar, mau dorang lari   tak cukup tanah .  Seekers /paranormal ni pun satu  , boleh  plak dorang buat  keja mencari hantu/makhluk halus , kita mintak dijauhkan dari jumpa maupun terserempak ngan hantu atau makhluk halus . Pendapat aku  yang terbaek , kita ikut pepatah melayu sarang tebuan jangan dijolok, kalau dijolok buruk padahnya.  Tak  payahlah   jadi seekers/paranormal,  rasanya   lebih baik  jadi rukun tentangga, meronda kawasan taman perumahan dan kampung , boleh gak mengurangkan kejadian pecah rumah tak pun kejadian ragut yang berleluasa sekarang ni  . kang kalau betul -betul hantu datang mengacau cam mana,hantu kak limah  yang mengacau tak pelah kan. I like .kui kui, jangan marah noh, nanti kena jual.

Kalaulah  aku salah sorang  dari  ahli lembaga penapisan  filem ,lama dah aku reject filem dan drama hantu ni. Menonton  cite hantu ni,  otak langsung tak boleh  berkembang ,  katanya suami aku. Tak dapat apa pun,  melainkan  rasa seram semacam  bila duk sorang kat rumah, ada tu sampai nak ke bilik air  pun  mintak orang temankan. Aku rasa kalau  budak-budak  kategori umur  sebaya  Firdaus menonton cite hantu, mau  dalam hati dorang   berkata-kata " cam tu ke muka hantu, eerkkk takutnya saya " .Sapa nak jawab, mereka dan keluarga mereka gak kena jawab. The moral of the story janganlah bagi anak-anak kita yang bawah umur menonton cite hantu. peace no war.

Aku cadangkan pengiat seni tanahair  banyakkan buat filem dan drama yang memberi kesedaran sivik pada kanak-kanak dan orang dewasa. Kesedaran sivik sebenarnya merupakan satu aspek yang penting dalam kehidupan kita . Kita megah sangat mengatakan negara kita dah maju dan pesat membangun namun tanpa kita sedari kesedaran sivik dikalangan rakyat Malaysia begitu rendah. Tengok jelah kat perhentian bas , taman bunga, taman rekreasi dan kat mana-mana sajalah sampah sarap dibuang merata. Kesedaran sivik tu sebenarnya kena bermula dari rumah. Semua orang harus ada kesedaran sivik yang tinggi. Didiklah anak-anak kita sedari kecil lagi tentang adab, sivik dan sebagainya.kang kalau aku huraikan satu persatu bab  adab dan sivik tak cukup satu hari . kui kui kui

Pernah satu hari tu aku ternampak ngan mata kepala aku sendiri , seorang ibu tanpa rasa bersalah membiarkan anak dia membuang bekas minum  dihadapan  pintu bank.  erkkkkkk mungkin masa belajar dulu dia tak khatam bab kesedaran sivik ni, tak pun dalam kelas tak bagi tumpuan sepenuhnya masa cikgu sivik mengajar. Orang islam ada belajar sivik ke kat sekolah? serius ni aku tak tau? Zaman aku dulu belajar tatarakyat : ) Ramai dikalangan kita mampu pakai BMW, tapi dalam masa yang sama tak mampu nak terapkan kesedaran sivik, cam bagus-bagus je buang sampah keluar tingkap dari dalam kereta. Ada tu aku pernah nampak kat station komuter, sorang lelaki tu pakaian kemain bergaya, siap bertali leher bagai ,tup tup ngan muka selambakodok ,  depan aku dia buang kotak rokok kosong . cissss berdebah.







Apa yang ko bebelkan labu dari cite hantu menjajau ke cerita kesedaran sivik plak. korang rasa boleh diterima pakai ke cakap orang kebanyakan yang berkelulusan spm macam aku ni? eerkkk skema tul. Kawan-kawan , kalau rasa bebelan ni boleh diterima pakai sila tekan like ye Sumpah aku main-main je : )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina